Seekor hantu berupa wanita tiba-tiba menginap di loteng bawah tanah rumahnya. Siapa sangka wanita berpuaka itu hakikatnya merupakan isteri kepada seorang lelaki.
"Aku mendakwa kau atas tuduhan menculik isteri aku."
- Graig Rastus Greguska
"Apa?! Ta...
Sylvan menarik lacinya. Satu per satu diperiksanya! Mana perginya! Biasanya ada!
Mana?!
Mana?!
Mana?!
Apa yang dicari Sylvan adalah borang aduan masyarakat.
Beryl hanya menjongketkan keningnya memerhatikan Sylvan yang masih lagi tidak membersihkan kesan darah pada wajahnya. Macam mana boleh selesa tu?
Lelaki berambut merah burgundy itu kemudiannya menarik kerusi tetamu yang terletak di hadapan meja Sylvan dan terus duduk.
Graig hanya berdiri menjeling Beryl. Seraya itu mata merahnya melirik pada arah Sylvan yang sedang kelam-kabut mencari borang.
"Jumpa!"
Sylvan meletakkan borang di atas meja. Tapi kenapa sehelai sahaja? Pasti ahli Rosamund yang lain sesuka hati mengambilnya. Tak guna.
"Silakan, Encik Graig. Ini merupakan borang untuk membuat sebarang aduan."
Borang diletakkan seiring dengan pena.
Beryl berkerut melihat Sylvan. Apahal Sylvan ni? Perlahan-lahan pada bibirnya mengukirkan satu senyuman.
"Bunian..."
Ujar Graig mendatar. Merenung wajah bunian berambut putih itu.
"Ya, Encik? Ada apa boleh saya bantu?"
Jawab Sylvan dengan penuh tata tertib.
Beryl tidak mampu bertahan lagi. Ketawanya habis tersembur keluar!
Graig menjeling Beryl. Manusia gila.
"Apa masalah kau, Beryl?"
Sylvan terasa jengkel. Kenapa tiba-tiba ketawa tanpa sebab?!
"Aku tak mampu bertahan."
Ketawa Beryl berpanjangan.
Sylvan berkerut seribu! Urat-urat pada dahinya timbul.
"Apahal?!!"
Apa masalah Beryl ni?! Wajah Sylvan mula merah. Entah kenapa dia dapat rasakan Beryl sedang ketawakan dirinya.
"Janggal betul aku tengok kau. Aku tak boleh tengok kau begitu formal!"
Beryl berusaha menahan ketawanya.
"Eh, Diamlah!"
Sylvan meninggikan suaranya!
Beryl akur. Baiklah. Dirinya berusaha untuk diam. Ya, mujur ketawanya menghilang.
"Suka hati akulah. Pejabat aku. Tata tertib aku."
Sylvan geram. Tergamak Beryl ketawakan dirinya.
"Dan pejabat apa yang tiada tempat duduk untuk tetamu?"
Graig yang berdiri daripada tadi akhirnya bersuara. Bersuara dengan menyindir Sylvan.
"Eh?"
Sylvan terpinga-pinga.
"Maafkan saya, saya terlupa ingin pelawa encik!"
Mata Sylvan melilau ke seluruh ruang pejabatnya. Mana kerusi tetamunya! Sepatutnya ada dua kerusi?! Pasti jiran pejabatnya telah mengambil keduanya tanpa izin!
Eh?! Sekejap!
Mata Sylvan tertumpu pada Beryl!
"Beryl bangun!"
Sylvan memberi arahan kepada Beryl yang sedang duduk di atas kerusi tetamu.