Puas Nina menelefon Raqish Iqbal. Tetapi panggilannya hanya masuk panggilan pesanan suara.
Naik geram Nina dibuatnya. Sudah hampir sejam dia menanti lelaki itu di restoran tempat mereka biasa berjumpa sewaktu ketika dulu.
Sekali lagi dia menelefon lelaki itu. Tetapi tetap sama, Raqish Iqbal seolah-olah mematikan telefon bimbitnya.
"Haish, habiskan kredit aku je. Tak boleh ke angkat fon tu. Atau dia nak main-mainkan aku je. Pagi tadi ok je setuju nak jumpa aku. Please Raqish, pick up the phone!" Nina mula membebel.
Sedang dia cuba untuk menghubungi Raqish Iqbal, tiba-tiba dia disapa oleh seseorang. Terus dia mendongakkan kepalanya. Lihat sahaja gerangan dihadapannya ini, terus di alihkan pandangannya ke arah lain. Menyampah!
"Sihat?" Soal gerangan itu.
Nina tidak membalas. Dia menjeling benci ke arah lelaki itu. Ya, gerangan yang berada di hadapan Nina ini ialah seorang lelaki. Lelaki yang dibenci.
"Wow, garangnya! Garang-garang nak pergi mana cik kak?" Habis sahaja bercakap, lelaki itu tergelak sedikit.
"Ish, Fariz boleh tak jangan kacau I? I datang sini bukan nak jumpa you. Haish!" Marah Nina dengan suara yang ditahan. Malas menimbulkan kekecohan di dalam restoran itu.
Fariz merupakan bekas suami kepada Nina. Disebabkan perkahwinan mereka berdua, Raqish Iqbal membenci wanita itu. Tetapi tidak pula Raqish Iqbal membenci Fariz.
Hal ini kerana, Raqish Iqbal tidak pernah tahu siapakah lelaki yang telah merampas bekas tunangnya ini. Jika dia tahu rakan seuniversitinya ini yang telah merampas Nina, sudah pasti dia akan menganggap lelaki ini musuhnya.
Nina dan Fariz berkahwin setelah mereka berkenalan selama lebih kurang enam bulan sahaja. Nina yang ketika itu sudah menjalin hubungan cinta dengan Raqish Iqbal mula tertarik dengan rakan seperjuangan Raqish Iqbal sewaktu di zaman universiti dahulu hanya kerana Fariz lebih banyak meluangkan masa dengannya berbanding Raqish Iqbal.
Raqish Iqbal yang sentiasa sibuk dengan urusan perniagaannya terpaksa mengabaikan sedikit Nina hingga menyebabkan Nina lari kepada lelaki lain. Rakan Raqish sendiri.
Setelah beberapa bulan bernikah, Nina disahkan mengandung. Mereka sangat bahagia. Tetapi sejak mengandung, sikap Nina mula berubah. Dia suka marah, merajuk dan membanding-bandingkan suaminya, Fariz dengan Raqish Iqbal.
Pada mulanya, Fariz masih boleh bersabar. Fariz menganggap isterinya berubah kerana pembawakan budak. Tetapi, tahap kesabarannya mulai nipis dari sehari ke sehari.
Mereka mula bergaduh. Setiap hari ada sahaja yang dimarahkan oleh Nina kepada Fariz. Bukan itu sahaja, hampir setiap perbuatan Fariz dibandingkan dengan Raqish Iqbal.
Pada hari resepsi Dini Aqisha dan Raqish Iqbal. Mereka menghadiri majlis itu berasingan. Hal itu menyebabkan Dini Aqisha mahupun Raqish Iqbal tidak mengetahui bahawa mereka berdua adalah suami isteri.
Apabila mereka pulang ke rumah, Nina sekali lagi buat hal. Dia mula menyatakan dia menyesal dengan perkawinannya itu. Kata-katanya menyebabkan Fariz mengamuk besar.
Fariz yang tercabar dengan kata-kata isterinya mula mengherdik isterinya. Membalas balik kata-kata Nina. Pergaduhan besar berlaku pada malam itu.
Akibat terlalu stres dan penat. Nina terus jatuh pengsan dihadapan Fariz. Lelaki itu cemas lalu terus membawa wanita itu ke hospital.
Apabila Nina kembali sedar, dia mendapati kandungannya sudah tiada. Dia keguguran akibat keadaan ibu dan janin yang tidak stabil. Dan juga akibat hentakan yang kuat ketika dia jatuh dari pengsan. Dia berasa sungguh sedih. Dia menyalahkan hal ini kepada Fariz.
YOU ARE READING
Suamiku Kepala Batu
Roman d'amourDini Aqisha dan Raqish Iqbal. Keduanya mempunyai nama yang hampir sama. Raqish Iqbal merupakan majikan kepada Dini Aqisha. Walaupun Dini hanyalah P.A kepada Raqish Iqbal. Itu tidak bermakna Raqish boleh membulinya sesuka hati. Kehadiran tunang Raq...