14 💚 TETAK

990 107 17
                                    

Air cider dituang ke dalam gelas. Sylvan cuba mengalihkan perhatiannya daripada bunyi tetakkan pisau.

Tak....tak....tak....tak....tak....tak....

tak...tak...tak...tak...tak...

tak.tak..tak..tak..tak..tak..

tak.tak.tak.tak.tak

taktaktaktaktatak.

Sepuluh minit sudahpun berlalu.
Bunyi tetakkan pada meja berpuluh kali kedengaran.

tak.tak.tak.tak.tak.tak.tak.tak.

Barangkali sudah ratusan kali kedengaran.
Sylvan meneguk cider di meja kaunter. Peluh dingin mula menitis.

Tak.tak.tak.tak.tak.

Bila nak habis? Mereka yang bermain, debarannya aku yang rasa! Tak guna.

Bunian itu merungut. Bunyi tetakkan yang menghentak meja semakin lama semakin rancak.

10 minit sudahpun berlalu! Saat terasa lama! Seolah-olah sudah setengah jam berlalu.

Tak.tak.tak.tak.

Bagaimana tak terasa lama! Bunyi tetakkan pisau lebih laju berbanding jarum saat. Ini gila!

Tak.tak.tak.tak.tak..

Ternyata gila.

Tak.tak.tak.tak.tak.tak.

Sylvan langsung tidak berkalih. Tiada sebarang suara kedengaran antara Beryl dan Graig. Mereka terlalu khusyuk menetak dicelah jari masing-masing. Gila! Ini kerja gila! Graig sudah semestinya seorang siluman. Dia gila. Sudah sahih dia tidak siuman! Beryl pula? Apa yang telah merasuknya untuk menjadi sebegini gila!

Di satu sudut pula sememangnya Beryl telah sediakan satu meja khas untuk permainan ini. Pada meja tersebut pula dipenuhi dengan kesan calar dan tetakkan pisau. 

Tak.tak.tak.tak.tak..

Dan kini Beryl bermain dengan siluman.

Tak.tak.tak.tak..tak..

Sylvan menghembuskan keluhan. Dahinya diletakkan pada meja kaunter. Yang risau adalah, selepas ini adalah gilirannya.

Tak.tak.Tak!Tak!TAKTAKTAKTAKTAK!

KTIIIIINGGGGGG!!!

TAK!

Arggggh!!!!!

Jantung Sylvan berdegup kencang! Kepalanya terus diangkat!
Siapa?! Bunyi apa tu?! Dan jeritan siapa tu?!

🔪🔪🔪🔪🔪🔪🔪🔪🔪🔪

🔪🔪🔪🔪🔪🔪🔪🔪🔪🔪

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
JELMAAN LELANDRAWhere stories live. Discover now