Darah merah yang tersembur keluar betul-betul telah membuat jantung Sylvan direntap. Bagaikan diserang pitam yang dahsyat. Pandangan matanya bertukar menjadi gelap serta-merta. Tubuhnya terus menjadi kejang. Terkaku.
Adakah begini perasaan mati?
Ya, tidak sangka begini yang terjadi padaku. Hayatku tamat di sini.
Dan ...ya, gelap gelita. Aku tak mampu melihat apa-apa. Tubuhku kejang tidak mampu rasa apa-apa.
Namun, telingaku dapat mendengar suara seseorang.
Suara itu... milik.. . seorang sahabat.
Tak guna. Saat aku menemui kematian pun Beryl begitu bising.....
🍃
"SILUMAAAANNNN!!!!!!!"
Tumbukkan dihentakkan pada wajah Graig.
Graig menekup wajahnya. Hidungnya berdarah. Terpinga-pinga dirinya. Tergamak manusia ini menyerangnya tanpa sebab."Kau berani betul, manusia?"
Graig menyeka darah yang mengalir deras daripada hidungnya. Kuat betul tumbukkannya.
"Kenapa kau serang aku?"
Kenapa aku serang?!
Beryl sakit hati mendengar kata-kata daripada siluman itu. Pantas dirinya mencekak kolar baju siluman itu. Kenapa aku serang?!
"Kenapa aku serang?! Kau tanya kenapa aku serang?!!!"
"Kenapa perlu mengamuk manusia?"
Graig berkerut melihat wajah Beryl. Hairan. Kenapa manusia ini perlu marah.
"KENAPA KAU TANYA?!"
Naik-naik urat pada dahi Beryl dibuatnya. Suara Beryl semakin lama semakin meninggi. Tubuh Graig ditolak kasar pada pintu. Loceng yang tergantung bertalu-talu kedengaran. Siluman ni menaikkan darah!
"Yalah, kenapa?"
Graig acuh tidak acuh.
Beryl merenung tajam mata merah siluman itu. Siluman ini mempermainkan kematian Sylvan!! Aku boleh terima maruah aku dipermaihkan. Namun, tidak akan aku terima sekiranya satu nyawa dipermainkan. Dia telah menghinanya.
"Oh, baiklah. Baiklah. Kau marah aku kerana aku dah buat sahabat kau berlumuran dengan darah? Macam tu?"
Graig ketawa sinis.
Dengan itu Beryl terus mencapai pistol daripada sisipan pinggang Graig. Dihalakan pada dada Graig. Tak ada istilah sabar lagi.
"Manusia? Kau ambik yang mana tu?"
Graig berkerut.
"Kau ingat aku nak jawab soalan bodoh kau?"
"Bukan, aku rasa itu tak ada peluru."
Graig bersikap acuh tak acuh.
Semakin mendidih darah Beryl! Wajahnya semakin kemerahan. Terlalu merah. Merah kerana marah yang meluap-luap! Siluman ini betul-betul buat orang naik gila.
"Ini ada peluru."
Selamba Graig mengambil pistolnya yang lain dan dihulurkan pada Beryl.
PAK!
Geram punya pasal Beryl menghentak muncung pistol pada dahi Graig dengan kuat. Terlalu kuat sehingga meninggalkan kesan lekuk. Pistol itu kemudian dicampak pada lantai. Pistol yang dihulurkan Graig kemudian dirampas. Dicampaknya pula di atas meja. Nasib baik tak ada peluru jugak.
"Kalau tak ada peluru, buanglah."
Dada Beryl kelihatan turun naik menahan marah. Nafasnya tidak lagi boleh dikawal. Betul-betul dirinya ingin membunuh siluman.
Graig terdiam seribu bahasa. Perlahan-lahan jari-jemarinya yang dipenuhi cincin mengusap dahinya.
"Jadi kau betul-betul miliki keberanian untuk menyerang aku?"
Graig mula bengang.
"Berhehti memperlekehkan aku.."
Ujar Beryl mendatar.
"Manusia, kau tau tak?"
Beryl kekal merenung tajam mata merah milik siluman gila itu.
"Dengar sini manusia.. kau tau kan aku mampu mengawal sihir dengan mudah.."
Graig merenung tajam mata zamrud milik Beryl.
Tiada jawapan daripada Beryl. Jari-jemarinya digenggam.
"Kuasa genma yang ada pada kau hanyalah pada cincin di jari kau bukan?"
Graig tersenyum sinis merenung sebentuk cincin pada jari Beryl.
Ya, permata cincin itu miliki kuasa genma. Sebagai perantaraan buat manusia untuk menggunakan sihir.
"Dan, manusia. Kau tau kan aku diselubungi oleh debu-debu kuasa genma. Ia berada di dalam otak aku."
Ujar Graig bangga dengan nada sombong.
"Jadi..?"
"Aku mampu bunuh kau dengan mudah."
Beryl tidak mempedulikan kata-kata siluman itu. Dirinya tanpa membuang masa terus mencapai bilah pisau pada sisipan pinggangnya. Bilah emas putih itu pantas diletakkan pada leher siluman itu. Bilah pisaunya ditekan dengan kuat sehingga mengalirkan darah.
Beryl tidak mampu mengawal gerak-gerinya. Semuanya kerana satu nyawa yang telah pergi.
Graig membuntangkan biji matanya. Manusia ini?! Bagaimana dirinya tidak sempat menghalang perbuatan manusia ini. Ini telah mencalarkan maruahnya.
Graig merenung Beryl dengan pandangan mata jelik.
"Apa kata kau gunakan kelebihan kuasa genma yang ada di dalam kepala otak karat kau untuk membuat sihir larangan."
Beryl merenung mata siluman itu. Dirinya memberikan cadangan. Pisau yang telah ditekan ditarik sedikit kebawah tanpa diangkat. Darah semakin deras mengalir. Ia terus mengalir pada bilah pisau sehinggakan genggaman tangan Beryl pada ulu pisau turut dilumuri darah. Kalau ditekan lebih dalam pasti akan meragut nyawa siluman itu.
"Siluman aku nak kau menyeru yang telah mati."
YOU ARE READING
JELMAAN LELANDRA
ComédieSeekor hantu berupa wanita tiba-tiba menginap di loteng bawah tanah rumahnya. Siapa sangka wanita berpuaka itu hakikatnya merupakan isteri kepada seorang lelaki. "Aku mendakwa kau atas tuduhan menculik isteri aku." - Graig Rastus Greguska "Apa?! Ta...