Bab 43

5.7K 178 10
                                    

Raqish Iqbal pulang sedikit lambat ke rumah ibu mertuanya. Memandangkan banyak kerja yang perlu disiapkan, jadi dia terpaksa duduk di pejabat lebih daripada waktu pejabat.

Buat masa sekarang, mereka masih lagi menetap di rumah ibu mertuanya sehinggalah kaki isterinya sembuh sepenuhnya.

Perancangannya, dia mahu membawa isterinya pulang ke rumahnya sendiri apabila wanita itu sudah sembuh sepenuhnya.

Ruang tamu villa itu sudah sunyi daripada suara orang. Itu menandakan penghuni dirumah ibu mertuanya sudah masuk ke bilik masing-masing.

Sedang dia menuju ke tangga untuk naik ke atas, dia terdengar seperti air di sinki dapur villa itu dibuka.

Terhenti langkah Raqish Iqbal yang mahu naik ke tingkat atas. Hatinya rasa sesuatu. Perlahan-lahan langkah Raqish Iqbal beralih ke arah dapur.

Sedikit demi sedikit kepalanya dijenguk ke dalam dapur. Figura seorang wanita dengan rambut dikepit tinggi berada di sinki membelakanginya.

Dahinya berkerut melihat susuk badan wanita itu. Riak marah sedikit terserlah di wajah lelaki itu. Dia berjalan perlahan-lahan ke arah wanita itu. Sampai sahaja di belakang wanita itu. Dia berdiri lama sambil merenung tajam wanita itu.

Dini Aqisha yang sedang membasuh tangannya di sinki terasa seperti ada sesuatu sedang berdiri rapat dibelakangnya. Tongkat yang dikepitkan di bawak ketiaknya dipegang kuat untuk mendapatkan sedikit kekuatan.

Dia berasa takut kerana hanya dia yang berada di ruangan bawah. Suaminya pula belum pulang ke rumah. Pembantu rumahnya pula sudah masuk ke biliknya memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 11 malam.

Raqish Iqbal yang berasa pelik melihat keadaan isterinya yang diam seperti patung mula merapatkan lagi jarak mereka.

Tangan diangkat lalu bahu kanan isterinya ditepuk perlahan. Dini Aqisha yang belum sedia terus terkejut lalu rebah menyembah lantai. Satu badannya terketar-ketar ketakutan.

Raqish Iqbal terkejut melihat reaksi isterinya. Badannya ditundukkan sedikit untuk mendekati isterinya yang kelihatan terketar-ketar.

"Allah, Allah. Ya Allah tolong aku. Raqish bila awak nak balik. Isk isk isk." Belum apa-apa, Raqish Iqbal mendengar isterinya menangis. Mata isterinya terpejam rapat sambil menunduk ke bawah.

Tersenyum Raqish Iqbal dengan gelagat isterinya. 'Ingat aku hantu la tu.' Raqish Iqbal tersenyum sinis. Perlahan-lahan badan isterinya dicempung lalu diangkat.

Bertambah ketar badan Dini Aqisha setelah merasa badannya terapung. "Allahu Akbar. Dia main angkat pula. Ya Allah aku tak nak kena sorok dekat hantu ni. Bantu aku ya Allah." Teresak-esak Dini Aqisha menangis.

Fikirnya selepas ini dia tidak akan berjumpa lagi dengan suami dan keluarga tercinta dek disorok hantu.

Meletus ketawa Raqish Iqbal mendengar kata-kata isterinya. Tidak dapat dibayangkam wajahnya kini yang sedang merah kerana terlalu kuat gelaknya.

'Dia gelak pulak! Hantu ni betul-betul mainkan aku. Tapi suara macam jantan. Gatal nak dukung aku. Kau tunggu lah laki aku balik. Dia belasah kau cukup cukup. Dasar hantu gatal.' Bisik Dini Aqisha dengan mata masih terpejam.

"Ehem, mana ada hantu yang segagah aku nak angkat kau yang berat macam dugong ni." Balas Raqish Iqbal dengab suara sengaja didinginkan. Tawanya ditahan sebaik mungkin.

Terhenti sejenak tangisan Dini Aqisha selepas mendengar kata-kata itu. Seperti dia pernah dengar suara itu. Perlahan-lahan mata yang terpejam itu diangkat menghadap gerangan yang mengangkatnya itu.

Terbuntang matanya melihat gerangan itu mempunyai rupa sebiji seperti suaminya.

"Isk isk isk. Ni..ni hantu ke ma..manu..sia?" Soal Dini Aqisha tergagap-gagap.

Suamiku Kepala BatuWhere stories live. Discover now