Raqish melihat jam tangannya sekali lagi. Termasuk kali ini, sudah hampir 5 kali dia melihat jam ditangannya. Sudah hampir 45 minit dia menunggu kehadiran Dini Aqisha. Tetapi kelibatnya langsung tidak ada.
Sudah naik lenguh kakinya menunggu wanita itu sejak pukul 10 pagi.
"Heisyhh minah ni, takde pun kat sini. Semalam kata pukul 10. Tak boleh lambat, sekarang bayang dia pun takde. Karang aku yang menghilang ni kang." Rungut Raqish Iqbal geram dengan sikap Dini Aqisha.
"Eh, gila ape aku nak lari dari majlis aku sendiri. Bertambah haru nanti." Sambungnya lagi sambil menggaru kepalanya yang jelas sedang berada dalam mode dilema.
Raqish Iqbal memandang sekelilingnya untuk mencari kelibat gadis itu. Tetapi hampa sekali, langsung dia tidak nampak kelibat gadis itu.
Dini Aqisha yang memerhatikan Raqish Iqbal dari dalam kereta sudah tersenyum jahat kerana dapat menyakitkan hati lelaki itu.
"Rasakan kau, haaa nak permainkan aku sangatkan. Kau salah pilih orang la beb. Ni baru permulaan, kita tengok lagi lepas ni ye, sayangku." Kata Dini Aqisha.
Raqish Iqbal sudah tidak tahan menunggu diluar. Dia kembali berjalan masuk ke dalam bangunan syarikat miliknya untuk menyambung kembali kerjanya yang tertangguh.
Dini Aqisha yakin yang Raqish kembali naik ke pejabatnya di tingkat 14 bangunan itu.
Dini Aqisha menunggu beberapa minit didalam keretanya untuk memastikan Raqish Iqbal sudah sampai di biliknya.
Setelah 8 minit berlalu, dia sudah pasti Raqish Iqbal sudah sampai di tempat kerjanya. Terus dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menelefon bekas majikannya itu.
Telefon miliknya menjerit minta dijawab. Raqish Iqbal melihat gerangan yang menelefonnya sebelum menjawab panggilan itu.
"Haaa telefon pun minah ni." Kata Raqish Iqbal lalu menjawab panggilan itu.
"Hello, Dini kau kat mana aku dah dekat sejam.."
"Saya bagi masa kat awak 4 minit je untuk turun. Lambat sesaat, saya terus blah pergi airport." Belum sempat Raqish habis bercakap, Dini Aqisha sudah memotong kata- katanya dengan sebuah ugutan.
"Hah??? Kau gila apa nak..." "Tut..tut..tut..tut.." Belum sempat lagi dia habis bercakap, panggilan dah diputuskan.
Sekejap kemudian, satu mesej melalui aplikasi Whatsapp masuk ke dalam telefonnya.
Cepat-cepat dia membaca mesej itu.
'Masa awak dah start 10 saat yang lepas'-bakal isteri.
Raqish Iqbal terkejut lalu cepat- cepat dia berlari mendapatkan lif.
Sudahlah menunggu lif sudah lama. Buka sahaja pintu lif, muatan orang di dalam lif itu pula sudah penuh.
Terus sahaja dia berlari mendapatkan tangga kecemasan. Masa yang dia ada sekarang adalah kurang dari 2 minit.
Dia terpaksa berlari turun tangga kecemasan itu dari tingkat 14.
Akhirnya sampai juga Raqish di hadapan Dini Aqisha dalam masa yang ditetapkan.
"Kau apehal haaa? Nak bunuh aku ke apa? Aku kena berlari turun kebawah ni guna tangga tau dari atas sana disebabkan ugutan bodoh kau tu. Kata pukul 10, berejam aku tunggu kau kat sini. Baru sekarang nak muncul." Terus sahaja dia menghamburkan kemarahannya walaupun dalam keadaan termengah- mengah keletihan.
"Ala, kalau saya lambat tak jadi masalah, sebab awak takkan lari. Tapi kalau awak lambat, pandai- pandai la awak cover malu nanti erk. Lagipun saja je saya bagi awak exercise sikit. Nak bagi otak awak ni bergerak sikit. Takdelah nanti asyik nak buat keputusan bodoh je kan. Dah jom gerak." Bidas Dini Aqisha lalu menonong pergi begitu sahaja.
YOU ARE READING
Suamiku Kepala Batu
RomanceDini Aqisha dan Raqish Iqbal. Keduanya mempunyai nama yang hampir sama. Raqish Iqbal merupakan majikan kepada Dini Aqisha. Walaupun Dini hanyalah P.A kepada Raqish Iqbal. Itu tidak bermakna Raqish boleh membulinya sesuka hati. Kehadiran tunang Raq...