18 💚 HUKUMAN MATI TERBATAL

1K 116 37
                                    

"Hentikan drama kau bunian."

Graig menunjul dahi Sylvan lagi sekali dengan muncung pistol besinya.

"Masalahnya sekarang kau akan mati dulu." 

Graig merenung tajam Sylvan.

Sylvan menjuihkan bibirnya.

"Biarkanlah aku berdrama sebelum aku pergi."

"Masalahnya, aku terasa mual dengan drama kau berdua."

Graig membuat muka meluat.

"Kalau mual silalah pergi, tuan siluman."

Kini giliran Beryl pula bersuara sambil menepuk-nepuk bilah pisaunya pada dagu Graig. Tersenyum menampakkan barisan giginya.

"Manusia, hentikannya."

Graig terasa jelik dengan perbuatan Beryl. Picu ditarik.

Biji mata Beryl terbuntang luas!
Sylvan juga!

"Sekejap! Aku ada cadangan."

Beryl tiba-tiba melenting.  Berdebar jantungnya apabila picu ditarik.

"Cadangan apa? Kau nak ambil alih kematian sahabat kau?"

Terus muncung pistol dialihkan daripada dahi Sylvan kepada dahi Beryl.

Beryl menghembuskan keluhan. Tak boleh ke tunggu aku habis cakap dulu?

"Ahhhh! Beryl!'

Sylvan menjerit terharu.

Beryl dan Graig berkerut. Apahal bunian ni?

"Kau manusia termulia yang pernah aku kenal dan hanya satu sahaja! Sebaik sahaja kau mati aku tak akan mencari sahabat manusia lain!"

Terus Sylvan merangkul leher Beryl. 

"Sudahlah kau!"

Beryl terus mengetuk kepala Beryl dengan bilah pisaunya secara mendatar. Berdeting bunyinya.

"Sakit..."

Dakapan dileraikan. Sylvan mencebik sambil melurutkan kepalanya. Salah ke kalau dirinya ingin berdrama?

"Drama apa semua ni? Korang ni homoseksual..???" 

Graig bekerut seribu. Pistol diturunkan. Jijik dia melihatnya.

"Hentikanlah penghinaan kau Graig! Kau hanya cemburu!"

Sylvan tersengeh seperti kerang busuk. Melirikkan matanya pada Beryl. Kening dijongketkan.

Beryl membuat muka jelik. Sylvan ni...Kalau siluman ini percaya bagaimana?

"Baiklah diam!"

Kedua-dua tangannya diangkat. Sebelah tangannya masih memegang senjata api itu.

"Aku langsung tidak berminat nak dengar kisah intim kau berdua."

Graig memejamkan matanya. Patutlah meraka begitu akrab dan berdua sahaja.

Hati Graig berbisik. Siluman itu telahpun membuat andaian sendiri. Cinta tiga kali ganda terlarang. Cinta tidak mengenal bangsa, cinta tidak mengenal usia dan akhir sekali...cinta tidak mengenal jantina.

Uerrrrghh... Graig terasa mual.

"Ehhh, siapa nak cerita. Lagipun bukan ada pun."

Bukan ada ke? Sylvan menyilangkan kedua tangannya. Tersengeh seperti kerang busuk. Raut wajahnya sedikit berubah seolah-olah menyembunyikan sesuatu.

Beryl berkerut seribu melihat telatah Sylvan. Kenapa bunian ni? Raut wajah kelihatan seolah-olah ada sesuatu yang intim telah berlaku antara kita. Perlu ke buat reaksi macam tu. Kalau orang salah faham macam mana?

Ya, Graig sudah salah faham.

Sengihan Sylvan berpanjangan bagaikan kerang busuk. Tidak akan dia lupa peristiwa beberapa bulan lepas dahulu. Uish! Malas nak kenang lebih-lebih. Apa-apa pun Beryl terlalu raku------- *tooooooot*

"Oi! Kau berangan apa?!" 

Beryl menunjal kepala Sylvan! "Tersengeh-sengeh macam orang gila bayang."

"Manusia, cepat beritahu aku apa yang kau nak cadangkan."

Graig menyilangkan kedua tangannya.

"Cadangannya adalah... aku tak akan kenakan hukuman ke atas kau."

Ujar Beryl mendatar.

Graig menjongketkan keningnya. Menarik bunyinya.

"Sebagai tukar gantinya, ringankan hukuman Sylvan dan ia tidak akan melibatkan sebarang nyawa."

Beryl merenung tajam Graig. Risau sekiranya Graig tidak bersetuju.

"Baiklah, tak ada masalah."

Graig tersenyum dengan manisnya.

Terbuntang biji mata Sylvan dan Beryl. Tak sangka Graig setuju dengan begitu mudah.

Beryl menghembuskan nafas lega. Terpaksa akuinya, Graig boleh juga bertolak-ansur.

"Jadi apakah hukumannya."

Sylvan tersenyum. Nyawanya telahpun diselamatkan! Terima kasih kepada Beryl kerana cadangan itu. Terima kasih kepada Graig kerana bertimbang rasa!

"Bunian.."

Graig mengukirkan senyuman manis. Hukuman seterusnya tidaklah seberat hukuman mati.

"Ya!"

Sylvan sudah bersedia dengan hukumannya!

"Hukumanya adalah sila bertelanjang di luar sana." 

Tangan Graig dihalakan pada arah pintu keluar utama bar tersebut.

Senyuman Sylvan yang semanis tebu serta-merta menjadi kendur. Sekendur-kendurnya. Wajahnya yang ceria menjadi pucat. Pandangan matanya mula berpinar. Hukuman ini lebih dahsyat berbanding hukuman tali gantung.

"Aku..lebih rela mati..."

Ujar Sylvan sekadar berbisik.

Ujar Sylvan sekadar berbisik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
JELMAAN LELANDRAWhere stories live. Discover now