12 💚 BUNIAN TUA BERUBAN

1.1K 118 28
                                    

"Apa dia? Ulang lagi sekali?"

Graig bersuara dengan penuh keterpinga-pingaan.

"Dia selalu mengangkat bakul,
Ada perkara dia paling pantang.
Kerana itu dia kuat memukul,
Tak lain kalau bukan cukur jambang."
Teka-teki itu diulangi semula.

"Hah! Jawab sekarang!"

Sylvan menghentak meja. Matanya melirik pada Beryl. Kening dijongketkan. Tersenyum dengan manis.

Beryl membalas dengan renungan maut. Tak guna.

Craig berkerut sejuta.

"Jujur kata ini soalan yang sungguh mencabar."

"Fikir baik-baik Graig."

Sylvan tersenyum sinis.

"Selalu angkat bakul? Pantang dicukur jambang? Kuat memukul? Hmmm..."

Mata Graig merenung atas. Otaknya ligat berpusing.

"Baghal ke? Baghal selalu bawak bakul? Eh tak... Bukan.."

Graig berbisik perlahan.

Sylvan bantai ketawa!

"Baghal mana ada jambang!"

"Kamb-"

"Kambing berjanggut! Bukan berjambang! Tak sangka kau begitu lembab Graig!"

Sylvan tidak henti-henti ketawa.

Bertambah-tambah kerutan pada dahi Graig. Aku lembab? Siapa yang lembab sekarang ni? Sedangkan aku patut kalah, bunian ini terus menyangkal jawapan aku. Memberi peluang untuk aku terus meneka. Bunian lembab. Graig menjuihkan bibitnya.

"Lagi satu, kambing mana ada warna mera-"

TUP!

Belum sempat Sylvan menghabiskan ayatnya terus Beryl mencampak pena pada dahi Sylvan. Dan balingan itu tepat dan padat!

"Sakitlah!"

"Seronok betul kau, ye?"

Ujar Beryl geram.

"Apa?! Salah ke aku ketawa?

"Tak salah. Tapi ketawakan aku salah."

"Aku tak ketawakan kau!"

Sylvan menafikannya.

Graig menjongketkan keningnya. Aneh. Dirinya secara tak langsung dapat menonton drama komedi percuma. Mereka bertekak sesama sendiri.
Dan tingkah-laku meraka ternyata adalah petunjuk buat jawapan kepada teka-teka itu.

"Bunian...."

Panggil Graig.

Sylvan dan Beryl berhenti bertekak.

"Jadi, bagaimana? Kau mahu menyerah kalah?"

Sylvan tersenyum sinis.

JELMAAN LELANDRAWhere stories live. Discover now