Dini Aqisha memandang Raqish Iqbal sambil tersenyum. Tidak sangka lelaki itu masih mengambil berat akan dirinya.
Raqish Iqbal yang perasan akan pandangan daripada isterinya terus menghalakan pandangannya ke arah wanita itu.
"Kau dah kenapa? Daripada tadi duk tersengih-sengih je. Dah buang tabiat?" Tanya Raqish Iqbal. Suaranya juga sudah tidak sekasar dahulu.
Terus mati senyuman Dini Aqisha. Dia menjeling tajam memandang suaminya. "Suka hati sayalah nak tersengih ke, nak menangis ke, nak melalak ke. Sibuk je awak ni." Balas isterinya. Kemudian wanita itu mengalihkan pandangannya ke arah anak kecil dihadapan mereka.
Sekali lagi dia tersengih. Tetapi kali ini dia tersengih kerana tercuit dengan gelagat kanak-kanak perempuan dihadapannya itu.
Pada pandangan matanya, budak kecil itu baru berusia 3 tahun. Tetapi dengan kulit yang putih, pipi yang gebu, mata bewarna hazel menjadikan budak kecil itu sungguh comel. Yelah, anak mat salleh mana tak putihnya.
"Raqish, cantikkan budak perempuan tu." Ujar Dini Aqisha tanpa sedar. Raqish Iqbal yang ralit dengan telefonnya terus memandang ke arah yang dimaksudkan oleh Dini Aqisha.
"Hmm, bolehlah. Kenapa? Teringin ke?" Soal Raqish Iqbal bersahaja.
"Ish, mestilah teringin. Siapa je tak teringin nak ada anakkan." Balas Dini Aqisha lagi. Mungkin wanita itu tidak sedar apa yang dibualkannya.
Raqish Iqbal tersenyum sinis. Lelaki itu kemudian menarik nafas panjang sebelum menyambung perbualan mereka.
"Heh, kau boleh capai angan-angan kau tu bila aku dah lepaskan kau nanti. Sabar ya SAYANG." Dengan sengaja dia menekankan perkataan sayang untuk menyakitkan hati wanita itu.
"Err, eemm. Arr awak saya ke tandas jap." Cepat-cepat Dini Aqisha membalas. Sebenarnya dia terkejut mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu.
Tidak sangka lelaki itu ada niat untuk melepaskan dirinya. Rasa sedih semakin membuak di dalam hatinya.
Rasa bersalah mula bertandang dihatinya. Salah dirinya kerana langsung tidak menjaga hati lelaki itu. Sekarang suaminya sendiri yang membenci dirinya.
Dia mengeluh kesal. Sedang hatinya sedang bersedih lara, tiba-tiba datang satu idea untuk kembali merebut kembali hati sang suami.
Dini Aqisha tersenyum panjang. Dia memandang ke arah suaminya dengan sinar harapan di wajahnya.
"Nak apa lagi? Tak habis-habis nak pandang aku. Serabut tahu tak. Dah, jom gerak." Ujar Raqish Iqbal lalu terus bergerak ke balai pelepasan.
Terus Dini Aqisha bangun dan berlari untuk menyaingi langkah suaminya. Termengah-mengah nafasnya apabila dia terpaksa menarik beg yang besar untuk menyaingi langkah suaminya.
************************************
Malaysia.Raqish Iqbal bersama isterinya kini sedang dalam perjalanan untuk pulang ke villa milik ibu bapa Dini Aqisha. Kedua-duanya senyap di sepanjang perjalanan.
Pemandu kepada Dini Aqisha naik pelik melihat pasangan muda di tempat duduk belakang. "Dini dengan Raqish, macam mana honeymoon?" Soal Pak Kasam pemandu kepada keluarga Dini Aqisha.
"Emm, best. Tempat kat sana cantik-cantik je. Tenang mata ni memandang." Jawab Dini Aqisha ramah. Dia langsung tidak memandang lelaki di sebelahnya. Mungkin malu kerana disoal sebegitu oleh pemandunya.
Ini kerana percutian bulan madu mereka tidaklah seperti pasangan yang lain. Dia juga yang menyebabkan hubungan mereka retak. Dini Aqisha menunduk kesal. Kalaulah dia tidak terfikir untuk berlaku 'jujur' kepada suaminya, sudah tentu sekarang mereka sedang berbahagia.
YOU ARE READING
Suamiku Kepala Batu
Roman d'amourDini Aqisha dan Raqish Iqbal. Keduanya mempunyai nama yang hampir sama. Raqish Iqbal merupakan majikan kepada Dini Aqisha. Walaupun Dini hanyalah P.A kepada Raqish Iqbal. Itu tidak bermakna Raqish boleh membulinya sesuka hati. Kehadiran tunang Raq...