Sampai sahaja di KLIA, Raqish terus meluru bergerak masuk tanpa menunggu Dini yang baru sahaja keluar dari kereta mewah milik Raqish.
'Tak sabar betul aku tengok tuan ni. Tunang dia bukan pergi lama pun, baru 7 bulan. Tu pun nak rindu-rinduan bagai nak rak.' Dini membebel sambil turut berjalan masuk.
Dini Aqisha melihat majikannya duduk di salah sebuah kerusi sambil menunggu tunangnya.
"Emm..tuan, cik Nina mana?" Dini bertanya sambil duduk di kerusi di belakang lelaki itu. Tanpa menoleh ke belakang, Raqish hanya menggeleng menandakan dia juga tidak tahu akan keberadaan tunangnya buat masa itu.
Dini Aqisha menjongketkan keningnya lalu mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menghilangkan bosan menanti cik tunang milik tuan majikannya.
Setelah 45 minit berlalu, Nina masih tidak kelihatan. Raqish sudah bangun kerana sudah letih menunggu tunangnya.
"Dah, jom gerak. Dah kematu aku duduk kat sini. Bayang pun tak nampak." Raqish Iqbal sudah berang.
Dini hanya menggeleng kepala dengan sikap majikannya yang memang kurang penyabar.
"Err, tuan apa kata tunggu sekejap lagi. Mungkin flight dia delay kot." Iyelah, dah alang-alang sampai, tunggu je la Raqish oii. Tunang kau juga.
"Tak payah. Tau la tu macam mana dia nak balik. Bukan dia tak pernah hidup kat negara ni." Raqish sudah bangun dari duduknya dan terus berpusing untuk beredar dari situ.
'Kalau macam tu, lebih baik tak payah datang. Membazir masa aku je.' Dini marungut sendiri. Raqish yang mendengar rungutan Dini terus berhenti menyebabkan Dini Aqisha terlanggar belakang badannya.
"Ooucch, eh tuan kenapa tiba-tiba berhenti. Dah la berhenti tak bagi signal. Sakit dahi saya langgar badan tuan ni tau. Tudung pun dah rosak." Bebel Dini Aqisha sambil berundur sedikit ke belakang memandangkan jarak antara mereka agak rapat.
"Kau ni kalau mulut senyap sekejap tak boleh ke? Aku yang tengah bengang boleh bertambah bengang tau dengar kau bercakap. Mulut tu ada je nak pot pet, pot pet kan." Mencerlung mata Raqish Iqbal memandangnya.
"Lagipun kereta tu, kereta aku. Minyak petrol tu pun aku bayar. Kau bekerja under aku. Masa kau tu pun masa aku. Tak ada istilah membazir masa kat sini selagi aku yang suruh. Faham?!" Raqish berkata sambil menghalakan jari telunjuknya ke arah wajah jelita P.A nya.
"Eh, macam tu pun ada ke. Sejak bila masa..." "Qish!!!" Belum sempat Dini Aqisha menghabiskan ayatnya, mereka disapa oleh seorang wanita. Siapa lagi kalau bukan Nina, tunang majikannya. Terus berubah bahagia wajah Raqish tika ini.
"Nina!! Hey, you're fine? Kenapa lambat sayang? I dah naik bosan tau tunggu you kat sini." Manja sekali Raqish berkata kepada tunangnya.
"Alaa, sorry yang. My flight delay tadi. Tu yang lambat sampai." Nina menerangkan sebab dia lambat sampai ke sini.
"I sampai fikir you dah tinggalkan I tau. You tak inform pun kat I." Raqish menyambung lagi bebelannya.
"Heheheh, I lupa la yang. Ok tak pe, macam ni kita pergi rumah I pastu kita keluar makan. I belanja you kat tempat special. Deal? Nina membelai manja pipi tunang kesayangannya itu.
Dini Aqisha terlopong dengan aksi pasangan bahagia itu. 'Uish..ada juga aku buat kuliah agama kat sini. Baru tahu langit tinggi rendah.' Bebel Dini sekadar di hatinya sahaja.
"Oklah kalau camtu. I saja je tadi. Dah lama tak bergurau dengan you macam ni." Kata Raqish yang turut membelai manja pipi tunangnya. Seronok sangat ke belai pipi perempuan tu. Seronok lagi belai batu bata kat luar sana tu.
"Ish. Pandai ye cover sayang I ni." Nina tergelak manja dengan kata-kata Raqish.
"Sayang, jom gerak. Nanti lambat pula sampai kat rumah." Raqish berjalan berpegangan tangan dengan Nina manakala Dini Aqisha hanya mengikut di belakang.
Sampai sahaja di kereta. Raqish memandang Dini Aqisha. "Umm, aku nak bawa tunang aku balik rumah dia. Kau ambil teksi je la ek." Dengan selambanya dia berkata begitu kepada Dini Aqisha.
Ternganga Dini Aqisha mendengarnya. Bekerja dengan Raqish membuatkan Dini menambahkan hobi barunya iaitu menganga mulut.
"Tuan gila ke apa. Saya datang dengan tuan. Balik pun dengan tuan lah." Bantah Dini pula.
"Kau jangan ganggu masa aku boleh tak? Dah pergi sana. Kat sana banyak teksi." Raqish berkata sambil menunjukkan kearah deretan teksi itu.
"Hmm, yelah yelah. Apa apa je lah tuan ni. Malas nak layan." Dini berkata sambil menghulurkan tangannya seperti meminta sesuatu.
Raqish Iqbal memandang hairan sambil menjongketkan kening ke arah P.A nya.
"Nak duit tambang teksi."kata Dini Aqisha dengan selamba.
"Hah? Kau tak de duit ke?" Tanya Raqish lebih kepada menyindir.
Dini tersenyum sinis lalu berkata, " Kan tuan kata, saya bekerja under tuan, masa saya adalah masa tuan. Jadi duit tambang teksi pun duit tuan lah." Dini kembalikan paku buah keras kepada lelaki itu.
Raqish hanya mampu tergeleng sambil mengeluarkan 3 keping not 20 ringgit.
"Apa tuan ni. Tuan ingat saya nak bayar tambang basikal ke apa? Bagilah lebih sikit. Kedekut tahi hidung masin la tuan ni." Kata Dini Aqisha sambil mengejek tuannya.
"Bercakap macam pernah rasa je tahi hidung aku. Kau nak rasa ke?" Raqish memegang hidungnya seolah-olah ingin mengorek hidung. Sambil itu dia memberikan RM 200 kepada Dini sebagai tambang teksi.
"Ish kotorlah tuan ni. Dah la,saya bla dulu. Hati-hati drive. Bye." Kata Dini lalu bergerak ke arah deretan teksi itu.
***********************************
"Sayang, emm you tau kan. Emm.. I...emmm..ok macam ni. Boleh I tanya sesuatu?" Nina memulakan perbualannya dengan Raqish setelah memilih menu untuk dimakan."Yup, anything dear. You can ask me anything." Kata Raqish romantik sambil membelai lembut tangan tunangnya.
"Err... I thought you tak ambik si minah kerek tu jadi pekerja you. Tapi tadi I tengok dia ade kat airport sama dengan you." Nina sudah mula menggedik. Sebenarnya Nina agak gusar akan status Dini Aqisha sebagai P.A kepada tunangnya.
Masakan tidak, Dini Aqisha seorang yang sangat cantik,comel dan seorang yang low profile. Walaupun perwatakannya agak kasar, tetapi dia tetap disenangi oleh orang sekelilingnya.
"You maksudkan Dini Aqisha ke? Ala, dia tu ok je la sayang. Cuma kadang-kadang je dia tu degil, suka lawan cakap orang. Tapi kerja dia selalu tip top. Semua memuaskan hati I." Kata Raqish sambil menyandarkan badannya di kerusi jati milik restoran mewah itu.
"Hammbooiii, da pandai menangkan dia nampak. You jangan yang, tahulah I buat dekat you and perempuan tu kalau you ade scandal dengan dia." Nina sudah menyilangkan tangannya di dada menunjukkan dia tidak senang dengan cara percakapan tunangnya.
"Ish you ni, takkan lah I nak ada scandal dengan pekerja I sendiri. Si Dini pulak tu. Agak-agak lah." Bagi Raqish, jika dia dan Dini bersatu, alamatnya tercetuslah perang dunia ketiga.
"Dah la. Bercakap pasal dia buat kita bergaduh je. Sekarang I nak bincang pasal majlis kita. Majlis kita ni tak sampai sebulan bulan lagi tau. Semua persiapan dah siap. Tunggu nak akad je." Raqish mengingatkan tunangnya tentang majlis perkahwinannya yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Terus berubah riak muka Nina. Dia sendiri tidak pasti akan keputusannya yang bersetuju untuk berkahwin pada tahun ini. Walaupun dia cukup mencintai lelaki dihadapannya ini, tetapi dia masih tidak bersedia untuk menjadi isteri kepada lelaki ini.
"Err...apalah you ni sayang. Of course lah I ingat. Tukan hari bahagia kita." Kata Nina yang cuba untuk menutup gugup.
Raqish Iqbal tersenyum sambil menyuapkan makanan yang ditempah tadi.
YOU ARE READING
Suamiku Kepala Batu
RomanceDini Aqisha dan Raqish Iqbal. Keduanya mempunyai nama yang hampir sama. Raqish Iqbal merupakan majikan kepada Dini Aqisha. Walaupun Dini hanyalah P.A kepada Raqish Iqbal. Itu tidak bermakna Raqish boleh membulinya sesuka hati. Kehadiran tunang Raq...