Bab 30

7.2K 195 0
                                    

"Hey, kenapa monyok lagi ni. Kan dah dapat baju baru." Tegur Raqish Iqbal apabila melihat isterinya masih bermasam muka.

Dini Aqisha memandang suaminya. "Hmm, Dini geramlah dengan si ulat beluncas tu. Suka hati dia je nak simbah kopi kat Dini." Bebel Dini Aqisha. Rasa bengangnya tentang kehadian tadi masih belum hilang.

Raqish Iqbal tersengih. Dapat dia lihat kerutan marah di wajah isterinya. "Takpe sayang, bie dah pecat perempuan tu. Lepas ni dia dah tak boleh buat hal dengan sayang dah." Kata Raqish Iqbal pula.

"Patutnya Dini lempang dia berkali - kali. Bukan dua kali je, baru puas hati Dini." Ucap Dini Aqisha.

Tergelak Raqish Iqbal dengan kata- kata isterinya. "Amboi sayang. Janganlah garang sangat. Seram pulak bie tengok sayang." Kata Raqish Iqbal lalu menyambung gelaknya.

"Yang bie nak seram tu kenapa? Dini bukan marah kat bie. Dini marah si beluncas tu." Kata Dini lalu memberi jelingan manja kepada lelaki itu.

Raqish tersengih. Kemudian dia kembali memberi fokus kepada pemanduannya.

************************************
Sesampai sahaja di rumah, Raqish Iqbal dan isterinya berkerut kening melihat pintu rumah milik ibubapanya terbuka luas.

"Dah kenapa pintu tu ternganga luas sangat. Tak pernah - pernah macam tu." Kata Raqish Iqbal lalu mematikan enjin mini cooper milik isterinya. Hari ini mereka ke pejabat menggunakan kereta isterinya. Mahu tukar angin katanya.

"Hmm, tak tahulah. Jom kita tengok." Kata Dini Aqisha lalu pantas meninggalkan suaminya dibelakang.

"Eh, yang kejap. Ish cepatnya berjalan. Laju je menonong. Kalau pencuri macam mana. Haishh, berani sangat puan Dini ni." Kata Raqish Iqbal sambil membimbit beg kerjanya dan berjalan ke arah rumah mereka.

Sampai sahaja separuh jalan, dia terdengar jeritan nyaring isterinya yang sudah menapak ke dalam rumah.

"Hah sayang! Ya Allah bini aku." Terus Raqish berlari ke arah rumah mereka.
Masuk sahaja ke dalam, dia tidak melihat kelibat isterinya.

"Sayang!" Jerit Raqish kuat. Dini yang berada di ruang tamu bersama keluarga mertuanya terkejut. Naik merah mukanya apabila semua mata memandangnya.

"Suami kamu tu dah meroyan ke? Dalam rumah pun nak jerit - jerit?" Bebel ibu mertuanya.

Dini tersengih malu. "Bie, Dini kat sini. Ruang tamu." Sambut Dini dengan menaikkan sedikit suaranya supaya suaminya dapat mendengarnya.

"Mama ayah. Bila sampai." Terkejut Raqish melihat ahli keluarganya sudah kembali tiba dirumah. Dia sangat teruja. Terus dia menuju kearah mereka lalu menyalami tangan mereka semua.

"Kami sampai dalam pukul tiga tadi. Mama nak call kamu. Tapi ayah tak kasi. Nanti katanya ganggu kamu kerja. Kalau bab kerja tinggal anak bini pun takpe kan." Sempat lagi puan sri Azimah memerli suaminya.

"Oh yeke. Hehehe. Tapi tadi memang Raqish ada meeting pukul tiga. Tapi kalau mama nak suruh ambik, boleh je Raqish postpone meeting tu." Kata Raqish Iqbal.

"Haa tengok, anak awak sendiri cakap yang dia ada mesyuarat. Bukannya kita tak boleh suruh Mail ambikkan. Nak jugak susahkan anak." Kali ini tan sri Hasyim pula yang membebel.

"Hmm, yelah. Saya yang salah." Akui puan sri Azimah.

Rina, Raqish dan Dini tersengih dengab gelagat ibubapa mereka. "Abang ni, adik ada kat sini macam tak de je. Tak tanya khabar adik pun. Nasib baik ada kak Dini. Tak kerek macam abang." Ujar Rina.

"Heheheh, maaflah dik abang tak perasan tadi. Camne, best tak pergi bercuti." Tanya Raqish sambil mengambil tempat duduk disebelah adik bongsu kesayangannya.

Suamiku Kepala BatuWhere stories live. Discover now