Dini Aqisha sedang sibuk menyiapkan masakan tengah hari dirumah ibu bapa mertuanya. Bukan tiada pembantu di villa itu. Tetapi dia yang merajinkan diri untuk membantu.
"Dini, tak payahlah buat kerja tu. Kesian kamu nanti." Entah kali keberapa Puan Sri Azimah menghalang menantunya, tetapi Dini Aqisha tetap berdegil juga.
"Ala mama, apa yang nak kesian, Dini buat sikit aje. Yang lain semua diaorang yang buat. Mama jangan risau ye." Balas Dini Aqisha kepada ibu mertuanya.
"Dah, berhenti. Jom ikut mama pergi depan. Kita ikut sembang dengan dua beranak tu. Lagipun ayah ada cari menantu perempuan dia ni ha. Dah jom." Ujar Puan Sri Azimah lalu menarik tangan menantunya supaya berhenti melalukan kerja.
"Oh yeke mama. Sekejap tau Dini nak basuh tangan." Balas Dini Aqisha sambil bergerak menuju ke arah sinki.
Kemudian mereka berdua bersama bergerak ke arah ruang tamu dimana Raqish Iqbal dan Tan Sri Hasyim sedang berbual rancak.
"Macam mana honeymoon? Seronok?" Soal Tan Sri Hasyim kepada anak menantunya.
"Seronok ayah. Terima kasih ayah sebab dah sponsor kami." Balas Dini Aqisha dengan senyuman yang cukup manis.
"Ha, sebelum lupa. Kitaorang ada beli sesuatu kat mama dan ayah dekat sana. Awak, tolong hulurkan beg tu." Dini Aqisha menepuk lembut bahu suaminya yang berada disebelah tanda meminta tolong.
Raqish Iqbal tanpa banyak soal, terus mengambil beg tersebut lalu dihulurkan kepada isterinya. Dia menjarakkan sedikit jarak antara mereka.
Tetapi cepat sahaja Dini Aqisha menghapuskan kembali jarak itu. Raqish Iqbal memandang tajam ke arah isterinya. Dini Aqisha pula tersenyum manja membalas pandangan lelaki itu.
"Dekat mama ngan ayah pun sempat beli hadiah. Susahkan kamu je." Ujar Tan Sri Hasyim.
"Tak susah pun ayah. Sambil kitaorang shopping, beli sekali barang-barang ni. Lagipun ayah dengan mama tak payah risau, menantu perempuan mama ni hantu shopping." Balas Raqish Iqbal sambil memandang kearah isterinya.
"Eh, mana ada. Saya bukan hantu shopping la. Tak baik tau." Dini Aqisha cepat-cepat menangkas kata-kata suaminya.
"Iyalah tu, habis tu hari tu siap tinggal saya sorang-sorang kat hotel sebab pergi shopping. Tak namanya hantu shopping ke tu? Lama pula tu." Ujar Raqish Iqbal bersahaja.
Dia sengaja memburuk-burukkan isterinya depan ibu bapanya. Sebenarnya kejadian itu tidak berlaku pun.
Dini Aqisha sudah berkerut kening. Dia baru sahaja hendak membuka mulut menjawab tetapi dipotong oleh ibu mertuanya pula.
"Alah, kamu ni Qish. Biasalah tu perempuan bila shopping, mesti lama sikit. Dia tak ajak kamu tu sebab takut kamu bosan pula. Dah, jom makan. Makanan mesti dah siap tu. Jom abang." Ujar Puan Sri Azimah lalu bangkit dari sofa mewah yang terletak di ruang tamu itu.
"Ha, yelah. Qish ajak isteri kamu tu." Kata Tan Sri Hasyim kepada anaknya. Lalu berlalu pergi kearah meja makan di ruangan makan.
Kini, tinggallah Raqish Iqbal dan Dini Aqisha di ruang tamu. Raqish Iqbal segera bangun dari sofa yang didudukinya lalu mahu bergerak menuju ke arah meja makan. Tetapi dengan pantas langkahnya ditahan si isteri.
Dini Aqisha menarik lengan lelaki itu. Raqish Iqbal terus memandang ke sebelah kearah isterinya yang masih duduk di sofa tadi. Dengan segera dia menarik kembali tangannya. Dini Aqisha terlepas jua pegangannya itu.
"Kenapa awak tuduh saya depan mama dengan ayah tadi?" Soal Dini Aqisha. Suaranya seperti menahan marah.
Raqish Iqbal tersenyum sinis. "Simple, aku nak diaoarng benci kau. Senang aku nak lepaskan kau nanti." Balasnya kasar lalu terus pergi meninggalkan isterinya disitu.
YOU ARE READING
Suamiku Kepala Batu
RomanceDini Aqisha dan Raqish Iqbal. Keduanya mempunyai nama yang hampir sama. Raqish Iqbal merupakan majikan kepada Dini Aqisha. Walaupun Dini hanyalah P.A kepada Raqish Iqbal. Itu tidak bermakna Raqish boleh membulinya sesuka hati. Kehadiran tunang Raq...