Selesai sahaja bermesyuarat dengan cawangan syarikatnya yang terletak di Pahang, Raqish terus masuk ke bilik bersiap- siap untuk bertemu janji dengan encik Sufi.
Zara bergerak mendekati bilik pejabat milik majikannya. Dia memandang sekilas ke arah Dini Aqisha sebelum mengetuk pintu majikannya. Dia mula memasang niat jahat.
Sebelum mengetuk buat kali kedua. Dia sempat lagi melihat timbunan fail di salah sebuah meja kosong yang terdapat di situ. Kemudian dia memandang sekilas ke arah Dini yang sedang melakukan kerjanya.
Dia tersengih jahat. Dia mengangkat hampir semua fail yang berisi tebal yang terdapat di meja itu. Kemudian dia mengetuk pintu bilik Raqish sekali lagi.
Tidak berlengah masa, dia terus melepaskan salah satu fail yang tebal isinya ke atas kakinya. Walaupun sakit, dia tidak peduli. Asalkan dapat menyakitkan hati isteri majikannya. Masalah mental betul.
Dia kemudian menjerit sekuat hati supaya Raqish yang berada di dalam dapat mendengar jeritannya itu.
Terkejut Dini dan para pekerja yang lain. Terus dia bergerak ke arah Zara untuk membantu wanita itu.
Tetapi Zara sungguh busuk hati. Dia melepaskan fail yang paling tebal di tangannya tepat ke atas kaki Dini Aqisha. Menyeringai Dini menahan sakit dan pedih.
Kerana tidak terkawal. Dini menjerit dan memarahi Zara. "Auuucchhh, apa masalah kau ni. Dah gila ke apa?" Jerit Dini lantang.
Para pekerja yang menyaksikan adegan itu turut berbisik- bisik mengenai sikap buruk si Zara ulat beluncas itu.
Raqish yang mendengar kekecohan di luar biliknya ditambah lagi dengan jeritan isterinya terus menerpa keluar.
"Apa yang kecoh ni? Heyy, kenapa fail berterabur depan bilik saya ni?" Mencerlung mata Raqish Iqbal memandang ke arah Zara dan isterinya.
Dia paling pantang jika harta milik syarikat itu tidak dijaga rapi. Sebelum Dini sempat berkata apa- apa. Zara terus memotong.
"Aduu tuan, tolong saya. Kaki saya sakit. Tadi saya bawa fail ni banyak- banyak sebab nak tunjuk update fail ni. Then, saya minta Dini bukakan pintu kat saya. Dia marahkan saya sebab saya mintak dia bukakan pintu. Dia terus rempuh saya. Jatuh fail yang tebal tu kat kaki saya. Dah penyek kaki saya ni agaknya." Kata Zara dengan suara yang sungguh gedik. Dia menunjukkan fail tebal yang dijatuhkan ke atas kaki Dini.
Raqish yang mendengar pula sudah termakan dengan perangkap itu. Mencerlung pandangannya dihalakan terhadap P.A nya itu. Dini yang sakit hati dan kakinya hanya diam menahan geram.
"Dini, whats wrong with you? Sekalipun awak tak suka dengan dia. Tak boleh ke awak tolong dia sikit. Bukakan pintu je pun. Bukan angkat fail tu. Tu pun susah?" Agak kuat herdikan Raqish Iqbal terhadap isterinya.
Pekerja lain yang mendengarnya juga turut menahan geram dengan perangai syaitan si Zara. Mereka juga hairan, macam mana majikannya boleh terhasut dengan si Zara sehingga sanggup mengherdik isterinya itu.
"Awak jangan fikir disebabkan awak ni isteri saya. Awak boleh buat sesuka hati. Saya tak sangka awak macam ni." Sambung Raqish.
Sakit betul hati Dini apabila dituduh sebegitu oleh suaminya. Dihadapan khalayak ramai pula tu. Bengkak di kakinya sudah diabaikan. Hatinya lebih sakit buat masa ini.
Dia merenung tajam kepada si Zara ulat beluncas itu. Kecut perut Zara dibuatnya apabila pandangan tajam itu diarahkan kepadanya. Terus dia tunduk mengecut.
"Dini, stop it. This is your fault. Tak perlu pandang dia macam tu." Tegur Raqish tegas apabila melihat mata Dini yang menggerunkan itu.
YOU ARE READING
Suamiku Kepala Batu
RomanceDini Aqisha dan Raqish Iqbal. Keduanya mempunyai nama yang hampir sama. Raqish Iqbal merupakan majikan kepada Dini Aqisha. Walaupun Dini hanyalah P.A kepada Raqish Iqbal. Itu tidak bermakna Raqish boleh membulinya sesuka hati. Kehadiran tunang Raq...