"Ya. Aku Sylvan.. "
Sylvan tersenyum dengan manisnya bersama lumuran darah merah pada wajahnya.
"Sylv..sylv..sylvan..?"
Beryl tergagap-gagap. Dirinya terkebil-kebil.
"Kau Sylvanoryn?"
Beryl seakan-akan tidak percaya.
"Ya, aku Sylvanoryn Arul Valden. Sahabat bunian kau, Sylvan!"
Ujar Sylvan dengan nada riang.
Beryl berkerut seribu. Dirinya sempat menoleh pada lantai di mana tempat Sylvan tumbang sebentar tadi. Adakah jasadnya masih di situ? Adakah di depannya ini adalah roh seorang bunian? Tidak. Lantainya kosong. Cuma terdapat kesan darah dan pedang Sylvan di situ. Jadi di hadapannya adalah Sylvan yang sebenar!
"Kau? Bagaimana kau boleh hidup?"
Beryl merenung dalam wajah Sylvan.
"Itulah, aku pun hairan. Lama sangat aku terbaring."
Sylvan mengusap dahinya. Langsung tiada kesan peluru. Benjol adalah."
"Aku sangka aku sudah mati. Tapi kau bising sangat."
Sylvan meletakkan jari telunjuknya pada dagunya.
Beryl masih terpinga-pinga merenung Sylvan. Graig pula memutarkan bola matanya. Menyampah dengan drama bunian ini.
"Memandangkan suara kau tidak henti-henti membebel, aku tertanya-tanya betul ke aku sudah mati? Tengok-tengok itu adalah peluru palsu. Disebabkan terlalu terkejut. Tubuh aku menjadi terkaku. Aku sangka aku benar-benar mati. Dan peluru itu mengandungi darah. Darah siapa tu Graig?"
Sylvan menoleh pada Graig.
"Itu darah ikan yang disiang kawan aku."
Ujar Graig mendatar. Matanya menjeling Beryl. Jelingan penuh makna. Ada sesiapa faham maksud jelingan Graig?
"Urhh! Patutlah hanyir!"
Sylvan mencebik.
Beryl pula hanya berkerut memandang Graig dan Sylvan bersilih berganti. Jadi, selama ni akulah yang beremosi lebih?!
Sylvan kemudian melirikkan mata pada Beryl bersama satu senyuman nakal. Kening dijongketkan berkali-kali.
"Apahal kau..."
Suara Beryl kedengaran geram. Jantungnya berdegup kencang menahan perasaan malu dan geram.
"Sayang juga kau pada aku, ya? Sampai sanggup gunakan sihir larangan."
Sylvan menjongketkan keningnya.
Wajah Beryl mula kemerahan. Terasa betul-betul diperbodohkan! Telinganya terasa hangat.
"Lama aku tunggu terbaring. Nak juga dengar kau kata kau sayang aku. Tapi lama sangat aku tunggu. Tak juga aku dengar. Disebabkan kau nak guna sihir larangan terpaksa aku bangun."
Sylvan mencebik.
"Jadi, kau sengajalah berdiam?"
Tanya Beryl mendatar. Nadanya kedengaran begitu dingin.
"Ya. Ingatkan nak tunggu lama lagi. Tapi kau pula suruh Graig jadi perantaraan untuk sihir larangan. Tak ingin aku! Kalau kau sebagai perantaraan untuk sihir larangan boleh juga tersentuh hati aku."
"Buat apa aku nak siakan nyawa aku untuk nyawa orang yang aku tak bunuh."
Ujar Beryl dalam nada tenggelam. Untuk menggunakan sihir larangan akan memberi kesan kepada penggunanya. Sebagai contohnya akan hilang separuh daripada jangka hayatnya.
"Masalahnya, tiada sesiapapun dibunuh."
Graig menyilangkan kedua tangannya.Matanya masih melirik tajam pada Beryl. Lehernya masih juga mengalirkan darah. Dirinya tercedera tanpa sebab. Itulah anggapan Graig. Sedangkan dia sendiri tidak menjelaskan kepada Beryl bahawa Sylvan tidak mati.
"Tapi Beryl, lain kali janganlah sampai nak gunakan sihir larangan. Tak baik tau menentang Takdir."
Beryl meneguk airliurnya. Rasanya kata-kata Sylvan sungguh provokatif. Kemarahan Beryl semakin tidak boleh dibendung.
"Tak apalah. Sekurang-kurangnya aku tau kau saaaaaaaaayang sangat pada aku."
Sylvan tersenyum dengan manisnya pada Beryl.
Beryl kekal merenung Sylvan. Bagaikan harimau yang ingin menerkam mangsanya. Sakit hatinya apabila dirinya mendapat tahu Sylvan sengaja mendiamkan diri. Beryl kini betul-betul rasa dirinya diperbodohkan. Dalam erti kata lain perasaannya dipermainkan!
"Beryl kenapa renung aku macam tu? Bukan kau sepatutnya tersenyum dengan gembira?"
Tiada jawapan daripada Beryl.
"Oh! Aku tahu! Kau sebenarnya terlalu gembira sampai tak tau nak kata apa!"
Sylvan mendepakan kedua tangannya.
"Mari Beryl! Kau pasti ingin mendakap aku dengan erat!"
...
..
BUK!!
Satu tumbukkan tepat hinggap pada wajah Sylvan!!
...
..
"Beryl......sakitlaaaah...."
YOU ARE READING
JELMAAN LELANDRA
HumorSeekor hantu berupa wanita tiba-tiba menginap di loteng bawah tanah rumahnya. Siapa sangka wanita berpuaka itu hakikatnya merupakan isteri kepada seorang lelaki. "Aku mendakwa kau atas tuduhan menculik isteri aku." - Graig Rastus Greguska "Apa?! Ta...