"Siluman aku nak kau menyeru yang telah mati."
"Kau gila?"
Graig menjuihkan bibirnya.
"Ya, sebab kaulah aku naik gila."
"Aku tidak akan sesekali melakukan sihir larangan."
Graig merenung mata hijau milik Beryl dengan pandangan jelik.
Beryl mengalihkan pisau daripada leher Graig. Darah masih mengalir. Graig membiarkan.
Beryl masih merenung tajam mata Graig. Genggaman jari-jemarinya yang dilumuri darah Graig kelihatan terketar-ketar. Giginya digertap kuat.
"Sihir larangan sihir yang menentang takdir. Jadi aku tidak akan sesekali lakukannya.
"Aku tak peduli. Aku tetap nak Sylvan dihidupkan semula."
Beryl merenung tajam mata merah Graig. Sungguh sakit hatinya. Graig tidak mahu menggunakan sihir larangan dengan alasan ia menentang takdir. Tetapi Graig sendiri telah membunuh satu nyawa.
"Beryl, tergamak kau terfikir untuk gunakan sihir larangan. Sejak bila kau pandai menentang takdir."
Sylvan memegang bahu Beryl.
"Aku buat semua ni untuk----"
Beryl terdiam sejenak. Apa?! Pantas dirinya menoleh!
"SYLVANNNN?!!!!"
YOU ARE READING
JELMAAN LELANDRA
HumorSeekor hantu berupa wanita tiba-tiba menginap di loteng bawah tanah rumahnya. Siapa sangka wanita berpuaka itu hakikatnya merupakan isteri kepada seorang lelaki. "Aku mendakwa kau atas tuduhan menculik isteri aku." - Graig Rastus Greguska "Apa?! Ta...