Tangan Graig dihulurkan.
Beryl merenung tangan Graig.
"Maafkan aku manusia. Aku berharap persengketaan ini akan tamat di sini."
Ujar Graig tulus.
Beryl pula...
Entahlah.
Bukan nak kata apa.
Jujur kata Beryl masih tidak berpuas hati dengan siluman ini walaupun dirinya sudah mengakui kesalahannya.
Tapi nak panjangkan lagi cerita boleh memendek umur.
Jadi dengan hati yang berat Beryl turut menghulurkan tangannya.
Maka manusia dan siluman itu pun berjabatlah tangan.
Graig tersenyum dengan manisnya.
Beryl pula, dia sendiri tak dapat bayangkan betapa 'ikhlasnya' raut wajahnya ketika berjabat tangan dengan siluman itu.👍
"Baiklah! Kes sudah tamat."
Sylvan menepuk tangannya
"Dan aku nak pulang."
Beryl terus membuka pintu pejabat Sylvan dan lantas lelaki berambut merah itu terkebil-kebil.
Dua lembaga sedang tertunduk-tunduk sambil mengintai sepanjang masa tadi kelihatan.
"Ah? Encik Beryl.."
Sharon tersengeh-sengeh seperti kerang busuk. Malu apabila dirinya diketahui mengintai.
Sylvan pula menjongketkan keningnya.
"Sharon, Samantha? Ada apa?"
Tanya Sylvan sambil tersenyum dengan manisnya.
"Kami cuma.."
Samantha menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Kami cuba ingin memahami apa masalah yang dilalui oleh Encik Beryl dan Encik Siluman tadi!"
Sharon tersenyum.
Beryl melirikkan matanya pada Sylvan.
"Siapa perempuan dua orang ni? Boleh pula dia tau nama aku. Mesti kau banyak mengutuk aku kan?"
Beryl berbisik perlahan pada Sylvan.
"Eh, taklah! Mereka kaki gossip di Rosamund ni. Semua yang berlaku di Eplé mereka tahu."
Sylvan tersengeh. Tidak semena-mena Beryl menuduhnya.
"Boleh berikan laluan?"
Ujar Graig yang berdiri di belakang Sylvan dan Beryl sejak tadi sambil mendukung Lelandra tercintanya.
Beryl dan Sylvan membuka laluan untuk Graig.
Dengan itu, Graig pun melangkah keluar.
"Ah, comelnya!"
Sharon menjerit nyaring.
Telinga Lelandra bergerak-gerak. Barangkali terasa jengkel dengan sikap Sharon.
"Terima kasih. Perkenalkan isteri aku Lelandra. "
Graig tersenyum.
"Dia sungguh jelita. Sudah berapa lama Encik bersama Lelandra?"
Sharon pula bertanya.
Beryl menjuihkan bibirnya. Hebat gadis dua orang ni. Melayan siluman.
"Lebih kurang 34 tahun."
YOU ARE READING
JELMAAN LELANDRA
UmorSeekor hantu berupa wanita tiba-tiba menginap di loteng bawah tanah rumahnya. Siapa sangka wanita berpuaka itu hakikatnya merupakan isteri kepada seorang lelaki. "Aku mendakwa kau atas tuduhan menculik isteri aku." - Graig Rastus Greguska "Apa?! Ta...