Bab lapan belas

6.6K 247 1
                                    

Sampai sahaja di Hotel Lexis, Dini kembali gelisah. Dia pasti suasana di dalam dewan hotel itu pasti gamat apabila melihat aksi Raqish mendukung dirinya.

Dia memandang ke arah suaminya. Tetapi dia melihat riak wajah Raqish hanya bersahaja. 'Ish mamat ni, dia tak malu ke nak mendukung aku bagai.' Bisik hati Dini.

Turun sahaja dari kereta pengantin, Raqish terus menghulurkan tangannya kepada Dini Aqisha. Dini yang faham akan situasi itu segera menyambut huluran tangan suaminya. Sejurus itu, Raqish Iqbal terus mencempung isterinya.

Buka sahaja pintu ballroom di hotel itu, semua mata memandang ke arah mereka. Dini bertambah malu apabila semua hadirin memberikan tepukan gemuruh kepada dirinya dan Raqish Iqbal. Tetapi tidak bagi Raqish Iqbal. Dia hanya bergerak dengan penuh tenang melepasi para tetamu yang semakin riuh melihat gelagat romantik mereka.

Dini Aqisha sempat menangkap mata- mata nakal yang sedang memandang mereka.

Tetapi Dini juga sempat menangkap sepasang mata yang memberikan pandangan yang cukup tajam kepada Raqish Iqbal. Mata milik wanita cantik itu seolah- olah menaruh dendam terhadap suaminya.

Dini Aqisha memandang pula ke arah suaminya. Dia terkejut kerana Raqish Iqbal turut memandang tajam terhadap wanita itu.

Raqish Iqbal yang seakan terasa diperhatikan terus menundukkan kepalanya memandang Dini. Dia menjongketkan keningnya kepada Dini Aqisha.

"Err...awak tak penat ke duk dukung saya ni? Bila kita nak sampai kat atas pelamin ni?" Tanya Dini Aqisha kepada lelaki itu.

Raqish Iqbal membalasnya dengan hanya memberikan sebuah senyuman yang cukup menawan kepada isterinya. Dia kemudian memberikan sebuah kucupan mesra di dahi Dini Aqisha sambil matanya memandang ke arah wanita tadi. Pandangan yang cukup sinis. Kemudian Raqish Iqbal kembali berJalan ke arah pelamin mereka.

***********************************

Selesai acara makan beradab selesai, kini tiba masanya acara melayan tetamu. Ramai tetamu yang naik ke tempat makan pengantin kerana Dini tidak dapat berjalan.

Sedang leka Dini Aqisha dan Raqish Iqbal melayan tetamu, wanita tadi muncul kembali mendekati mereka. Raqish Iqbal tersenyum sinis lalu merangkul pinggang Dini Aqisha.

"Hai, selamat pengantin baru. Ingat I lagi?" Tanya wanita itu.

"Siapa tak kenal dengan perempuan yang takde maruah macam kau ni." Balas Raqish pula.

Dini Aqisha hanya terkebil- kebil memandang mereka berdua.

"Hahahahah...janganlah marah sayang. Nanti cepat kerepot muka tu. Oh by the way, im Nina. Ingat aku lagi?" Kata Nina lalu menghulurkan tangannya kepada Dini Aqisha.

Bulat mata Dini memandang Nina. Ya, baru kini dia ingat rupa wanita di hadapannya. Nina bekas tunang kepada suaminya. Perempuan ini juga yang menyebabkan dia menjadi mangsa keadaan.

Perubahan dari segi penampilan Nina menyebabkan dia hampir sahaja tidak cam wanita itu. Nina kini sudah bertudung dan pakainnya juga tidaklah seseksi dulu.

Lama menunggu, akhirnya Dini Aqisha menyambut huluran tangan daripada Nina.

"Oh, ingatkan taknak sambut tadi. Letih tangan aku ni." Kata Nina sambil tersenyum. Tetapi tiada siapa yang tahu adakah senyuman itu senyuman yang ikhlas ataupun sebaliknya.

"Aku rasa aku tak pernah jemput kau datang kesini. Kau tak rasa ke yang kau ni menyemak je kat sini." Kata Raqish dengan penuh sinis.

"Memang la tak jemput. Cuma I datang sini nak tengok suasana majlis ni. Hmm, sepatutnya majlis ni milik I dengan you. Tapi P.A you pulak yang duduk kat tempat I." Kata Nina pula penuh mengejek.

Dini Aqisha pula hanya tersenyum. "Habis tu, kau datang ni kononnya nak rampas tempat akulah? Drama sangat." Dini Aqisha berkata sambil meletakkan kedua- dua tangan di bahu menandakan betapa menyampahnya dia pada masa itu.

"Hmm, tak jugak. I cuma nak tengok korang ni bahagia macam I ke tak. Yelah, I dah nak ada anak dah pun. I rasa perkahwinan olok- olok macam korang ni tak akan sebahagia rumah tangga I. Hahahaha." Terlebih perasan la pulak si Nina.

"Huh, kau jangan ternganga pulak lepas ni kalau bini aku ni mengandung kembar. Masa tu baru kau tahu siapa yang lagi bahagia." Balas si Raqish Iqbal pula.

Dini Aqisha memandang ke arah suaminya. 'Eh, eh mamat ni. Ingat beranak tu senang ke. Nak kembar bagai.

"Berlagak betul. Oklah, I gerak dululah. Nanti husband kesayangan I tunggu pulak. Kesian dia." Kata Nina sambil membetulkan selendangnya. Kemudian dia terus meninggalkan pasangan pengantin itu.

"Pergilah, kitaorang tak pernah jemput pun kau datang sini." Kata Raqish Iqbal pula.

Raqish memandang ke arah isterinya. Begitu juga dengan Dini.

Akhirnya Dini Aqisha hanya mampu tergelak. Raqish Iqbal pula hanya mampu menggelengkan kepalanya.
Namun, jauh di sudut hatinya dia takut jika Nina ada berniat jahat terhadap mereka.

Suamiku Kepala BatuWhere stories live. Discover now