03 💚 SUARA ALAM

1.5K 158 45
                                    


Graig, pemuda siluman itu menuruni kaki bukit. Lelandra, isterinya sudah berjanji untuk bertemu di stesen kereta api Eple. Namun, kehadirannya tidak juga tiba.  Di manakah kau Lelandra? Hati pemuda itu semakin risau.

Terdengar akan suara-suara hidupan di dalam mindanya sepanjang dirinya menuruni kaki bukit.

"Bilakah agaknya air hujan akan singgah di Eple. Aku rindukannya."

"Aku juga rindukannya.."

"Sentuhan dingin yang menenangkan."

Graig mampu mendengarnya. Itulah bisikkan hati pohon-pohon di Eple.

"Hari ini aku dihadiahkan oleh seorang manusia ayam panggang. Semoga manusia itu akan berbahagia." 

Seekor kucing bertompok sedang membersihkan wajahnya. Kucing itu kelihatan kenyang.

"Tinker... rupanya namaku tinker. Apabila seorang anak kecil memanggilku tinker bermakna tiba waktu bermain!"

"Tidur di bawah pohon ini sememangnya indah."

Seekor kucing menguap besar dan menggeliat. Baru bangun dari tidur.

Graig memerhati sekeliling. Rupanya di Eple banyak kucing. Bermakna mudahlah pencarian isterinya.

Kaum siluman mempunyai kelebihan. Minda mereka mampu mendengar bisikkan suara alam. Suara pohon-pohon. Mahupun haiwan. Mereka juga mampu berkomunikasi dengan hidupan yang lain.

Dirinya yakin, kucing-kucing di Eple ini mampu membantunya untuk mencari isterinya, Lelandra.

💓

Graig berhenti melangkah di hadapan seekor kucing bewarna putih. Kucing putih itu merenung wajah Graig.

"Ada apa tuan siluman?"

Suara hati kucing itu bergema di minda Graig.

"Si putih yang cantik? Nampakkah engkau akan si jelita yang bernama Lelandra. Bermata hijau. Kami sudah sepurnama bercuti di Eple. Barangkali kamu ada terserempak dengannya? Kami sudah kesuntukan masa dan perlu berangkat pulang."

💓

Kafe Antasia, Daerah Eple.

"Roti bawang putih 10 keping, dua mangkuk sup cendawan. Pastikan saiz besar. Cendawan lebih. Tambah bebola daging, tambah carikkan keju, Hmm, apa lagi ye? Oh,ya tambah juga bebola ayam. Rasanya itu sahaja. Oh! Carikkan keju lebih juga! Tak mahu serbuk lada hitam."

Sylvan buat pesanan pada pelayan kafe tersebut.

Pelayan itu hanya mengangguk-angguk ketika mencatat pesanan yang dibuat Sylvan.

Biji mata Beryl terbuntang luas mendengar pesanan Sylvan. Mahal tu! Banyak pulak tu!

Sylvan pula menjongketkan keningnya sambil tersenyum memandang Beryl.

"Minum?"

Tanya pelayan kafe Antasia.

"Teh madu!"

Jawab Sylvan bersama seulas senyuman.

"Dan encik?"

Tanya Pelayan itu kepada Beryl. Beryl masih tidak membuat sebarang pesanan.

"Susu kocak coklat. Itu je."

Jawab Beryl ringkas.

"Baiklah, Terima kasih."

Si gadis pelayan  berlalu pergi.

"Kau tak mahu makan?"

Tanya Sylvan.

"Tak."

Jawab Beryl dalam nada bengang. Gila. Duit Beryl habis pada Sylvan sahaja. Inilah padahnya berjanji pada bunian. Duit ada. Tapi tak sangkalah Sylvan akan pesan begitu banyak. Kalau tahu awal-awal bawa duit lebih.

"Tak apa, Beryl. Nanti aku suapkan kau,ya?"

Sylvan menjongketkan keningnya sambil tersenyum nakal.

"Sylvan.."

Beryl merenung wajah Sylvan.

"Ya?"

"Kau bela hantu dalam perut kau?"

"Taklah! Aku tak simpan dalam perut."

"Buruk melantak."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
JELMAAN LELANDRAWhere stories live. Discover now