15 💚 LENGUH

1K 113 38
                                    

Tak...takk...tak..tak.tak.tak.tak.

Beryl meneliti celah-celah jari Graig. Sememangnya wajah siluman itu dibayangkan di celah jari-jemarinya yang dipenuhi dengan cincin. Hanya pembaca sahaja tahu betapa Beryl ingin menetak wajah lelaki bernama Graig Rastus Greguska itu. Cukup Beryl benci!

Tak.tak.tak.tak.tak..

Tetakkan terus berlanjutan. Ergggh...lenguh. Beryl mula terasa lenguh. Daripada jari-jemari yang menggenggam ulu pisau sehinggalah ke siku! Lenguh yang luar biasa!  Terasa urat-urat pada lengannya naik. Semakin lama terasa semakin naik ke bahu. Kalau terasa lenguh sampai ke tengkuk. Habislah. Mampus kalau urat tengkuk terputus!

tak.tak.tak.tak.tak.tak...

Beryl terus menetak. Bila nak tamat?! Graig! Tolong menyerah kalah! Aku tak boleh kalah! Terutama sekali dengan siluman ni!

"Siluman, bila nak menyerah?"

Ujar Beryl sekadar berbisik.

tak.tak.tak.tak.

Graig tidak menjawab. Tak dengar ke? Ataupun Graig betul-betul sedang menumpukan perhatiannya. Bermakna aku lebih hebat. Beryl perasan sendiri. Hatinya memuji dirinya sendiri.

Azam Beryl berkobar-kobar. Tidak akan sekali dia kalah dalam permainan ini! Tidak!  Yakinnya bertambah.

tak.tak.tak.tak.tak..

Tiba-tiba terasa genggamannya semakin kurang selesa. Aduhai! Tapak tangan aku berpeluh.  Celaka! Tak guna betul! Kuatkan semangat! Kau tak boleh kalah Beryl!

Inilah akibatnya memandang rendah pada lawan. Aduh. Tapi yang benar tetap benar. Aku lebih hebat.

tak.tak.tak.tak.

Beryl menggigit bibirnya. Untuk seketika tetakkan Beryl di celah jarinya semakin perlahan. Entah dari mana pula datangnya keberanian Beryl untuk melirikkan pandangan matanya pada Graig. Menetak tanpa melihat? Itu perkara biasa buat Beryl. Dirinya juga pernah dicabar main dengan menutup mata. Bermain dengan tangan kidal juga pernah. Pelbagai bentuk corak permainan Beryl pernah main. Disebabkan itu dia yakin dia akan menang. Lagipun Beryl sudah perasan dia lebih hebat berbanding Graig. Namun, main tanpa lagu adalah pertama kali dimain oleh Beryl. Dalam erti kata lain. Tiada had masa. Main selama yang boleh. Main sehingga ada terputus jarinya. Tak boleh dinafikan ia jauh lebih mencabar.

tak.tak.tak.tak.tak.

🔪

Sylvan mengehembuskan keluhan. Lama lagi ke? Hampir dua puluh minit! Mahu tak naik otot pada lengan?! Patutlah debikkan Beryl luar biasa. Semuaya kerana permainan irama tetak ini!

Urh! Lagi satu!

Tak sedar ke bodoh? Kau menang sekiranya kau tercedera? Sekejap? Peraturan ini ditetapkan Graig. Jadi, ia tidak boleh dipertikaikan. Masuk akal juga ia bodoh. Cadangan daripada seorang siluman. Kalau tidak selama ini sekiranya permain tertetak jari bermakna kalah. Graig pula telah menyongsangkannya. Tambahan pula kau perlu menetak jari orang lain. Gila.

Lagi satu. Permainan ni memeningkan kepala. Kau perlu menumpukan perhatian untuk tidak menetak jari lawan. Dalam pada masa yang sama, kau akan risau memikirkan pihak lawan yang mungkin akan tertetak jari kau.

Gila.

Dan Beryl pula menanti jarinya ditetak oleh Graig untuk memenangi permainan ini?!

Gila!

Beryl..siapa siluman sekarang ni? Dan siapalah yang ajar kau main semua ni?! Tak cukup ayahnda saudara aku yang begitu taksub dengan permainan ini.

Sylvan melurutkan rambutnya kebelakang. Nak naik gila otaknya memikirkannya. Tak semena-mena semua jadi siluman selepas ini.

Gila!

🔪

Sambil menetak Beryl mengambil risiko untuk merenung wajah Graig. Dia ingin melihat tahap Graig menumpukan perhatian.

Pandangan mata Graig pula kaku langsung tak berkedip.  Ngeri.  Begitu cara Siluman itu menumpukan perhatian? Bila kau nak salah tetak!? Tangan aku dah lenguh.

"Tangan aku dah lenguh..."

Ujar Beryl perlahan. Cuba untuk mengganggu konsentrasi Graig.

Namun Graig mengabaikannnya. Siluman itu terus menetak. Tak sangka dia juga hebat.

Beryl berdecit tidak puas hati. Siku dan bahunya mula terasa berdenyut. Ini sudah melampau. Kalau sampai ke tengkuk habis!

Beryl sambung melihat celah jari-jemari Graig. Tumpukan perhatian! Beryl terus menetak dan menetak. Walauapapun azamnya berkobar! Aku tak nak kalah kali ini!

Tak.tak.tak.tak.tak.tak.tak.

Uih!! Tapak tangan gatal pula! Celakanya! Begitu banyak cabaran kali ini!

Tak.tak.tak.tak.tak.tak

Sambil menetak Beryl mengeratkan lagi genggamannya. Kukunya berusaha dibenamkan pada tapak tangannya.

Tak apa. Kau akan menang Beryl. Tapak tangan gatal bermaksud nak dapat emas kan? Beryl tersengeh. Sememangnya dia akan menang!

Tak.tak.Tak!Tak!TAKTAKTAKTAKTAK!

KTIIIIINGGGGGG!!!

TAK!

"Arggggh!!!!!"

Graig menjerit!

Biji mata Beryl terbuntang luas! Aku tersalah tetak! Tidak! Tidaaaak.

TAK! Pisau dicacakkan!

Aduhhhh..... Darah merah yang pekat mengalir.

Sylvan menoleh! Tidak! Adakah Beryl kalah?! Beryl kalah! Kalau Beryl kalah. Bagaimana aku harus menandingi Graig?!

🔪

Agaknya hikayat dua sahabat yang mati di tangan siluman akan menjadi terkenal pada masa hadapan bukan?

JELMAAN LELANDRAWhere stories live. Discover now