Baiklah. Semua tau siluman bangsa yang tak siuman. Tak siuman tak apa. Tapi menjengkelkan itu yang tak tahan.
"Pertaruhan pertama. Adalah Hikayat mengikut abjad."
Ujar Graig dingin.
"Apa?"
Beryl menjongketkan keningnya. Pertaruhan Hikayat mengikut abjad? Apa benda tu?
"Oh! Aku tahu! Ia adalah satu permainan! Seorang pemain akan mulakan sebuah hikayat dengan menyebut satu perkataan bermula dengan abjad 'A'. Dan permain seterusnya akan menyambung kisahnya dengan perkataan yang lain. Tetapi dengan syarat, setiap perkataan haruslah bermula dengan urutan abjad yang betul. Faham?"
Sylvan menerangkan dengan panjang lebar dengan bahasa bakunya.
"Aku rindukan permainan ini!"
Sylvan menepuk tangannya. Teruja.
"Itu je?"
Beryl mencebik. Sangkanya mereka perlu membuat pertaruhan minum arak ataupun bermain pisau. Rupanya permainam kanak-kanak.
"Dan sekirnya salah satu daripada kamu kalah. Aku akan memberi hukumannya."
Graig tersenyum sinis.
"Apa-apa jelah."
Beryl mengangkat bahunya.
"Untuk permainan kali ini kita akan tulis di atas sekeping kertas. Supaya kita ada bukti. Aku tidak mahu ada sebarang penipuan. Tetapi sekiranya disebut dengan lisan juga tiada masalah. Tetapi ia tetap harus ditulis. Salah sebut atau salah tulis bermakna kalah."
Graig memberitahu syarat permainan.
Beryl dan Sylvan mula tersengeh. Menyeringai menahan ketawa. Graig terlalu serius dalam permainan kanak-kanak.
"Baiklah! Mulakan permainan!"
Sylvan duduk di atas salah satu kerusi di meja pelanggan.
Graig juga duduk.
"Sekejap. Aku nak basuh muka. Tak selesa. Aku perlukan persediaan rapi."
Ujar Beryl. Dirinya bergerak sebentar ke kaunter dan menghirup air cider yang tak sempat diminum.
"Basuh muka? Kenapa pula? Ngada-ngadalah kau ni. Jangan buang masa! Kau mengantuk. Bangun tengahari."
Sylvan membebel. Bibirnya dijuihkan.
"Barangkali kerana kau gentar dengan aku?"
Graig ketawa kecil.
"Apa kena mengena gentar dengan basuh muka?"
Menyampah pula Beryl dengan sikap sombong Graig.
"Kau pengecut Beryl! Kau mengelat! Sebenarnya kau mahu larikan diri?!"
Sylvan menghentak meja! Lantas berdiri. Boleh pula si Sylvan faham maksud sindiran Graig.
"Bacul."
Ujar Graig perlahan.
Beryl berkerut. Apahal dua ekor ni? Suka-suka hati tuduh aku nak mengelat.
"Aku nak basuh mukalah. Muka aku kena siram dengan susu tadi. Mana aku selesa."
Beryl berusaha menjelaskan situasinya.
Sylvan ketawa. Baru teringat. Tadi si kucing sesat tadi telah menjadi punca wajah Beryl disiram dengan susu. Agaknya sudah kering.
"Ihhh, Beryl masam. Tak perlulah basuh Beryl, Biarkan kau berbau susu. Bukankah kau suka susu? "
Sengaja Sylvan mengenakan Beryl.Ketawanya semakin besar.
YOU ARE READING
JELMAAN LELANDRA
HumorSeekor hantu berupa wanita tiba-tiba menginap di loteng bawah tanah rumahnya. Siapa sangka wanita berpuaka itu hakikatnya merupakan isteri kepada seorang lelaki. "Aku mendakwa kau atas tuduhan menculik isteri aku." - Graig Rastus Greguska "Apa?! Ta...