Bab 21

7.6K 230 2
                                    

Hari ini merupakan hari pertama Dini Aqisha bekerja setelah bergelar isteri. Dia juga tidak menyangka yang dia akan kembali bekerja ditempatnya dahulu. Menjadi P.A kepada suaminya. Walaupun dia merupakan isteri kepada pemilik syarikat itu, namun dia tidak akan memgambil kesempatan dengan bekerja sambil lewa.

Dini bersiap- sedia untuk masuk ke bilik pejabat lelaki itu untuk membacakan jadual majikannya pada hari itu.

Dia mengetuk pintu pejabat suaminya sebelum masuk ke dalam. Raqish melihat isterinya masuk menghampiri meja kerjanya.

"Tuan." Kata Dini yang bunyinya sangat kekok. Mungkin kerana gelaran isteri menyebabkan dia kekok memanggil sebegitu. Sedangkan sebelum ini boleh sahaja menyebut perkataan itu. Dia juga keliru.

Raqish hanya menjawab dengan mengangkat sebelah keningnya sahaja. Sebenarnya Raqish turut berasa kekok apabila isterinya, Dini memanggilnya dengan panggilan tuan.

"Emm, hari ni jadual awak, err...maksud saya tuan. Jadual tuan penuh. Pagi ni pkul 10 ada meeting dengan semua pihak atasan syarikat kita dari cawangan Kuantan. Pukul 12 pulak encik Sufi ada buat appointment dengan tuan. Then, tuan kena pergi site lepas lunch. Pelan yang sekarang ni ada masalah. Jadi mungkin ambil masa yang lama." Terang Dini Aqisha panjang lebar.

Raqish Iqbal menganggukkan kepalanya menandakan dia faham. Kemudian, dia membuka laci meja kerja buatan jati itu lalu mengeluarkan sesuatu.

Kemudian barang itu diserahkan kepada isterinya. Berkerut dahi Dini Aqisha apabila mengambil barang itu.

"Kenapa bagi kunci kereta awak eh, tuan kat saya?" Tanya Dini hairan.

"Tak payah nak bertuan sangatlah. Aku balik lambat kot. Nanti aku mintak lah sesiapa hantar aku. Kau balik la dulu." Terang Raqish Iqbal yang masih memandang ke arah isterinya.

"Saya boleh balik dengan kereta saya lah. Nah, ambil balik." Dini Aqisha menghulurkan kembali.

"Lupa la tu, pagi tadi kau datang dengan aku. Tang mana yang datangnya kereta kau. Tulah, aku dah cakap. Kalau lapar sekalipun. Makanlah benda yang berfaedah sikit. Ni makan semut. Memang tu lah jadinya." Bebel Raqish. Sempat lagi dia memerli isterinya.

Dini Aqisha menjeling tajam ke arah suaminya. Ada sahaja ayat lelaki itu yang menyakitkan hatinya.

Dia berpusing menghadap pintu lalu berjalan keluar dari bilik itu. Dia berhenti memulas tombol pintu setelah namanya dipanggil.

"Hmm, ada apa lagi tuan?" Dini Aqisha bertanya malas. Dia memandang lelaki itu nak tak nak sahaja.

"Datang sini jap." Kata Raqish sambil menggerakkan jari telunjuknya kedepan dan kebelakang mengarahkan perempuan itu kembali ke meja kerjanya.

Dini mengerutkan dahinya tetapi masih lagi mengikut arahan majikannya merangkap suaminya sendiri.

"Ada apa lagi tuan?" Tanyanya seperti orang yang tidak bermaya. Sebenarnya dia hanya malas melayan kerenah suaminya.

"Mulai hari ni, kau jangan panggil aku tuan lagi." Kata Raqish sambil matanya tidak lepas memerhati gelagat isterinya.

"Aik, kenapa? Dulu awak, err maksud saya tuan. Tuan jugak yang beria suruh panggil tuan. Sekarang tak bagi pula." Jawab Dini. Nadanya juga seperti menyindir.

"Ehem. Bila aku cakap tak payah tu tak payahlah. Dengar je cakap aku. Jangan melawan. Tak baik melawan cakap suami." Sempat lagi dia menggunakan kuasa vetonya.

Dini Aqisha mengeluh. "Habis tu saya nak panggil apa?" Tanyanya pula.

"Panggil abang ke, hubby ke." Jawab Raqish berserta muka nakalnya.

Suamiku Kepala BatuWhere stories live. Discover now