"Saya, Graig Rastus Greguska ingin mendakwa MANUSIA TERHINA berambut merah burgundy, Beryl Yiskatobleron (Pemilik Bar Kecil Yiskatobleron di Eple) sebagai seorang penjenayah kejam. Pelbagai kesalahan yang telah dilakukan ke atas saya.
Kesalahan yang telah dilakukan ke atas saya adalah seperti berikut.
i- Tidak menghormati saya sebagai pelanggan
ii- Menuduh saya melakukan pembunuhan
iii- Memaksa saya menggunakan sihir larangan.
iv- Mengungut saya dengan mencederakan saya menggunakan bilah pisau pada bahagian leher.
v- Dan kesalahan yang paling besar adalah menculik isteri saya (Graig Lelandra Greguska) serta menafikannya.
Sekian, saya akui segala maklumat di atas adalah benar.
ʀɑรtuร."
"Ambil ni bunian. Failkan kes ini. Dan sila maklumkan kepada aku apakah tindakan yang ingin diambil ke atas manusia hina ini. Jangan bekukan kes ini seperti seringkali yang dilakukan oleh pihak kerajaan."
"Ya, baiklah Encik Graig."
Sylvan terkebil-kebil mengambil borang itu. Panjangnya!
Beryl dengan selamba terus merampas borang itu. Segala hasil tulisan tangan Graig diteliti.
Sylvan terpinga-pinga "Bery-"
"APA NI?! Eja nama aku pun salah! Sepatutnya Y-y-s-c-a-d-t-o-b-l-e-r-o-n!"
Sylvan cuba ingin menenangkan Beryl.
"Ber--"
"Sejak bila kau datang sebagai seorang pelanggan?! Penipu!"
Beryl meninggikan suaranya. Pandangan matanya tajam menikam mata merah milik lelaki siluman itu.
"Habis tu? Aku datang sebagai apa? Apabila aku menjejakkan kaki aku di sana secara automatik aku adalah pelanggan."
"Karut! Kau datang sebagai siluman gila yang ingin membuat kacau!"
"Itu hanya tanggapan kau."
Ujarnya bersahaja. Graig merampas semula kertas itu.
Daripada tangan Graig kini giliran Sylvan pula merampas kertas itu.
"Jangan main-main, saya perlu selesaikan kes ini secepat mungkin."
"Oi! Jangan kata kau nak failkan!"
Dahi Beryl berkerut seribu!
"Sejak bila kau berpihak kepada siluman gila ni?!"
Beryl merentap kertas itu sehingga berkedut seribu.
Sylvan sedikit tersentak.
"Apabila sudah ditulis, aku terpaksa failkan." Sylvan tersenyum seperti kerang busuk. Kertas itu dirampas semula.
"Oh! Walaupun aduan itu palsu?!"
YOU ARE READING
JELMAAN LELANDRA
HumorSeekor hantu berupa wanita tiba-tiba menginap di loteng bawah tanah rumahnya. Siapa sangka wanita berpuaka itu hakikatnya merupakan isteri kepada seorang lelaki. "Aku mendakwa kau atas tuduhan menculik isteri aku." - Graig Rastus Greguska "Apa?! Ta...