enam belas

7.3K 242 0
                                    

Dini Aqisha sudah duduk di set sofa yang disediakan di butik tersebut.

Dia sudah tidak tahan melayan kerenah si suami yang keras kepala.

Sudah la suka buat keputusan sendiri. Lepas tu nak paksa- paksa orang. Sebal hatinya dengan sikap lelaki itu a.k.a Raqish Iqbal.

Lisya pekerja butik yang ditugaskan untuk melayan mereka sudah berlalu pergi entah kemana.

Dini sudah bermain- main dengan telefon pintarnya. Tiba- tiba Raqish Iqbal muncul dihadapannya.

"Dini, aku dah jumpa yang sesuai untuk kau. Come." Kata Raqish Iqbal secara tiba- tiba

Dini Aqisha memandang sekilas ke arah suaminya dan kembali menghadap telefon di tangan.

Dia sudah malas mengambil kisah tentang pakaian persandingan mereka. Kerana dia pasti, semua keputusan berada di tangan lelaki itu. Buat sia- sia je dia memilih.

Dini Aqisha masih bermalas- malasan di sofa itu. Sekali lagi Raqish Iqbal memandang ke arah isterinya. Naik geram pula apabila melihat Dini Aqisha mengendahkan kata- katanya.

"Weh, aku bukan bercakap dengan sofa tau. Aku bercakap dengan kau. Respon la sikit." Angin Raqish apabila melihat isterinya masih duduk di atas sofa itu.

"Kalau awak dah berkenan sangat dengan baju tu, ambik jela. Buat habis tenaga saya je. Kalau saya pergi tengok and saya tak suka, bukan saya boleh buat apa- apa pun." Kedengaran dingin sekali suara Dini Aqisha. Barangkali wanita ini sedang merajuk.

Raqish Iqbal yang mendengar turut sama duduk di sebelah isterinya.

"Aku bukan nak kau pilih. Aku nak kau try baju tu. Nak dapatkan saiz yang sesuai untuk baju tu. Kau suka ke tak suka ke, kau tetap kena pakai baju tu." Jawab Raqish yang tidak menghiraukan rajuk si isteri.

Dini Aqisha mendengus apabila mendengar jawapan lelaki itu. Terus dia bangun dari sofa itu lalu ingin menuju ke arah tempat yang di ajak oleh suaminya itu.

"Ish, cepatlah. Tadi nak sangat saya pakai. Haish... Sabar jelah aku dengan mamat sengal ni. Kalau tak memaksa tak sah." Marah betul Dini Aqisha. Tetapi dua ayat dibelakang itu diperlahankan. Takut dilabel isteri yang biadap.

Malang sekali, Raqish Iqbal mendengar semua kata- kata yang keluar dari mulut isterinya. Terjegil mata Raqish Iqbal sambil memandang Dini Aqisha yang sudah berlalu meninggalkan dia bersendirian di situ.

"Dia cakap aku sengal? Takpe siap kau kejap lagi." Raqish berkata dengan penuh geram.

Dia turut bangun dan menuju ke arah wanita itu.

Lisya yang melihat pasangan muda itu yang kembali bergerak ke arah deretan gaun pengantin turut bergerak ke arah mereka.

Kesempatan itu diambil oleh Raqish Iqbal untuk membalas dendam terhadap isterinya yang mengutuknya sebentar tadi.

Raqish Iqbal merapati isterinya lalu memaut pinggang wanita itu. Memang dia sengaja berbuat demikian untuk menyakitkan hati isterinya.

Lisya sudah tersengih- sengih melihat aksi nakal pelanggannya. Dini Aqisha yang nyata tidak selesa cuba untuk melepaskan pautan itu. Makin dia mencuba, Raqish Iqbal makin mengetatkan lagi pautan di pinggang isterinya.

"Sayang, ni lah baju yang bie pilih untuk sayang. Pergilah cuba." Kata Raqish Iqbal kepada Dini Aqisha.

Melopong Dini Aqisha melihat gaun pengantin yang berada dihadapannya itu. Baginya, baju itu seksi dan tidak sesuai untuk wanita bertudung.

'Dia ingat aku patung apa. Sesuka hati nak suruh aku pakai baju ni. Teruk punya laki.

Dini mendekatkan wajahnya kepada Raqish

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dini mendekatkan wajahnya kepada Raqish. "Awak ni memang dungu ke sesaje nak tunjuk awak ni dungu?" Dini Aqisha berkata dengan penuh geram.

Dengar sahaja kata- kata isterinya, Raqish Iqbal terus naik marah. Dia mendekatkan lagi jarak antara mereka. Hanya beberapa inci sahaja jarak antara mereka. Naik seram Dini Aqisha dibuatnya.

"Kau cakap aku apa tadi? Dungu. Amboi bercakap macam tak sayang mulut kan." Gertak Raqish. Dia mengetatkan lagi pautan pada pinggang isterinya.

Untuk mengelakkan mereka bersentuhan. Dini terpaksa meletakkan tapak tangannya di dada lelaki itu.

"Ish, lepaslah. Memang patut saya tanya awak ni dungu ke tak. Awak sendiri nampak yang bini awak ni pakai tudung tutup aurat. Awak suruh bini awak pakai gaun yang seksi tu?!" Marah Dini Aqisha kepada suaminya.

"Eh, aku pun tahu lah yang kau bertudung tutup aurat. Apa susah. Nanti kau pakai lah inner kat dalam. Tu pun nak kalut." Bisik Raqish Iqbal. Tetapi bisikannya penuh sinis.

"Saya tak kira. Saya tak nak gaun tu. Ikut suka dia je nak kita pakai baju tu baju ni." Dini menjulingkan mata ke atas. Dia sudah tidak peduli akan Lisya yang berada berdekatan mereka.

"Err.. Puan jangan risau. Kami boleh tukar design baju ni sikit. Ikut cara yang puan nak." Kata Lisya yang mencuba untuk meredakan keadaan.

"See, butik ni memang hebat. Dia boleh tolong kitalah sayang." Kata Raqish sambil melonggarkan sedikit tautan di pinggang wanita itu. Dia rasa selesa pula berada dalam keadaan itu bersama isterinya.

Dini Aqisha pula sudah malas untuk melayan lelaki itu.

"Hmm.. Ikut suka awak lah. Kang saya membantah buat letih je. Bukan awak nak dengar pun." Kata Dini Aqisha yang bunyinya sungguh dingin.

Raqish hanya tersengih sumbing sahaja.

"Puan boleh cuba gaun tu untuk saiznya. Fitting room kat sana." Lisya menunjukkan bilik tersebut kepada pasangan muda itu.

Dini mengambil baju yang dihulurkan oleh Lisya lalu masuk ke dalam bilik tersebut dengan muka cemberut. Dia langsung tidak berkenan dengan gaun tersebut.

Selesai sahaja mengenakan gaun itu dibadannya, Dini keluar untuk diperlihatkan kepada si suami.

Terlopong Raqish melihatnya. Baginya Dini sangat cantik jika dipadankan dengan gaun itu.

Dini yang melihat reaksi si suami terus menyilangkan tangan di dadanya. Dia berasa malu kerana gaun itu agak terdedah di kawasan bahu dan sekitar lehernya. Sempat Dini menjegilkan mata kearah Raqish.

Raqish Iqbal tersenyum nakal kepada isterinya. Dia meggosok- gosokkan jari telunjuk dan ibu jarinya di bahagian bawah dagu.

"Hmm..cantik. Sesuai dengan sayang. Cuma tukar sikit je kat bahagian atas. Jadikan gaun ni berlengan. Part yang jarang tu boleh tutup dengan tudung nanti." Kata Raqish kepada Lisya.

Lisya mengangguk- anggukkan kepalanya mendengar kata- kata pelanggannya.

"Kami ambil gaun ni." Sambung Raqish lagi.

Dia memandang sekilas ke arah Dini untuk melihat reaksi wanita itu. Raqish hanya mampu mengeluh apabila melihat Dini seolah- olah tidak berminat langsung dengan gaun pilihannya itu.

Apabila kedua- duanya tak sebulu. Itulah jadinya.

Suamiku Kepala BatuWhere stories live. Discover now