Kini Dini Aqisha dan Raqish Iqbal sudah tiba di New Zealand. Mereka datang ke nagara cantik itu untuk honeymoon.
Sekarang mereka dalam perjalanan untuk ke tempat penginapan yang telah di tempah oleh ibu bapa Dini Aqisha.
Jika tiket penerbangan disponsor oleh ibu bapa Raqish Iqbal, tempat penginapan pula disponsor oleh ibu bapa Dini Aqisha.
Sepanjang perjalanan ke tempat penginapan, mereka berdua hanya senyap menikmati pemandangan di sepanjang perjalanan ke Cook islands.
Ya, lokasi berbulan madu mereka di Cook islands. Suasana pantai yang mendamaikan itu menjadi pilihan pasangan ini.
"Thanks." Ujar Raqish kepada pemandu teksi yang telah membawa mereka ke tempat hotel penginapan.
"Sayang." Panggil Raqish Iqbal kepada isterinya yang sedang mengambil gambar.
"Yup." Jawab Dini Aqisha sepatah. Dia langsung tidak menoleh ke arah suaminya.
"Tak habis lagi ke ambil gambar tu?" Tanya Raqish Iqbal dengan muka bosannya.
Dini Aqisha berpusing memandang suaminya dengan senyuman manja. "Ala bie, Dini tak puas lagi tengok semua ni. Cantik sangat."
"Sayang ambik gambar dari mula kita naik teksi, sampai nak masuk bilik pun tak habis-habis lagi." Bebel Raqish Iqbal.
Dini Aqisha tersengih dengan muka bersalah. "Yelah, yelah. Jom kita masuk. Kesian bie letih ea. Meh, Dini tolong bie angkat beg ni ya." Pujuk Dini sambil memeluk lengan suaminya.
Raqish Iqbal tersenyum dengan telatah isterinya. Mereka kemudian bergerak masuk ke lobi. Selepas itu mereka bergerak ke arah bilik mereka.
Sempat lagi mereka bergurau sesama mereka sepanjang perjalanan ke bilik hotel. Pekerja hotel yang setia menunjukkan jalan dan membawa beg mereka turut terhibur dengan gelagat pelanggan mereka.
************************************
Pada malam itu, mereka mengambil kesempatan dengan menikmati angin pantai yang menenangkan itu. Peluang ini juga diambil untuk merapatkan hubungan mereka. Tetapi sejak daripada mereka keluar dari hotel, Dini Aqisha hanya mendiamkan diri sahaja.
"Yang, seronokkan kalau kita selalu dapat macam ni." Ujar Raqish Iqbal penuh romantis.
"Hmm, haah." Jawab Dini Aqisha ringkas.
Jawapannya itu menyebabkan Raqish Iqbal memalingkan mukanya menghadap si isteri.
"Sayang ok? Macam penat je. Kalau penat kita naik bilik dulu. Esok baru kita keluar." Tanya Raqish Iqbal penuh risau.
Dini Aqisha juga turut melakukan perkara yang sama. Dia menatap wajah suaminya.
"Takdelah, Dini ok je." Jawab Dini Aqisha. Ringkas juga.
"Habis tu, sayang jawab nak tak nak je." Balas Raqish Iqbal tidak berpuas hati.
Rupanya Raqish Iqbal perasan akan perubahan yang terjadi keatas isterinya. Sejak mereka sampai disini, isterinya kelihatan seperti tidak langsung teruja dan seronok.
"Atau sayang tak suka tempat ni?" Raqish Iqbal cuba serkap jarang.
"Bukanlah bie, dah jangan risaukan Dini. Dini sihat dan Dini sukakan tempat ni. Jangan risau ok. Jom pergi kat sana." Ujar Dini Aqisha yang mulai rimas dengan soalan-soalan suaminya.
Raqish Iqbal sekadar mengangguk lalu mengikut pergerakan isterinya yang sedang menarik tangannya untuk bergerak ke hadapan.
Mereka berbual panjang. Sebenarnya lebih tepat lagi Raqish Iqbal yang banyak bercerita. Dini Aqisha hanya senyap mendengar.
YOU ARE READING
Suamiku Kepala Batu
RomanceDini Aqisha dan Raqish Iqbal. Keduanya mempunyai nama yang hampir sama. Raqish Iqbal merupakan majikan kepada Dini Aqisha. Walaupun Dini hanyalah P.A kepada Raqish Iqbal. Itu tidak bermakna Raqish boleh membulinya sesuka hati. Kehadiran tunang Raq...