Bab 54

2.5K 85 12
                                    

Pintu rumah di buka dari luar secara perlahan. Keadaan rumah yang sunyi disebabkan keadaan di pagi hari menambahkan rasa tenang di dalam rumah tersebut. Raqish Iqbal menutup pintu lalu segera melajukan langkah ke bilik tidurnya di atas.

Naik sahaja ke atas kelihatan katil yang kosong. Raqish Iqbal kelihatan pelik kerana tidak melihat gerangan Dini Aqisha

"Takkanlah Dini kat dapur. Tadi tak perasan pun dia kat bawah." Ujar Raqish Iqbal.

Dia kemudian melihat ke arah jam tangannya. "Baru pukul 7.05 pagi. Awalnya nak buat breakfast pun. Aku tak bagitahu pun nak balik awal." Sambung Raqish lagi.

Dia meletakkan beg kerja serta pakaian yang dibawa di sisi katil kemudian bergerak ke bawah ingin mencari si isteri. Rindu rasanya walaupun baru beberapa hari tidak bersua muka.

Keadaan dapur yang masih gelap menambahkan hairan di kepala Raqish Iqbal. "Dia tidur bilik Isha kot. Sejak bila pulak bini aku ni penakut."

Raqish Iqbal kembali naik ke tingkat atas untuk mandi bagi menyegarkan sedikit badan yang terasa penat.

Baru sahaja ingin menekan suis lampu bilik mandi, ternyata lampu bilik mandi sudah sedia menyala."Lah dia ada kat dalam ke. Tapi senyap je ni mesti kes lupa tutup lampu. Haish sayang ni."

Buka sahaja pintu bilik air, terkejut Raqish Iqbal apabila melihat sekujur tubuh manusia terbaring di lantai bilik air.

"Ya Allah, sayang!" Apa yang lagi mengejutkan Raqish Iqbal melihat kesan darah di seluar isterinya. Raqish Iqbal terus menerpa ke arah wanita itu.

Raqish tanpa menunggu lama terus mengangkat badan kaku isterinya untuk dibawa ke hospital. Jantung bagaikan terhenti melihat keadaan si isteri yang pengsan di bilik air mereka di tambah lagi dengan tompokan darah di seluar Dini Aqisha.

"Ya Allah, selamatkan bini aku." Tidak berhenti dia mendoakan Dini Aqisha di sepanjang perjalanan mereka ke hospital.

Penuh sabar Raqish menunggu berita dari pihak doktor yang berada di dalam bilik rawatan bersama isterinya. Tangannya masih sedikit menggeletar akibat masih terkejut. Rasa penat tadi terus hilang serta-merta.

Sedang dia menunggu di luar, seorang jururawat keluar dari bilik rawatan yang menempatkan Dini Aqisha. Jururawat tersebut terus mengatur langkah mendekati Raqish Iqbal. Raqish Iqbal yang melihat terus bangun dari duduk, tidak sabar mahu mengetahui keadaan isterinya.

"Puan Dini mengalami pendarahan pada kandungan dia. Sekarang dia masih belum sedar." Ujar jururawat tersebut.

Raqish meraup wajahnya. Terkejut dengan berita yang disampaikan oleh jururawat tersebut. Dini Aqisha mengandung?

"Tapi Alhamdulillah keadaan isteri encik stabil. Kami akan pindahkan Puan Dini ke wad untuk memantau keadaan kandungan. Kandungan isteri encik agak lemah, apa-apa doktor akan jelaskan kepada encik kejap lagi ya. Encik boleh masuk ke dalam dulu. " Sambung jururawat itu lagi.

Dengan segera Raqish Iqbal melangkah ke arah bilik yang menempatkan Dini Aqisha.

Sayu melihat wajah pucat istwrinya yang terbaring lemah di atas katil. Terasa bersalah kerana meninggalkan wanita itu dirumah sendirian. Walaupun kedua adik iparnya ada menemani tetapi keadaan tetap tidak sama. Dia mengeluh sekejap.

Dini yang masih memejamkan mata dipandang lama. Tangan kanannya naik menyentuh dahi si isteri. Sejuk! Bertambah-tambah rasa bersalah dalam diri.

Sedang Raqish hanyut dalam dunianya.  Seorang doktor wanita masuk ke bilik yang ditenpatkan isterinya bersama seorang jururawat yang memegang fail di tangan.

Suamiku Kepala BatuWhere stories live. Discover now