Bab 52

3.6K 84 6
                                    

Hi guys, kalini sis rasa macam nak panjangkan scene Nina and Fariz di kampung untuk bab ni. Tapi jangan risau sis akan selitkan jugak scene Dini and Raqish. Harap korang sukakan and still berminat dengan cerita ni. Thank you💋💕

Happy reading! 😘













Nina tersenyum memandang pelamin yang dihias cantik di ruang tamu rumah neneknya itu. Dalam diam dia memuji wedding planer yang bijak dan kreatif sehingga dapat memuaskan hati pelanggan mereka. Daripada gabungan warna, pilihan bunga sehingga menjadi sebuah pelamin itu kesemuanya memenuhi citarasanya. Dia mengeluarkan iphone 11 pro miliknya lalu mengambil gambar pelamin itu dari pelbagai sudut.

Tanpa dia sedar, ada seorang insan berdiri tidak jauh darinya memerhatikan gelagat Nina sejak tadi. Kedua tangannya dikepal menahan geram melihat wajah ceria Nina dihadapan pelamin yang tidak habis-habis mengambil gambar.

"Hai bang, termenungkan apa tu?" Terasa lengannya dicuit, Fariz kebelakang melihat gerangan yang menyapanya. Ya, lelaki yang memerhatikan Nina sejak tadi ialah Fariz.

Fariz tersenyum sumbing. Dia menggelengkan kepalanya lalu mengalihkan pandangannya kearah Nabella, adik sepupu kepada Nina. "Abang tengok barang hantaran tu. Cantik. Pandai orang yang gubah tu. Balas Fariz bersahaja, cuba untuk menutup kelakuannya tadi.

"Ehem, cantikkan, Bella yang gubah tu dengan kak Nina. Bella ikut je arahan akak, selebihnya akak yang buat. Kreatiflah Kak Nina tu." Ujar Nabella panjang.

Fariz tersenyum senget, nampaknya Nina terlampau teruja untuk menyambut pertunangannya ini. Sampaikan semuanya mahu dibuat sendiri.

"Hmm, abang tak tahu pulak yang Kak Nina ni kreatif. Sebelum ni..."

"Esok tu pukul berapa family Iqbal datang?" Soal Nek Hasmah, nenek kepada Nina. Fariz mendengar soalan yang ditujukan kepada ibu Nina itu terus berpaling kearah bekas mentuanya itu.

'Iqbal? Siapa pulak lelaki tu?' Tiba-tiba jantungnya berdetak laju. Takkanlah. Lelaki bernama Iqbal itukah yang bakal bertunang dengan Nina?

"Ish abang Fariz ni asyik termenung jelah. Bosan pulak borak dengan abang ni." Geram Nabella apabila lelaki itu banyak termenung daripada melayannya.

"Ehem, sorry Bella abang tak dengar. Emm by the way, siapa Iqbal?" Soal Fariz dengan perasaan penuh debar.

"Abang Iqbal tulah bakal jadi ahli baru family ni. Tak lama lagi Bella akan dapat abang sepupu yang baru. Handsome pulak tu. Heeeee." Ujar Bella sambil tersengih panjang. Kedua tangannya disatukan dan dipeluk manja. Macam dia pulak yang nak nikah. Umur baru setahun jagung, ada hati nak tergedik kat sini. Eh pergi belajar masak air lah.

Fariz pula makin panas hatinya mendengar kata-kata Nabella. Adakah si Iqbal itu lagi handsome dari dirinya? Hmmm, helok sangat ke engkau tu wahai Fariz oii.

"So, Iqbal tu bakal tunang kak Nina eh?" Tanya Fariz lagi. Terasa takut pula untuk mendengar jawapan daripada mulut Nabella itu.

"Eh, abang Iqbal tu bakal tunang... ya makk! Ha yaa Bella datang sekarang." Bella lantas bangun untuk ke dapur setelah dipanggil oleh ibunya. Soalan Fariz dibiarkan tergantung.

"Eh Bella, jawablah soalan abang dulu." Lengan Nabella yang dilapisi kain baju itu ditarik. Lagaknya sangat terdesak untuk mendapatkan jawapan itu.

"Ish, abang ni janganlah tarik tangan Bella. Rosak baju ni nanti. Haa jap. Akak, Kak Nina! Meh sini kejap." Nabella melambai tangannya memanggil Nina.

Nina berpaling menghadap dua orang manusia yang berada elok dihadapan pintu rumah kampung neneknya. Mendengar panggilan daripada Nabella itu, dia terus bangkit dan berjalan kearah mereka.

Suamiku Kepala BatuWhere stories live. Discover now