Hadapan pintu Bar Kecil Yyscadtobleron.
Rokok paip pada bibir Beryl semakin lama semakin longgar. Betul-betul berada di tubir bibirnya.
Mata Beryl pula hanya kuyu dan pasrah. Matanya jelas mengatakan..
'Aduhai, nasib. Kenapalah aku dikelilingi dengan orang macam ni.'
Telinganya bingit sahaja mendengar seorang lelaki tua membebel padanya.
"Kau jangan ingat aku tua, aku tak akan bertindak."
Lelaki berumur 60-an itu mengetuk-ngetuk lutut Beryl dengan tongkatnya. Wajah tuanya yang penuh dengan kedutan begitu bengis kelihatan.
"Ini dikira gangguan seksual!"
Lelaki tua itu mengherdik pada Beryl. Habis terpercik air liurnya pada wajah Beryl.
Beryl berkerut seribu. Matanya merenung mulut lelaki tua itu. Punya banyak membebel, bergerak-gerak gigi palsunya. Tak takut ke tertanggal?
"Kau buaya darat! Lelaki tak ada maruah!"
Tempias air ludah semakin lebat.
Beryl hanya diam sahaja. Sekali sekala dia mengelap dengan lengannya.
Sabar Beryl.
Lelaki tua ni.
Suka datang menyerang. Kalau aku tolak sikit je, habis telangkup satu tubuh dia. Kaki menjulang tinggi ke langit jadinya. Baru tau tinggi rendah langit dan dunia.
"Kau ibarat satu pencemaran buat kanak-kanak yang lalu lalang!"
Suara lelaki tua itu terpekik-pekik kuat sehingga suaranya seakan-akan tersangkut. Tongkatnya dihentak berkali-kali pada tanah.
"Wanita-wanita adalah mangsa!"
Pok! Pok! Pok!
Tongkatnya diketuk pada lutut, dada dan kepala Beryl.
Bunyinya lemah sahaja. Lagipun,
tenaga lelaki tua itu bukannya ada sangat."Dan kau menghinakan!"
Naik-naik urat leher lelaki tua itu. Kedutan-kedutan pada lehernya jelas kelihatan bergerak-gerak.
"Tergamak kau cuba nak goda bini aku!"
Wajah lelaki tua itu mula kemerahan. Marahnya menjadi luar biasa.
"Kau bernafsu buas!"
Urghh! Tersentap jantung Beryl. Terlepas paip rokok Beryl daripada bibirnya. Mujur Beryl sempat menyambutnya.
Kata-kata lelaki tua ini sungguh pedih dan berbisa. Bagaikan ada pisau beracun distusuk pada jantung.
Mereka menilai aku daripada fizikal luaran. Tidak percayakah mereka yang aku masih teruna!
"Bini aku pun kau cuba nak rampas! Jangan ingat kau boleh dapatkan dia walaupun dia sudah menjadi janda nanti!"
Kata-kata kesat terus dilemparkan.
"Walaupun aku tua! Bini aku masih cintakan aku!"
Beryl menjuihkan bibirnya. Sedangkan dia yakin. Puan Bonito sebenarnya inginkan harta Encik Bonito ni. Sebab itulah dia sanggup kahwin dengan Encik Bonito. Dia berumur 60. Bininya lewat 30-an. Rasa ikhlas ke Puan Bonito tu?
Hmmm, tak nak lah menilai hati orang kan? Tapi apa pendapat anda?
Lupakan. Aku tak suka menilai orang. Tapi aku tak suka mereka.
Baiklah, Encik Bonito ini adalah lelaki tua yang sedang membebel dengan aku ni. Pemilik bakeri di sebelah bar aku.
Nak tahu kenapa dia bebel?
Haaaaaihhh...
Aku kena bebel kerana ada salah faham. Tak apalah. Nak buat macam mana. Ini semua berlaku adalah kerana siluman bernama Graig Rastus Greguska dan juga bunian bernama Sylvanoryn Arul Valden.
Secara ringkasnya.
Maruah aku dikorbankan.
Satu nyawa diselamatkan.Ini pertaruhan demi maruah ataupun pertaruhan demi nyawa?
"Puiiih!!!"
Lelaki tua itu meludah pada Beryl. Lamunan Beryl serta-merta berkecai.
"Sampah! Menjijikkan! Jangan cuba nak dekati bini aku lagi!"
YOU ARE READING
JELMAAN LELANDRA
HumorSeekor hantu berupa wanita tiba-tiba menginap di loteng bawah tanah rumahnya. Siapa sangka wanita berpuaka itu hakikatnya merupakan isteri kepada seorang lelaki. "Aku mendakwa kau atas tuduhan menculik isteri aku." - Graig Rastus Greguska "Apa?! Ta...