Sambungan dari bab tiga belas.
"Zara. Yang kau nak jerit- jerit bagai tu kenapa? Ingat ni pejabat bapak kau sesuka hati nak terpekik terlolong." Marah Raqish Iqbal kepada Zara.
Pekerja yang lain juga turut datang berkumpul di pantry setelah mendengar jeritan si Zara ulat beluncas.
"Erk, maaf tuan, umm.. Saya mintak je Dini ni buat air. Yelah, diakan dah jadi tea lady baru kat pejabat ni. Tapi tuan nak tahu, dia buat dekk je dekat saya tuan. Perempuan ni memang kurang ajar tuan." Kata Zara bersungguh- sungguh. Zara pula sempat lagi mengutuk Dini Aqisha.
Dini Aqisha sudah bangun kerana sudah tidak dapat menahan kemarahannya kepada si Zara ulat beluncas ini. Raqish Iqbal yang mendengar pula juga mengerutkan kening.
Tetapi lihat sahaja si isteri yang sudah hampir meletup, terus sahaja Raqish Iqbal mendekati isterinya. Sempat lagi dia memberikan isyarat mata kepada isterinya supaya bersabar. Dengan lagak bersahajanya, Raqish Iqbal melingkarkan tangannya di bahu Dini Aqisha. Terkejut katak Dini dibuatnya.
Semua yang ada disitu turut memandang pelik ke arah mereka berdua.
"Siapa cakap perempuan cantik ni tea lady kat sini?" Tanya lagi sambil menggosok- gosok lengan isterinya lembut.
Yang lain bertambah pelik dengan kemesraan antara majikannya dan bekas pekerja di syarikat itu.
Si Dini pula sudah menggeliat kegelian dengan aksi terlebih manja suaminya ini.
'Ish, mamat ni dah kenapa? Manja terlebih. Ada jugak aku cucuk tangan gatal ni dengan garpu. Biar padan muka dia.' Monolog Dini Aqisha sambil menjeling geram ke arah suaminya.
"And for your information, ms. Zara, aku tak pernah pecat Dini Aqisha. Tapi dia sendiri yang berhenti sebab nak uruskan rumah tangga kitaorang. Kan sayang?" Kata Raqish Iqbal yang juga turut memberi senyuman sinis terhadap Zara yang sudah melopong.
Sebenarnya bukan Zara sorang yang melopong, pekerja yang lain juga turut melopong mendengar kata- kata yang keluar dari bibir majikannya itu.
"But wait, Zara whats wrong with your face?" Tanya Raqish yang memandang hairan ke arah wanita itu.
Yang lain semua tergelak mendengar soalan Raqish Iqbal.
Ya, muka Zara terus nampak sangat melekit dan seperti tidak terurus selepas terkena penangan semburan Kak Sah tadi.
Zara sudah mengerutkan keningnya menahan marah dan malu.
"Zara, aku nak kau mintak maaf kat isteri aku, macam- macam kan kau sembur kat bini aku. Muka tempe la, tea lady la. Sebenarnya yang layak jadi tea lady tu kau, bukan isteri aku." Raqish Iqbal menengking Zara dengan kuat sehingga menjadikan suasana yang gamat tadi terus senyap.
"Bie, takpelah. Dini pun dah lupakan dah." Pujuk Dini sambil menggosok belakang Raqish untuk melegakan kemarahan lelaki itu.
"Perempuan macam ni kena ajar sayang. Bie cukup pantang bila ada orang kutuk orang yang bie cinta" kata Raqish lembut sambil memandang wajah Dini Aqisha.
Amboi Raqish, pandai juga kau berlakon ek. Dini Aqisha pun apa kurangnya.
"Hmm, Zara. Ni last warning kat kau. Sekali lagi kau tunjuk perangai buruk kau kat sini atau kau kacau isteri aku, aku tak teragak- agak nak pecat kau. Ingat tu." Tengking Raqish Iqbal kepada Zara.
Zara hanya mengangguk perlahan. Dalam hatinya, sudah berbakul- bakul menyunpah pasangan muda di hadapannya ini.
"Hmm, kak Sah dah buat apa yang saya suruh?" Raqish Iqbal menghadapkan wajahnya ke arah setiausahanya pula. Tangannya masih lagi dilingkarkan di bahu isterinya. Dini Aqisha hanya membiarkan sahaja.
"Dah, akak dah buat tuan." Jawab kak Sah sambil tersenyum. Bukan nak mengampu ye, tapi senyum kan sedekah.
Raqish Iqbal mengangguk- anggukkan kepalanya. Dia kemudian memalingkan mukanya menghadap isteri disebelah.
Dini Aqisha mengangkat kening memberi respon terhadap tindakan lelaki itu.
"Kalau macam tu, kiteorang bergerak dulu. Saya tak masuk pejabat lepas ni.
Nak temankan isteri kat rumah. Kan sayang." Usikan Raqish Iqbal disambut dengan sengihan para pekerja yang berada di situ. Reaksi Dini Aqisha? Mestilah wajahnya terus berona merah menahan malu dan geram.Lantas tangan Dini Aqisha mencubit perut Raqish Iqbal. Menyeringai Raqish Iqbal menahan pedih.
"Sakitlah yang. Takpelah, kami gerak dulu. Jangan risau, majlis resepsi nanti aku jemput korang. Masa tu jangan tak datang pulak." Kata Raqish kepada pekerjanya.
"Mesti datang punya." Jawab Muzammil, salah seorang pekerja di situ. Raqish Iqbal mengangguk sambil tersenyum.
"Haa, korang boleh sambung kerja korang semua. Drama dah habis." Kata Raqish Iqbal sambil memandang sinis ke arah Zara.
"Kau Zara, pergi cuci muka kau, muka yang macam susu basi bertambah basi pulak aku tengok. Kang lingkup syarikat aku disebabkan kau je.
Zara sudah bersapap telinga mendengarnya. Dia menghempaskan mug ke dalam sinki lalu berlari keluar dari tempat itu.
Raqish Iqbal dan Dini Aqisha sudah tersenyum kemenagan.
Kemudian pasangan itu terus bergerak untuk mengisi perut yang lapar kemudian mendapatkan pakaian persandingan mereka.
Pekerja yang lain juga sudah bersiap sedia untuk solat dan keluar makan sementara waktu rehat masih ada.
YOU ARE READING
Suamiku Kepala Batu
RomanceDini Aqisha dan Raqish Iqbal. Keduanya mempunyai nama yang hampir sama. Raqish Iqbal merupakan majikan kepada Dini Aqisha. Walaupun Dini hanyalah P.A kepada Raqish Iqbal. Itu tidak bermakna Raqish boleh membulinya sesuka hati. Kehadiran tunang Raq...