Raqish Iqbal bersiap-siap untuk berjumpa pelanggan perniagaannya di luar. Dia tidak masuk ke pejabat pada pagi itu. Dia lihat Dini Aqisha masih lagi berada di atas katil sambil memandangnya.
Dia tersenyum senget. 'Dengar cakap pula bini aku pagi ni.' Matanya kembali fokus ke arah dirinya dihadapan cermin. Seselali dia menjeling ke arah isterinya yang jelas riak bosan dan geram pada wajah putih itu.
"Awak." Panggil Dini Aqisha perlahan. Dia menarik-narik halus cadar katil itu. Menahan geram.
"Hmm." Balas Raqish Iqbal ringkas tanpa memandang ke arah isterinya. Mata dan tangannya ralit membetulkan kolar baju kemejanya.
"Awak balik pukul berapa?" Soal Dini Aqisha lembut. Dia mengubah sedikit kedudukan badannya. Sedikit senang untuk dia memandang lelaki itu.
Baju kemejanya dibetulkan sedikit kemudian berpaling ke arah isterinya dengan kening yang terangkat. Mukanya beriak nakal dengan mata nakal bermain di wajah isterinya.
"Aku belum pergi kau dah rindu ke? Hmm susah lah kalau macam ni." Ujar Raqish Iqbal sambil langkah di hayun perlahan ke arah katil.
Berkerut sedikit dahi Dini Aqisha mendengar ayat suaminya. Dia beralih sedikit badannya ketengah katil. Memberi ruang untuk suaminya untuk duduk di sisi.
"Ish awak ni. Bukan itulah maksud saya. Saya bosan tau. Awak langsung tak bagi saya bergerak. At least, kalau awak ada kat rumah. Saya takdelah bosan sangat." Terang Dini Aqisha lembut sambil mata menghadap suaminya.
Raqish Iqbal mengecilkan matanya. "Oh, maksudnya kau takkan rindukan aku la? Emm, lagilah susah kalau macam ni." Balas Raqish Iqbal lagi sekali. Badannya dijarakkan sedikit daripada isteri. Merajuk konon.
Dengan pantas Dini Aqisha menampar lembut paha suaminya. "Saya tak cakap macam tu pun. Tak baik tau tuduh orang sesuka hati." Balas Dini Aqisha geram.
"Hmm, rindulah ni?" Soal Raqish Iqbal dengan suara ejekan. Tergelak Raqish Iqbal apabila wajah isterinya mula berona merah.
"Salah ke nak rindu suami sendiri." Ujar Dini Aqisha perlahan. Hampir sahaja tidak kedengaran suaranya itu.
"Eh, tak salah. Kalau nak rindu sepanjang masa pun takpe. Lagi bagus." Ujar Raqish Iqbal dengan sengihan dibibirnya.
"Alaa, awak belum jawab soalan saya tau." Dini Aqisha merengek sedikit. Tidak mampu lagi menahan geram dengan usikan suaminya.
Raqish Iqbal tergelak melihat muka cemberut isterinya. "Mungkin aku balik lambat sikit. Lepas jumpa client, aku masuk pejabat. Ada kerja nak kena bereskan hari ni." Balas Raqish Iqbal dengan muka yang agak bersalah.
Kasihan sebenarnya melihat isterinya yang berseorangan didalam bilik. Bukan tiada orang dirumah, ibunya ada sahaja dirumah. Tetapi disebabkan keadaan isterinya menyebabkan dia melarang wanita itu untuk banyak bergerak.
Terus bertukar sedih muka Dini Aqisha apabila medapat jawapan daripada suaminya. "Emm, takpelah. Nak buat macam mana kan. Itu kerja awak." Balasnya sayu.
"Hmm, kalau kerja aku dekat pejabat siap awal, aku terus balik. Okay. Alaa, kalau kau bosan kau panggil lah sesiapa dalam rumah ni ajak bual. Isha ke, Azriel ke, ibu ke." Balas Raqish Iqbal yang kembali bergerak ke arah cermin. Betulkan rambut.
'Tak habis-habis nak betulkan rambut dia. Kalau masa aku pakai tudung, tahu pulak nak membebel. Lambatlah, dah oklah.' Rungut Dini Aqisha.
"Isha dengan Azriel takde kat rumahlah. Ish awak ni. Ibu pula mana sempat nak naik atas. Selalu ada je kerja ibu tu. Haish bosannya." Balas Dini Aqisha sambil mencebik. Seperti tidak mahu melepaskan lelaki itu pergi.
YOU ARE READING
Suamiku Kepala Batu
RomanceDini Aqisha dan Raqish Iqbal. Keduanya mempunyai nama yang hampir sama. Raqish Iqbal merupakan majikan kepada Dini Aqisha. Walaupun Dini hanyalah P.A kepada Raqish Iqbal. Itu tidak bermakna Raqish boleh membulinya sesuka hati. Kehadiran tunang Raq...