Sylvan mengusap pipinya. Terasa bisa yang luar biasa. Wajahnya masih lagi belumuran dengan darah.
"Bunian...."
Panggil Graig mendatar
"Ya?"
"Jadi manusia ini selalu tumbuk kau?"
"Selalu juga. Tapi di wajahku, ini kali pertama."
Sylvan mencebik sambil menjeling Beryl.
"Kau yang paksa aku.."
Beryl juga mencebik sambil menjeling Sylvan.
"Oh, ya...Permainan sudah tamat bukan?"
Sylvan tersenyum menampakkan barisan giginya pada Graig bersama wajah penuh dengan darah itu.
"Ya, tamat."
Jawab Graig bersahaja.
"Jadi, tunggu apa lagi? Berambuslah."
Beryl memintas. Satu saat pun Beryl tidak mahu melihat Graig lagi.
Graig menjeling Beryl.
"Setelah apa yang kau lakukan ke atas aku, kau ingat aku nak pergi macam tu je?"
Graig berjalan menghampiri Beryl sehingga dada bertemu dada.
Sepasang mata delima itu bertentangan dengan sepasang mata zamrud.
"Apa yang aku buat?"
Beryl menjongketkan keningnya. Setahunya dia tidak melakukan apa-apa.
"Kau lupa? Kau telah menumbuk aku?"
Beryl berkerut. Itu sahaja?
"Kau lupa? Kau dah kelar leher aku?"
Bertambah kerutan pada dahi Beryl. Ya, kesan luka itu jelas kelihatan. Malahan darah masih mengalir. Bukti itu masih ada.
"Kau lupa? Kau telah memaksa aku mengguna sihir larangan?"
Graig kekal merenung tajam Beryl.
Beryl berkerut seribu. Tak guna! Siluman ini?! Apa lagi selepas ini?!
"Aku nak bawa perkara ini ketengah."
Ujar Graig dingin.
"APA?!!"
Beryl tidak puas hati! Kenapa suka menyusahkan aku?!
"Graig... apa kata kita anggap perkara ini sebagai satu salah faham?"
Ujar Sylvan sambil tersengeh seperti kerang busuk .
"Seperti' kau kata?! Memang salah faham!"
Beryl meninggikan suaranya. Salah faham kepala otaklah! Sedangkan dirinya diperbodohkan!
"Bunian...kau ahli Rosamund bukan? Malahan kau berpangkat tinggi."
Graig tersenyum sinis memandang Sylvan.
"Ya, saya."
Sylvan gugup. Rasanya dia bakal mendengar sesuatu yang kurang enak.
"Tugas Rosamund apa?"
Tanya Graig sinis.
"Menjaga keamanan dan kesejahteraan masyarakat."
Sylvan menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Selain tu?"
Tanya Graig lagi.
Beryl menghembuskan keluhan. Pisau yang daripada tadi berada dalam genggamannya diletak kasar di atas meja. APA LAGILAH AGENDA SI SILUMAN INI!
"Membanteras dan menghindar kejahatan..."
Semakin lama semakin perlahan suara Sylvan kedengaran.
"Baik. Aku nak buat laporan mengenai manusia ini. Perkara ini harus diadukan kepada ibu pejabat Rosamund. Aku mahu kes ini direkodkan! Dan tindakan harus diambil ke atas manusia ini."
Ujar Graig dengan nada dingin serta tegas.
"Apa?!"
Biji mata Beryl terbuntang luas!
"Tapi-"
"Tapi apa bunian?"
Belum sempat Sylvan bersuara Graig sudah memintas. Pintu bar dibuka.
"Kau pasti tidak mahu diturun pangkat bukan? Ataupun dibuang kerja?"
Graig mengugut.
"Ya, baiklah. Mari ke ibu pejabat Rosamund."
Sylvan terpaksa akur bersama senyuman yang dipaksa-paksa.
"Bagus, aku tak sabar nak tengok manusia ini meringkuk di dalam penjara bawah tanah."
Graig mula mengatur langkah bersama satu senyuman sinis.
Sylvan terkaku berdiri.
Alahai nasib.
Graig ni... betul-betul... tak betul kepala otaknya.
Perlahan-lahan wajah Sylvan menoleh pada Beryl.
Beryl pula sudah merenung Sylvan dengan pandangan mata menikam dan itu telah membuat hati Sylvan diserang rasa bersalah yang melampau.
"Beryl, ikut sekali, ya?"
Sylvan memaksa dirinya untuk tersenyum. Terasa bersalah sungguh. Lain macam rasa bersalahnya. Yalah, gurau punya sebab masalah terus melarat.
"Kau salah satu punca masalah aku bertambah."
Ujar Beryl mendatar. Kalau Sylvan tidak berpura-pura mati barangkali perkara ini tidak akan berlaku.
YOU ARE READING
JELMAAN LELANDRA
HumorSeekor hantu berupa wanita tiba-tiba menginap di loteng bawah tanah rumahnya. Siapa sangka wanita berpuaka itu hakikatnya merupakan isteri kepada seorang lelaki. "Aku mendakwa kau atas tuduhan menculik isteri aku." - Graig Rastus Greguska "Apa?! Ta...