02 💚 MATA HIJAU YANG MEMERHATI

2K 211 46
                                    

Daerah Eplé, Bar Kecil Yyscatobleron
Ahad, 13:25

Beryl di dalam kamar tidurnya. Hari ini merupakan hari yang indah. Cuti.
Selaku pemilik bar di Eplé. Hari ahad merupakan hari yang paling istimewa.

Beryl pula masih terbaring meniarap di atas katilnya yang empuk sambil memeluk erat selimutnya.

Pak!

Seseorang mengetuk kepala Beryl.

"Apa kau buat gila?"

Beryl menjeling si pegetuk kepalanya.

Siapa lagi kalau bukan Sylvan. Sahabat buniannya.

"Aku nak bangkitkan kau daripada alam mimpi!"

Beryl berdecit. Tak puas hati. Si lelaki berambut merah menutup mukanya dengan selimut.

"Bagunlah! Anak dara apa tidur sampai ke tengahhari."

Sylvan membebel sambil menarik selimut Beryl.

"Aku bukan anak daralah bodoh."

Ujar Beryl dalam nada dingin sambil merentap semula selimutnya menyebabkan tubuh Sylvan tertarik ke hadapan.

"Aku anak teruna yang sudah berpunya."

Beryl mengakhiri kata-katanya bersama senyuman nakal. Dengkuran kembali kedengaran.

"Bangunlah Beryl! Aku sudah lapar!"

Si Sylvan terus menarik lagi selimut Beryl.

"Pergilah berambus mencekek sana."

Beryl masih lagi menggenggam erat selimutnya. Sylvan pula masih terus menarik. Tak guna betul bunian ni. Ganggu betul! Datang ke kamar tidur orang buat hal.

Eh, sekejap?

"Macam mana kau boleh masuk bilik aku?"

Tangan Beryl yang menggenggam selimutnya erat dilepaskan sehinggakan tubuh Sylvan hilangan keseimbangan dan terus tersandar pada dinding. Mujur tak jatuh.

"Kau pecah masuk ke?!"

Marah Beryl. Terus bangun dari katilnya.

"Mana ada! Tadi kau bukakan aku pintu."

Sylvan melenting. Pelupa betul. Dia yang bukakan pintu. Sylvan yang dituduh pecah masuk.

Dahi Beryl berkerut. Aku bukakan pintu? Bukan aku membuta ke sepanjang pagi? Jambang halus merah burgundynya diusap sambil berfikir.

"Kau ada buka Beryl. Kau kata kau dengar bunyi sesuatu di bawah dan kau ingin melihatnya. Sebaik sahaja pintu dibuka kau naik semula ke atas dan sambung beradu."

Sylvan bercerita dengan dialek bakunya sambil memutarkan bola mata birunya. Belum tua lagi sudah nyanyok.

"Ah? Aku tidur berjalan ke?"

Beryl mengerutkan dahinya.

"Ya, mungkin. Ketika kau bukakan pintu sebentar tadi wajah kau tidak ubah seperti mayat hidup. Mujur aku tidak pengsan."

Sylvan berseleroh.

Lama Beryl berfikir. Bagaimana dirinya boleh turun ke tingkat bawah dan bukakan pintu? Bunyi sesuatu? Sylvan datang kebetulan sewaktu dirinya turun. Oh, ya!

"Sylvan, aku teringat! Aku mimpi pelik tadi. Ada perempuan rambut panjang duduk kat bawah."

Beryl tiba-tiba teringat mimpinya.

"Siapa? Cinta kau ke?"

Sylvan berkerut membuat muka bosan.

"Bukan! Ini perempuan lain. Perempuan tu duduk dekat atas kaunter bar. Mata dia hijau sangat. Rupa dia agak seram. Dalam mimpi tu dia pandang je aku."

JELMAAN LELANDRAWhere stories live. Discover now