"Aku tak perlukan bantuan kau, Beryl.."
Ujar Sylvan dengan dengan penuh sakit hati. Bibirnya digertap. Terus-terang, ini kali pertama Sylvan terasa ingin ketuk kepala Beryl dengan apa-apa sahaja. Kerusi? Botol kaca?
"Baguslah kalau macam tu.."
Ujar Beryl acuh tak acuh. Sylvan. Kenapa kau bodoh sangat? Tak semena-mena aku dapat label pentingkan diri.
Bertuah betul manusia ni. Sombong! Sylvan hanya memerhatikan Beryl daripada belakang. Kenapa berpaling? Tahu pula malu.
Beryl menghembuskan keluhan. Jarinya berusaha menunjukkan sesuatu pada Sylvan. Ditundingkan pada arah sisinya di dalam posisi yang Graig tak akan perasan buat masa ini.Tak nampak ke?! Ingat aku sengaja nak berpaling? Jangan Sampai Graig perasan! Aku sedang tunjukkan kau jawapannya.
Sylvan berkerut. Apa yang Beryl sedang buat.
Beryl berpaling semula pada arah Graig dan Sylvan. Menghembuskan keluhan yang berat. Lembab! Lenguh tangan aku.
Sylvan bertambah berkerut. Apahal Beryl ni? Kebas ke punggungnya.
"Apahal?"
Ujar Beryl pada Sylvan.
"Aku benci kau Beryl."
Ujar Sylvan sekadar berbisik.
"Fikirlah jawapannya kalau tak nak mati. Pandang muka aku buat apa?"
Beryl menjeling Sylvan. Matanya memandang jarinya sendiri yang sedang ditundingkan pada arah tepi. Isyarat mata. Bermakna renung jari aku.
Sylvan terkedu. Matanya merenung jari Beryl. Aku terlepas sesuatukah?
"Kau tanggung sendiri akibatnya. Aku tak nak tolong."
Jari telunjuknya masih dikeluarkan diangkatkan melepasi kepalanya. Pura-pura melurutkan rambutnya kebelakang. Tangannya terhenti di belakang kepala. Jari telunjuknya bergerak-gerak menundingkan pada arah sesuatu. Mujur Graig duduk di hadapan Beryl. Pasti dia tak mampu lihat apa yang jari Beryl sedang buat disebalik kepalanya.
Beryl sedang tundingkan pada arah sesuatu. Sesuatu di sudut bar itu.
Graig menghembuskan keluhan.
"Bunian, jangan buang masa bertikam lidah dengan manusia hina ini. Fikirlah jawapannya.."
Graig menongkatkan kepalanya. Matanya merenung jari-jemarinya sendiri. Bosan betul menunggu.
"Sekurang-kurangnya manusia tak merepek macam siluman."
Beryl membuat muka jelik.
Sylvan berdebar apabila mendengar suara Graig. Perlahan-lahan matanya melirik pada arah yang jari Beryl tundingkan. Tidak mahu Graig perasan.
Sylvan melirik pada hujung bar. Sesuatu objek besar yang ditutupi dengan kain putih kelihatan. Barang milik Beryl sudah sekian lama Beryl tinggalkan dan tidak digunakan. Hanya sekadar menjadi perhiasan yang ditutupi dengan kain putih.
Sylvan membuntangkan biji matanya! Ya! Dia sudah tahu jawapannya!
Sylvan berdehem beberapa kali"Aku menyesal bersahabat dengan kau Beryl. Pentingkan diri."
YOU ARE READING
JELMAAN LELANDRA
UmorismoSeekor hantu berupa wanita tiba-tiba menginap di loteng bawah tanah rumahnya. Siapa sangka wanita berpuaka itu hakikatnya merupakan isteri kepada seorang lelaki. "Aku mendakwa kau atas tuduhan menculik isteri aku." - Graig Rastus Greguska "Apa?! Ta...