Sudah beberapa minggu berlalu, kaki Dini Aqisha juga sudah semakin pulih. Dia kini sudah boleh berjalan tanpa bantuan tongkat lagi. Raqish Iqbal juga sudah tidak melarangnya untuk bergerak kesana dan kesini.
Raqish Iqbal juga semakin sibuk menguruskan hal dipejabat. Jadualnya juga sedikit tidak tersusun elok dek kerana pembantunya iaitu isterinya sendiri telah cuti sakit. Kini, banyak masanya hanya dihabiskan di pejabat sahaja.
Hampir setiap malam lelaki itu akan pulang lewat ke rumah. Pernah sekali lelaki itu tidak pulang ke rumah kerana menyiapkan kerja berkaitan projek besar syarikatnya.
Pada petang itu, Dini Aqisha hanya menghabiskan waktunya di taman yang direka khas untuk penduduk villa ibu bapanya.
Bukan Dini sahaja, Datin Quzaidah dan pembantu-pembantu rumah mereka turut serta bersantai disitu. Kerja sudah selesai, kini masa untuk mereka berehat pula.
"Qish, dah jarang ibu nampak Raqish kat rumah. Dia sibuj sangat ke?" Soal Datin Quzaidah yang prihatin terhadap menantunya.
"Hmm, dia busy lah bu. Sekarang dia kena uruskan projek besar syarikat tu. Tambah-tambah lagi Qish ambil cuti. Lagi bertambah lah kerja dia." Balas Dini Aqisha bagi pihak suaminya.
"Kesian pula ibu tengok suami kamu tu. Mesti penat je memanjang. Mana nak rehat kalau setiap hari balik lambat. Lepastu pagi-pagi dah keluar. Kamu sebagai isteri kenalah pandai ambil hati suami kamu tu. Jangan tambah kusut dia. Bantu dia apa yang patut." Sempat lagi Datin Quzaidah menasihati anaknya dalan menguruskan rumah tangga.
Dini Aqisha tersenyum lebar. Dengan pantas dia menganggukkan kepalanya.
"Baik bu. InsyaAllah Qish akan tolong Raqish apa yang patut." Ujar Dini Aqisha yang sudah memasang tekad untuk membantu suaminya.
'Yes, masa nilah aku boleh pikat dia.' Jerit hati Dini Aqisha.
"Ha, baguslah tu. Ibu tengok suami kamu tu makan pagi pun skip. Entah makan ke tidak dia satu hari kat pejabat tu. Apa salahnya kalau kamu masakkan untuk dia dan makan sekali kat sana." Satu lagi tips yang diberikan oleh ibunya.
Ibunya tanpa sedar telah membantu Dini Aqisha untuk memikat suaminya kembali. Dia tersengih panjang. Pelbagai rancangan diaturkan dalam benaknya.
Sebentar kemudian, loceng rumahnya berbunyi. Kemudian pagar villa tersebut lalu masuk sebuah kereta BMW X5 ke dalam pagar itu. Dini Aqisha, Datin Quzaidah serta pembantu-pembantu rumah mereka yang ada disitu memandang pelik ke arah kereta itu.
Pintu kereta dibuka, dapat dilihat dari taman yang diduduki oleh mereka gerangan yang keluar daripada perut kereta itu. Terus berubah riak wajah Dini Aqisha apabila melihat pemilik kenderaan mewah itu.
"Siapa tu angah? Kawan kamu ke?" Soal Datin Quzaidah apabila tetamu yang hadir ke rumahnya itu tidak dikenalinya.
"Emm, ya—ya dia kawan emm angah." Jawab Dini Aqisha teragak-agak. Tidak tahu jawapan apa yang patut diberikan kepada ibunya.
Datin Quzaidah mengerutkan keningnya apabila mendengar jawapan anaknya.
"Eish, apalah angah ni. Macam tak nak mengaku kawan pulak. Bik Neng, tolong bawak dia ke sini." Ujar Datin Quzaidah sambil melihat gerangan tetamunya itu.
Pembantu rumah itu tanpa membantah terus meluru ke arah tetamu itu. Dini Aqisha hanya tersengih kelat dengan jawapan ibunya.
"Emm, assalamualaikum." Ujar tetamu itu dengan senyuman manisnya. Tangan dihulurkan untuk bersalam.
Datin Quzaidah membalas senyuman itu lalu turut menghulurkan tangannya. "Waalaikumusalam, kawan Qish ya. Nama siapa?"
"Err haah saya kawan Dini. Saya Nina." Balas Nina. Pandangannya dialihkan kearah Dini Aqisha sebentar.
YOU ARE READING
Suamiku Kepala Batu
RomanceDini Aqisha dan Raqish Iqbal. Keduanya mempunyai nama yang hampir sama. Raqish Iqbal merupakan majikan kepada Dini Aqisha. Walaupun Dini hanyalah P.A kepada Raqish Iqbal. Itu tidak bermakna Raqish boleh membulinya sesuka hati. Kehadiran tunang Raq...