Bab Dua Puluh

7.8K 260 5
                                    

Dini menggerak- gerakkan badannya. Kemudian dia membuka matanya yang baru tersedar dari lena semalam.

Sebentar kemudian, seluruh wajahnya membahang kerana malu. Masakan tidak, kedudukannya dengan si suami teramatlah dekat. Wajah mereka hampir sahaja bercantum.

Dia cuba untuk menjarakkan badannya dengan suaminya tetapi pegangan kemas dipinggangnya oleh tangan Raqish membataskan niatnya tadi. Dini juga yang baru perasan akan kedudukan tangannya yang melingkar di leher suaminya dialihkan.

Kini, dia berusaha pula untuk mengalihkan tangan suaminya dari pinggangnya. Tapi disebabkan tangan suaminya yang berat memerlukan dirinya untuk banyak bergerak supaya senang untuk mengalihkan tangan itu.

Pergerakan itu menyebabkan lena si suami terganggu. Tanpa Dini sedar, Raqish sudah membuka matanya. Kini dia sedang memerhatikan lagak isterinya yang tertunduk sambil cuba mengalihkan tangan kekar miliknya.

Dia kemudian tersenyum senget. Timbul satu idea nakal dibenaknya. Raqish memeluk pinggang Dini dengan kemas sekali. Lagi kemas dari sebelumnya. Bukan itu sahaja, dia juga menarik rapat badan isterinya sehingga dahi milik isterinya terhantuk di dagunya.

"Auch." Terjerit kecil Raqish sakit sambil mengerutkan mukanya.

'Woi Qish, apa kau buat ni? Plan makan tuan ke apa? Kau kena cover balik ni.' Bebel hati Raqish kepada tuannya sendiri.

Bagi Dini pula, dia sangat gelabah kerana fikirnya sikap cuai dirinya sendiri menyebabkan kepalanya menghantuk dagu Raqish.

Dia mendongakkan kepalanya. Muka penuh bersalah di tayangkan kepada suaminya. Raqish pula buat- buat mengelipkan matanya seperti orang yang baru bangun tidur.

"Awak, maaf. Saya tak sengaja. Sakit lagi tak?" Kata Dini perlahan dan lembut.

'Aik, dah kenapa dia mintak maaf pulak? Oh, mesti dia ingat dia yang hantuk dagu aku. Bagus!' Bersorak riang hati Raqish kerana plannya berjaya.

"Emm, dah tak sakit sangat. Yang kau pergi hantuk kepala kau dekat dagu aku tu kenapa?" Eh kau Raqish, buat- buat tanya pula. Saja tau.

"Saya...emm..saya...nak..eerr nak.." Terkumat- kamit mulut isterinya. Seperti malu untuk bercakap.

"Saya, saya. Saya apa?" Kata Raqish pula. Dia mengetatkan lagi lingkaran tangannya di pinggang si Dini. Membulat mata si isteri kerana terkejut.

"Saya nak cuba angkat tangan awak yang kat pinggang saya tadi. Tak sedar kepala terhantuk dekat dagu awak." Lancar pula kali ini dia bercakap. Mungkin terlalu gugup dengan kedudukan mereka sekarang.

"Kenapa nak alihkan pula. Selesa apa macam ni. Takdelah rasa sejuk sangat." Kata suaminya selamba sambil menarik badan isterinya semakin rapat. Sehingga Dini terpaksa menahan sebelah tangannya di dada suaminya supaya dada mereka tidak bersentuh.

"Eh, awak ni dah miang sangat tu kenapa. Dahla, lepas. Saya nak solat subuh." Kata Dini Aqisha tanpa berfikir panjang.

"Solat apanya? Bukan ke kau datang bulan ke? Sekejapnya." Tersengih nakal Raqish apabila mendengar jawapan dari isterinya tadi. Dia tahu Dini gugup dan malu. Sehinggakan keadaan diri sendiri pun lupa.

"Erk, heheh lupalah." Naik merah muka Dini menahan malu.

"Hmm, perut kau da ok ke? Dah tak sakit dah?" Tanya Raqish pula. Dia mengerling jam di dinding. Baru pukul 5.35 pagi. Sempat lagi dia berbual dengan isterinya sebelum dia menunaikan solat subuh.

"Oh, haah. Dah ok dah. Dah tak sakit. Terima kasih. Pandai awak urut." Jawab Dini lalu memberikan senyuman yang cukup ikhlas. Tanda terima kasih.

Raqish membalas kembali senyuman itu dengan senyuman yang menawan pula. "Sama- sama. Memang kalau kau uzur, kau akan sakit perut macam tu ke?" Tanya Raqish prihatin.
Dia menggosok- gosok perlahan belakang badan isterinya. Membuatkan Dini semakin selesa dan mengantuk.

Suamiku Kepala BatuWhere stories live. Discover now