Parkir sahaja kereta dihalaman rumahnya, terus sahaja Dini Aqisha keluar daripada perut kereta meninggalkan suaminya didalam kereta.
"Amboi sayang, rindu sangat lah tu dengan rumah dia." Ujar Raqish Iqbal sambil mematikan enjin kereta dan turut keluar daripada perut kereta.
"Abang, cepatlah bukak pintu rumah ni. Tak sabar Dini nak masuk." Muka terujanya tidak boleh dibendung lagi. Gayanya seperti budak 5 tahun disogok aiskrim sahaja.
"Yelah, abang tengah cari kunci ni. Sabar ya."
Sudah acap kali Raqish menyeluk kedua belah poket seluarnya. Dia memandang kearah isterinya dengan wajah gusar. Dini Aqisha pulak mula mengerutkan dahinya.
"Emm, sayang tunggu kejap abang cari kat dalam kereta. Tunggu tau." Raqish Iqbal memegang tangan isterinya seakan memujuk.
"Abang jangan cakap abang terlupa bawak kunci. Abanggggg!! Dini nak nak masuk." Dini Aqisha mencebik geram.
Raqish Iqbal menyorok senyumannya melihat gelagat isterinya yang menahan marah. Segera dia meninggalkan isterinya dan berjalan menuju kearah kereta.
Dini Aqisha yang seakan kecewa itu terus duduk bersila dihadapan pintu utama rumah mereka. Matanya tajam menghala kearah kereta suaminya.
"Apalah laki aku ni. Baru je nak happy happy kat sini boleh pulak dia tertinggal kunci rumah. Haish." Semakin panjang pula muncung si isteri.
Manakala Raqish Iqbal masih berada didalam kereta dan sesekali memandang kearah puan isteri. Apabila dijumpai apa yang dicari segera dia keluar dari kereta dan berjalan kearah isterinya.
Dia memandang kearah Dini Aqisha yang menunduk memandang telefon pintarnya. Langkah dilajukan lagi.
"For you, my dear wife" Satu jambak bunga mawar bewarna merah dihulurkan kearah si isteri. Dini yang menunduk terus mengangkat kepalanya dengan mata yang membulat.
"Abang..." Hilang kata-kata si isteri apabila melihat kejutan daripada suaminya.
"Sorry buat sayang tunggu abang kat sini sampai terduduk haa. Sebenarnya kunci tu ada je kat dalam poket abang ni. Heeee" Raqish Iqbal tersengih panjang sambil mengelap peluh yang sudah membasahi dahi isterinya. Panas menunggunya diluar.
"Kalau abang sweet macam ni seribu tahun pun Dini sanggup tunggu. Ehekk" Ujar Dini sambil menggenggam tangan encik suami.
Raqish Iqbal tergelak melihat gelagat Dini Aqisha. Sekali lagi peluh didahi isterinya dilap menggunakan tapak tangannya.
"Cliché nya ayat sayang ni. Kalau 1000 tahun nanti mahunya tinggal tulang je badan kita ni yang. Dah jom masuk. Buat drama depan pintu buat apa. Jom masuk dalam." Segera ditarik badan isterinya untuk berdiri lalu dibuka pintu rumah mereka.
Terbuka sahaja pintu rumah, terus Dini Aqisha melangkah masuk kedalam rumah dengan penuh teruja. Beg tangannya ditinggalkan sahaja di depan pintu bersama dengan telefon pintarnya.
Tergeleng kepala Raqish Iqbal dengan telatah Dini Aqisha yang terlampau teruja. Tetapi bunga pemberiannya masih lagi berada di dalam dakapan si isteri. Bersyukur mempunyai isteri yang tahu menghargai pemberiannya. Rasa bersalah terhadap perkara lepas kembali menerjah akal fikirannya.
Namun cepat-cepat diusir rasa itu untuk tidak mengganggu moment bahagia mereka.
"Sayang, jom naik atas solat lepas tu bersiap. Malam ni kita makan kat luar jelah eh." Raqish Iqbal yang dari belakang datang menyapa si isteri.
"Eh, kenapa tak makan kat rumah je, Dini boleh masakkan untuk abang." Balas Dini Aqisha selepas mendengar cadangan suaminya itu.
"Abang kalau boleh memang nak makan air tangan sayang abang ni. Tapi sayangg...awak tu nak masak apa, satu bahan pun takde kat rumah ni haa." Balas Raqish Iqbal sambil tersenyum manis.
YOU ARE READING
Suamiku Kepala Batu
RomanceDini Aqisha dan Raqish Iqbal. Keduanya mempunyai nama yang hampir sama. Raqish Iqbal merupakan majikan kepada Dini Aqisha. Walaupun Dini hanyalah P.A kepada Raqish Iqbal. Itu tidak bermakna Raqish boleh membulinya sesuka hati. Kehadiran tunang Raq...