Bab 46

6.1K 206 13
                                    

Dini Aqisha sibuk membantu ibu dan pembantu rumahnya di dapur. Dengan keadaan kakinya yang sudah pulih sepenuhnya, menyenangkan lagi pergerakannya ke sana ke mari.

Dia bagaikan burung mendapat sayap, seboleh mungkin mahu meneroka setiap sudut di rumah besar itu. Rindu katanya.

Raqish Iqbal pula pagi-pagi lagi keluar mengikut ayah mertuanya ke taman untuk bersenam. Memandangkan hari ini cuti hujung minggu, mereka mengambil peluang itu untuk menyihatkan badan.

"Alamak ibu, telur tak cukuplah." Adu Dini Azisha kepada Datin Quzaidah.

"Hmm, macam mana nak buat nasi lemak kalau bahannya tak cukup. Neng, kamu lupa check barang dapur ke?" Soal Datin Quzaidah kepada pembantu rumahnya.

"Waduh buk, maafin. Saya terlepas pandang kalinya ya. Mikirnya telur masih banyak." Balas Bibik Neng dengan rasa bersalah.

"Hmm, takpelah. Nanti kita pergi borong barang dapur. Banyak juga barang yang dah nak habis ni." Ujar Datin Quzaidah tidak mahu menyalahkan pembantu rumahnya.

"Alah, lagipun banyak lagi lauk yang ada. Ayam goreng ada, sambal sotong ada, sambal kerang ada. Makan jelah apa yang ada ni." Balas Dini Aqisha yang sedari diam dari tadi.

"Hmm, tapi Isha suka makan nasi lemak ni dengan telur. Eemmm mesti sedap." Balas Dini Azisha kepada kakaknya. Matanya siap terpejam lagi membayangkan betapa enaknya nasi lemak telur rebus, ayam goreng ditambah pula dengan sambal sotong.

"Aish, cuba bersyukur sikit. Orang dekat negara lain ada yang langsung tak dapat makan tau." Bebel Dini Aqisha. Sudah masuk aura kakak-kakak apabila dia bersama Dini Azisha.

"Eiissh, orang cakap je." Rungut Dini Azisha perlahan. Dia kemudian bergerak ke arah meja makan. Sudah tiada mood untuk membantu di dapur selepas ditazkirah pagi oleh kakaknya.

Datin Quzaidah sudah menggelengkan kepalanya. Ada sahaja benda yang nak digaduhkan. Anak keduanya ini ada sahaja modal untuk mengenakan si kembar bongsu itu.

Dini Aqisha tersengih melihat reaksi ibunya. Dia menjenguk sedikit kearah adiknya yang sedang menahan geram di meja makan.

"Eleh, cakap sikit dah sentap. Sajalah tu mengelat tak nak buat kerja. Pemalas." Dengan sengaja Dini Aqisha menambahkan lagi rasa marah pada adiknya.

"Ish mak cik ni. Sesuka hati je cakap aku pemalas. Gigit kang." Dini Azisha merengus marah. Mulutnya sedari tadi tidak berhenti membebel kepada si kakak.

"Eh, Isha. Kamu bercakap dengan siapa?" Soal Dato' Amrin kepada anak perempuan bongsunya.

"Eh, abah bila masuk rumah? Isha tak dengar pun pintu tu terbuka." Soalan ayahnya tidak dibalas malah disoal pula kepada lelaki berusia itu.

"Manalah Isha nak dengar kalau mulut tu asyik terkumat-kamit je dari tadi. Isha berzikir ke tadi?" Soal Raqish Iqbal kepada adik iparnya.

Dato' Amrin tergelak mendengar usikan menantu keduanya ini kepada Dini Azisha.

"Bagus betul anak abah sekarang. Pagi-pagi lagi dah berzikir ingat tuhan." Sambung Dato' Amrin pula.

"Eish, abang dengan kak ngah sama je. Dua dua suka sakitkan hati Isha. Eloklah korang jadi laki bini." Bertambah lagi bebelan Dini Azisha.

Apalah nasib remaja perempuan ini, pagi-pagi  lagi sudah disakat. Raqish Iqbal tergelak mendengar rengusan adik iparnya. Comel betul budak ini. Rasa nak ketuk je kepala budak di hadapannya ini.

"Isha, kak ngah mana?" Soal Raqish Iqbal. Dato' Amrin sudah lama naik ke atas. Mahu membersihkan badan yang sudah berpeluh.

"Hmm, mak cik kepoh tu? Dia ada kat dapur tu." Balas Dini Azisha bersahaja. Jarinya ralit membersih kukunya yang sedia kemas dipotong rapi.

Suamiku Kepala BatuWhere stories live. Discover now