22 💚 PERMINTAAN TERAKHIR SILUMAN

1K 108 21
                                    

Beryl melangkah masuk semula ke dalam barnya. Satu hembusan nafas lega dilepaskan.

Ikatan baju pada pinggangnya dibuka lantas terus menyarungkan baju itu pada tubuhnya.

"Tahniah manusia."

Graig menghulurkan tali pinggang yang sudah siap bergulung kepada Beryl bersama satu senyuman.

Beryl tidak membalas senyuman itu. Buat apa?! Menyakitkan hati sahaja. Beryl terus merampas tali pinggang itu dengan kasar. Gulungan dibuka. Beryl kemudian memasukkan tali pinggang itu ke keliling pinggangnya. Isk. Terasa sakit pula pinggangnya. Bisa dan pedih. Kenapa?

"Oh, maaf...melecet..."

Graig tersenyum sinis. Dia sedar Beryl terpinga-pinga sambil meraba-raba pinggangnya.

"Apa?! Mesti masa kau tarik tali pinggang ni kan?"

Beryl meninggikan suaranya. Patutlah sakit! Graig menarik tali pinggangnya dengan kasar sehinggakan ia bergesel pada kulitnya. Sakit tau tak?! Disebabkan perasaan marah melampau tadi dirinya tidak sedar.

"Jangan lupa pakai betul-betul."

Pesan Graig ikhlas.

Beryl merungut sambil terus memakai tali pinggang sehinggalah ia siap dikunci.

"Sylvan mana?"

Graig menunding jarinya pada Sylvan yang sedang merebahkan kepalanya di atas meja. Tidur.

"Bertuah punya bunian.. tergamak dia membuta saat aku separuh berbogel di luar sana."

Beryl menghampiri Sylvan. Telinga runcing Sylvan ditarik kasar!

"Aaaaahhhhh!!"

🍞

"Baiklah, hari sudah malam. Rasanya ini akan dijadikan pertaruhan terakhir kita."

Ujar Graig mendatar.

Beryl memutarkan bola matanya. Harap Graig tidak tukar fikiran.

Sylvan pula hanya diam sambil menggosok telinga runcingnya yang kemerahan. Sakit.

"Dan pertaruhan terakhir ini aku hanya ingin bertaruh dengan bunian ini." 

Graig melirikkan matanya pada Sylvan.

"Kenapa aku pula?"

Sylvan tidak puas hati.

"Kerana kau terlepas di pusingan sebelum ini."

Graig tersenyum sinis.

"Oh! Baguslah! Aku pun lapar! Aku tak makan apa-apa lagi."

Beryl dengan selambanya terus berlalu pergi menuju ke arah meja kaunternya. Roti dan mentega kacang coklat kini difikirannya. Hmmm...

"Ber-..."

Sylvan mencebik. Tidak puas hati. Aku pun nak makan juga.... Padahal tengahari tadi dah melantak banyak dah.

🍞

Baiklah, botol kaca kosong diletakkan di atas meja oleh Graig.

Aku putarkan botol ini. Sekiranya ia ditunding pada arah kau, bermakna kau akan turuti arahan aku dan sekiranya ia ditunding pada arah aku. Aku akan turuti arahan kau."

JELMAAN LELANDRAWhere stories live. Discover now