Biji mata Graig terbuntang luas. Satu suara telah memasuki mindanya. Suara seorang wanita. Dan wanita itu adalah Lelandra. Graig Lelandra Greguska. Isteri kepada Graig Rastus Greguska.
Semua tahu, siluman memiliki dua nama keluarga yang mengapit nama sebenar. Kebiasaannya apabila seorang wanita siluman mengahwini seorang lelaki siluman nama mereka tidak akan ditukar. Bahkan nama waris mereka akan mengikuti nama ibu.
Namun, sekiranya pasangan seorang lelaki siluman bukanlah seorang wanita siluman bermakna nama mereka akan diapit oleh nama keluarga lelaki siluman.
Graig Lelandra Greguska.
Apakah isterinya benar-benar seorang wanita puaka?!
Itulah yang mendebarkan hati Sylvan dan juga Beryl.
Wajah mereka semakin pucat.
Mata kedua mereka semakin membuntang luas merenung jendela yang sentiasa membawa angin malam masuk.
Sesuatu melompat masuk ikut jendela!
Jantung Beryl dan Sylvan keduanya tersentak!
"Rastus, ini adalah salah faham... mereka tidak menculikku, mereka tidak menderaku, hentikan pembalasan dendam ini..."
"Lelandra.... maksudnya? Kau baik-baik sahaja?"
Graig tidak faham. Apakah benar kata Lelandra itu? Dia seakan-akan tidak mampu mempercayainya.
Sylvan dan Beryl terpinga-pinga. Wajah yang pucat beransur-ansur pulih. Mereka tidak mampu mendengar suara itu dan Graig bercakap seorang diri dengan sesuatu yang baru menerjah masuk itu.
Errr....
Dia ke isteri Graig?
Sylvan dan Beryl berpandangan sesama sendiri.
YOU ARE READING
JELMAAN LELANDRA
HumorSeekor hantu berupa wanita tiba-tiba menginap di loteng bawah tanah rumahnya. Siapa sangka wanita berpuaka itu hakikatnya merupakan isteri kepada seorang lelaki. "Aku mendakwa kau atas tuduhan menculik isteri aku." - Graig Rastus Greguska "Apa?! Ta...