05 💚 NEBELUNG

1.2K 136 28
                                    

Beryl menuang air cider ke dalam gelas. Wangi. Aroma epal sungguh menyegarkan.

Dituang lagi ke dalam satu gelas. Untuk Sylvan. Siapa lagi? Nanti meroyan pula bunian itu. Tapi segelas sahaja. Beryl selalu berikan kepada Sylvan sebotol tapi tidak untuk hari ini.

Beryl mengambil perlahan  gelasnya. Dan diletakkan pada bibir. Minuman ini harus diminum dengan tenang. Ia perlu dinikmati tanpa separang gangguan.

"Berryyyyylllllll!!!!!"

Sylvan menjerit dari tingkat atas. Sekuat hati.

"Uhuk!"

Tersedak Beryl dibuatnya. Berkali-kali lelaki itu terbatuk. Bertuah punya Sylvan!!! Matanya mula berair. Mujur tidak mengalir keluar dari hidung.

Mula kedengaran bunyi tapak kasut Sylvan menuruni anak tangga.

Beryl masih lagi dengan batuknya. Namun, bunian berambut putih itu tidak peduli. Dia kelihatan marah!

"Beryl! Kau tak beritahu aku kau bela seekor nebelung!"

Kedua tangan Sylvan dihempaskan pada meja kaunter. Bergegar minuman pada atas meja. Wajah Sylvan dirapatkan pada muka Beryl.

Beryl terkebil-kebil sambil menahan batuk. Tak dengarlah apa Sylvan cakap. Batuknya bising. Bibirnya digigit. Batuknya boleh sahaja datang kembali. Tenaga batuk banyak berkumpul di dada.

"Kau menyimpan rahsia daripada aku!"

Kepala Beryl dipegang dengan kedua tangannya. Sylvan marah apabila Beryl tidak berkongsi berita yang menarik.

"A..apa...?"

Agak tenggelam suara Beryl kedengaran. Suara yang menahan batuk.

"Sejak bila kau memiliki seekor nebelung?"

Biji mata Sylvan dibuntangkan. Merenung mata Beryl. Dirapatkan lagi wajahnya. Tak guna punya kawan! Pura-pura pula.

Beryl mula berkerut. Apahal Sylvan ni? Beryl cuba mengalihkan tangan Sylvan daripada kepalanya. Celaka punya bunian.

Sakit! Rambut merah aku digenggam!?

Sylvan tersenyum sinis. Sengaja kukunya menekan kepala Beryl. Padan muka. Ini padahnya merahsia!

Biji mata Beryl terbuntang luas! Tak guna! Sakitnya bukan main lagi!

Beryl apa lagi. Terus melepaskan batuknya! ...Pada wajah Sylvan...

👌

"Kau yang minta semua ni..Sylvan."

💚

***Entah apa-apa je saya tulis ni. 😂

JELMAAN LELANDRAWhere stories live. Discover now