Hari-hari aku berjalan macam biasa. Pagi-pagi lagi dah start kerja,dah la nak kena hadap bos yang sengal lagi kejam tu. Yap,ni la rutin aku.Aku ialah Dini Aqisha,hmmm aku ni baru dalam peringkat muda dewasa..err ada ke?hmm umur aku baru 24,lepasan Universiti Sains Malaysia dalam bidang kaunseling.
Sebab utama aku kerja kat sini ialah ibu. Ibu yang beria-ia nak aku kerja kat pejabat laki itu. Mentang-mentanglah
Puan Sri Azimah tu kawan baik ibu dari kecil, aku pulak jadi mangsa."Dini!!! Masuk bilik aku sekarang."laungan si anak harimau bintang itu sudah berbunyi. Cepat-cepat Dini Aqisha berjalan kearah bilik pejabat majikannya. "Ye encik. Ada apa panggil saya?"
"Kau nikan, ishhh, kau ingat kau layak ke tanya soalan macam tu dekat aku? Lagi satu,aku tak nak dengar kau panggil aku encik,panggil aku tuan. Faham?T. U. A. N" Mencerlung mata Raqish Iqbal memandang P.A nya.
Dini Aqisha hanya mencebik geram. 'Bajet betul pak cik sorang ni. Nak bertuan bagai.' "Hmm..apa-apa jelah encik, eh tuan. Heheh sori tersasul la pulak." Sempat lagi Dini Aqisha menyindir majikannya.
Bulat mata Raqish Iqbal menahan geram. "Eh,kau ni..dah la baru je kerja kat sini, tapi biadap tahap dewa!!" Sekali lagi Dini Aqisha menaikkan darah Raqish Iqbal.
"Ni, sekarang aku nak kau pegi dekat site baru kita. Aku nak kau pegi dengan si Azrul tu. Faham tak?" Raqish Iqbal mula memberi arahan. Dini Aqisha mula mengerutkan keningnya. "Err...tapi encik,opss..i mean tuan, saya kan P.A tuan. Kenapa saya kena ikut encik Azrul pulak?"
Dini pelik,bukan apa tapi dia kan bekerja sebagai personal asistant kepada majikannya. Tetapi kenapa hari ini dia akan mengikut orang lain pula. "Alaa tak payah nak banyak soal. Aku cakap buat je, nak membantah bagai." "Umm...kalau macam tu saya keluar dulu la bos." Dini Aqisha sudah memalingkan badannya membelakangkan Raqish Iqbal. Kemuadian dia kembali berpaling menghadap majikannya.
"Apalagi minah oii... Aku naik muak tengok muka kau tau tak." Dini Aqisha sudah menahan amarah di dadanya. Kalau tidak difikirkan ibunya yang kenal rapat dengan keluarga lelaki ini, mungkin sudah lama lelaki dihadapannya ini menjadi arwah. Sabar je la.
"Lupa nak cakap,jadual tuan hari ni. Umm..pukul 10 pagi tuan ada meeting dengan client dari Brunei tu, pukul 12 pulak cik Mizha ada buat appointment nak jumpa tuan dekat kopitiam tempat biasa. Belah petang tuan ada satu meeting dengan encik Sew Lian dari syarikat RCQ. Ok itu aje tuan." Lancar sekali Dini memaklumkan kepada Raqish Iqbal.
Raqish Iqbal sudah menyandarkan badannya di kerusi empuk miliknya itu. "Aku nak kau cancelkan semua tu. Aku ada hal." Terlopong dibuatnya Dini Aqisha.
"Hal apa lagi ni tuan?" Dini Aqisha masih cuba untuk bersabar dengan majikannya. Sesuka hati je nak batal semua tu. Tahulah dia tu bos. "Eh, suka hati aku lah. Banyak soal pulak dia ni." Kata Raqish sambil mata menghadap laptop di hadapannya.
Tahap kesabaran Dini Aqisha pula sudah memuncak. "Ish...malas la nak layan perangai alien tuan ni. Tuan attend semua meeting ni atau tuan sendiri yang cancel dengan diorang. Saya banyak kerja nak buat daripada melayan kerenah tuan ni." Habis sahaja bercakap, terus Dini Aqisha berlalu keluar dari bilik lelaki senget a.k.a majikannya itu.
Tercengang sebentar Raqish Iqbal setelah memdengar kata-kata P.Anya itu. Dengan perasaan geram,terus Raqish Iqbal menghempaskan fail yang berada di atas meja pejabatnya itu ke lantai beralaskan karpet hitam yang terbentang luas di dalam bilik pejabat mewahnya.
Akibatnya,fail tebal itu jatuh mendarat tepat ke atas kaki kirinya. Apalagi, satu aras pejabat itu mendengar jeritan anak harimau bintang itu.
YOU ARE READING
Suamiku Kepala Batu
RomanceDini Aqisha dan Raqish Iqbal. Keduanya mempunyai nama yang hampir sama. Raqish Iqbal merupakan majikan kepada Dini Aqisha. Walaupun Dini hanyalah P.A kepada Raqish Iqbal. Itu tidak bermakna Raqish boleh membulinya sesuka hati. Kehadiran tunang Raq...