Lama Graig berdiri pada muka pintu. Mata merah bagaikan permata delima itu merenung tajam pada arah Beryl dan Sylvan.
Kita tengok berapa lama si gila ni nak merenung. Beryl tersengeh.
Sylvan juga terpinga-pinga. Habis tu? Sekarang nak buat apa? Main renung-renung? Sylvan melirikkan matanya pada Beryl. Jangan buang masa! Sylvan memberi syarat mata pada Beryl.
Beryl menjongketkan keningnya. Baiklah. Kakinya menolak serpihan mangkuk kaca yang berderai di lantai ke tepi. Nanti ada yang terpijak pula.
Beryl melangkah menghampiri Graig.
"Ya, Tuan Graig ada apa yang saya boleh bantu? Nak buat tempahan?"
Beryl mengukirkan senyuman. Mana tau siluman ni nak buat tempahan minuman untuk majlis? Pergh, kayanya! Siluman kaya-raya. Boleh tekankan harga.
Graig menjongketkan keningnya.
Tersenyum sinis."Jadi minuman apa yang kau tawarkan?"
Tanya Graig dengan nada sombong.
"Macam-macam. Absinthe? Champaign? Wain merah?"
Beryl mencadangkan beberapa jenis minuman yang dia ada.
Biji mata Sylvan terbuntang. Tak guna Beryl. Dia beritahu yang mahal-mahal sahaja. Licik betul.
"Jadi? Macam mana? Tuan berminat?"
Beryl menunggu jawapan daripada Graig.
"Apa tadi? Absinthe? Cham..paigne? Dan..."
Graig berpura-pura terpinga-pinga.
"Dan. ..wain merah."
Jawab Beryl masih mengukirkan senyuman. Tanganya ditepuk. Duit bakal masuk. Wah....
"Apa tu? Air longkang? Atau air sisa kumbahan?"
Dahi Graig berkerut.
Bukan tak tau tapi niatnya sememangnya ingin menghina.Senyuman Beryl kendur. Bertuah punya siluman. Biadab sungguh.
"Pfffft..."
Kedengaran Sylvan menahan ketawa.
Pantas Beryl menoleh menjeling Sylvan. Jelingan maut diberikan kepada bunian itu.
Sylvan terus berpura-pura serius. Hahah. Hatinya masih ketawa. Bibirnya digigit.
Beryl kemudian menoleh semula pada Graig. Jelas menggambarkan reaksi bosan pada wajahnya. Bosan dan benci.
"Kenapa? Kau berminat dengan sisa kumbahan atau air longkang? Air ludah paling sesuai untuk kau."
Nampaknya kemahiran berkomunikasi dengan pelanggan bermaslah Beryl tak ada. Kesbarannya tidak sehebat mana. Terutamanya apabila berinteraksi dengan lelaki bongkak dan suka menghina.
"Taklah. Aku cuma ingat air macam tu je ada jual kat sini."
Jawab Graig pula.
"Kita pernah duduk berdua minum air longkang sama-sama ke? "
Urat-urat di dahi Beryl mula timbul.
"Tuan Graig..Kau silap."
Sylvan mencelah. Bahu Beryl ditepuk. Kalau tak mencelah ada juga yang baling meja kerusi nanti.
"Apa maksud kau?"
Graig merenung Sylvan.
"Sahabat aku suka minum susu. Air longkang kami tak minum."
YOU ARE READING
JELMAAN LELANDRA
HumorSeekor hantu berupa wanita tiba-tiba menginap di loteng bawah tanah rumahnya. Siapa sangka wanita berpuaka itu hakikatnya merupakan isteri kepada seorang lelaki. "Aku mendakwa kau atas tuduhan menculik isteri aku." - Graig Rastus Greguska "Apa?! Ta...