Bunyi jam loceng menyedarkan Dini Aqisha dari lenanya. Dia memandang ke sebelah melihat Raqish sedang tidur dengan sungguh lena. Dini mendengus. Bunyi yang hadir daripada telefon suaminya membuatkan dirinya terganggu dari lena.
Dini Aqisha mencuit- cuit suaminya. Namun Raqish langsung tidak terjaga. Dia menggoncang badan itu agak kuat. Tujuannya adalah untuk mengejutkan suaminya.
Tetapi masih tidak berjaya. Akhirnya, dengan penuh geram Dini mencubit perut suaminya kuat.
Terus terjaga Raqish selepas menerima cubitan 'manja' dari sang isteri. Dia bangun terduduk sambil melihat sekeliling seperti mencari sesuatu.
Naik hairan Dini dibuatnya. "Awak cari apa?" Tanya Dini dingin. Rasa marahnya dengan kejadian sebelum ini masih tersisa.
Raqish menandang ke arah isterinya pula. Kemudian dia menjenguk- jenguk bahagian di sebalik badan isterinya.
Bertambah- tambah rasa hairan di benak isterinya. Fikirnya Dini, suaminya masih belum sedar sepenuhnya.
Tanpa berfikir panjang lagi, Dini menampar lengan suaminya dengan agak kuat. Menjerit Raqish menahan sakit.
Terus bundar matanya memandang wajah isterinya. "Kenapa awak pukul saya? Tiba- tiba pula tu." Kata Raqish sambil menggosok- gosok lengannya itu.
"Saya nampak awak tu macam mamai lagi. Saya pukul la. Tolong kejutkan. Salah ke." Bela Dini pula.
"Eh, eh awak ni. Mamai apa pula. Tak nampak saya buat apa ni. Dah sepenuhnya sedar sejak dari tadi lagi. Boleh pula awak cakap saya mamai." Raqish menyambung bebelannya.
"Sepenuhnya sedar konon. Dah bangun- bangun terus jenguk sini sana. Macam mencari harta tercicir je. Tak ke mamai namanya tu." Dini juga sama naik bebelannya.
"Hmm, saya cari binatang tu. Mungkin dah hilang kot. Bahaya betul." Kata Raqish sambil kembali menjenguk di sekelilingnya.
"Binatang tu? Binatang mana? Haish. Sejak bila awak bela binatang ni?" Dini bingung apabila suaminya dengan tiba- tiba bercakap pasal binatang.
'Sunyi sangat agaknya laki aku ni. Sampaikan bela binatang.' Sambung Dini sekadar dihatinya.
Kali ini, Raqish pula memandang pelik ke arah isterinya. "Apa pula bela awak ni. Mengarut pagi- pagi ni. Saya cari binatang yang gigit saya lah." Jelas Raqish kepada isterinya.
Dini terus menukar posisinya daripada berbaring kepada duduk. "Hah? Binatang gigit awak? Mana, sakit tak?" Tanya Dini Aqisha. Ada riak risau diwajahnya.
Berbunga riang Raqish apabila melihat reaksi isterinya yang begitu. 'Dini risaukan aku.' Bisik hati Raqish Iqbal girang.
"Haah, sakitlah. Dia gigit kat sini. Wush, sampai ke usus besar rasa gigitan dia." Kata Raqish Iqbal bersungguh- sungguh.
Dia menunjukkan tempat yang dikatakan itu. Dini tunduk untuk melihat dengan lebih jelas.
Bukan bekas kesan binatang yang dijumpainya. Tetapi bekas kuku manusia. Secara langsung Dini teringat akan cubitan berbisanya sebentar tadi. Tanpa berlengah, terus dicubit kuat untuk kali yang kedua di kawasan 'gigitan binatang' itu.
Apa lagi, hampir riuh satu taman perumahan itu mendengar jeritan Raqish. "Apa awak ni Dini, yang awak pergi cubit tempat benda alah tu gigit saya kenapa. Sakit tau tak." Kuat suara Raqish memarahi isterinya.
Untuk kali yang ketiga Dini mencubit lagi. Di kawasan yang sama! Mencerlung mata Raqish Iqbal memandang isterinya.
"Awak ni dah gila ke?" Marah betul Raqish pada kali ini.
YOU ARE READING
Suamiku Kepala Batu
RomanceDini Aqisha dan Raqish Iqbal. Keduanya mempunyai nama yang hampir sama. Raqish Iqbal merupakan majikan kepada Dini Aqisha. Walaupun Dini hanyalah P.A kepada Raqish Iqbal. Itu tidak bermakna Raqish boleh membulinya sesuka hati. Kehadiran tunang Raq...