Next chapter saya tak akan update until this chapter reach 30 votes. 😘
Dalam erti kata lain saya akan busy mulai esok kerana saya akan melangkah masuk ke alam pekerjaan. Tak tahu tahap busynya macam mana. So, hope u guys akan setia menanti saya. 😩🔫
"Apahal Sylvan? Kau kalah lagi?"
Tanya Beryl.
"Senyap! Aku belum kalah lagi!"
Sylvan melenting! Apahal Beryl ke mari? Kehadiran Beryl telah membuat telinganya kemerahan. Terasa hangat pula pada bahagian telinganya.
Beryl menjongketkan keningnya sambil berkerut. Marah pula.
"Jadi bunian? Kau tidak mahu lakukannya?"
Graig ketawa kecil. Matanya melirik pada Beryl.
Beryl berkerut lagi. Manusia itu tidak faham. Terasa macam baru diumpat pula.
"Tidak. Aku tidak akan lakukan perbuatan terhina itu!"
Sylvan menekankan nada suaranya. Mata birunya tajam merenung wajah Graig.
Kali ini Sylvan serius. Dia tidak main-main."Jadi kalau begitu..."
Graig mengambil sepucuk pistol bewarna emas daripada sisipan pinggangnya. Ia dihalakan ke arah Sylvan.
"Woi! Apahal ni?!"
Beryl terkejut.
"Katanbelum kalah lagi!"
Beryl semakin keliru . Bertambah-tambah kerutan pada dahinya. Dahlah keluarkan pistol yang berbeza sejak yang tadi. Berapa banyak senjata dia bawak??!
Sylvan hanya kekal diam merenung Graig dengan pandangan mata yang menikam. Boleh putus urat tengkuk melayan perangai siluman ini. Ketidakwarasan Graig sungguh luar biasa. Gilanya melampau. Dan semua tahu, semakin gila siluman ini semakin kuat kuasa yang dirinya mampu miliki.
"Ya, Bunian ini belum kalah lagi.."
Graig tersenyum sinis memandang Sylvan.
Sylvan masih merenung tajam Graig. Kali ini tiada pilihan. Dia perlu berlawan dengan Graig. Walaupun dia tahu siluman ini merupakan siluman yang kuat namun maruahnya harus dipertahankan!
"Seperti biasa...bunian ini ingin menarik diri. Dia tidak mampu mempertahankan maruahnya. Jadi dia perlu mati."
Graig ketawa sinis.
"Eh! Kau kata aku tidak pertahankan maruah aku?! Berhenti memutar belitkan fakta Graig. Aku menarik diri kerana aku ingin melindungi maruah aku."
Sylvan semakin sakit hati. Graig mempermainkan maruahnya! Sakit betul hatinya. Sungguh-sungguh sakit!
Beryl mengeluh.
"Graig? Kau tak bosan ke? Kau sedar tak kau banyak buang masa?"
"Sehari 24 jam. Aku tak ada kuasa untuk mengubah masa dan waktu."
YOU ARE READING
JELMAAN LELANDRA
HumorSeekor hantu berupa wanita tiba-tiba menginap di loteng bawah tanah rumahnya. Siapa sangka wanita berpuaka itu hakikatnya merupakan isteri kepada seorang lelaki. "Aku mendakwa kau atas tuduhan menculik isteri aku." - Graig Rastus Greguska "Apa?! Ta...