lenanya lantas terjaga dari mimpi ngeri yang sering berulang setiap malam. matanya terkebil-kebil lalu menoleh ke arah pintu cermin yang menghubungkan beranda biliknya. sinaran matahari berjaya meloloskan diri masuk menerangi biliknya yang suram. kicauan burung jelas kedengaran pada corong telinganya.perlahan-lahan dia bangun dari katil lalu merenung sebuah gambar yang bersaiz kecil yang terletak diatas almari kecil tepi katilnya.kanak-kanak lelaki yang berusia empat tahun sedang tersenyum.senyumannya sangat manis sehingga menampakkan lesung pipinya. ironinya, dia tidak pernah melihat senyuman itu sepanjang hari pembesaranya.lamunanya terhenti apabila pintu biliknya diketuk.
" ayah, ini saya sasuke...boleh saya masuk?" tanyanya disebalik pintu kayu itu.
" masuklah.." lalu memandang pintu biliknya yang ditolak oleh putera sulungnya, sasuke yang kini telah menjadi raja untuk kerajaan kotacarlot-aulia.
" ayah, sarapan telah disediakan..ayah nak makan sekarangkah atau kemudian nanti?" tanya sasuke tersenyum dengan lagatnya sebagai seorang ketua pembantu rumah yang bersedia berkhidmat untuk majikannya. iruka ketawa kecil lalu mengangguk.
" ayah nak makan dalam bilik atau di ruang makan?" tanya sasuke lagi.
" ayah nak makan bersama anak ayah yang lain. bagi ayah masa lima minit....ayah akan turun ke ruang makan.."senyumnya lalu bingkas bangun menuju ke bilik air.
" ayah, ambil masa ayah untuk bersiap..." pesannya sambil mengemas katil ayahnya yang berselerak. matanya lantas terpandang gambar tersebut.
" ryusuke selamat pagi," ucapnya sebelum keluar dari bilik tidur ayahnya. peristiwa hitam itu masih lagi segar dalam ingatannya walaupun sebelas tahun telah berlalu. peristiwayang menghantui bukan sahaja ayahnya tetapi orang yang terlibat pada hari kejadian.

YOU ARE READING
Ametis : Kebangkitan Revolusi
Fantasyberlakunya kebangkitan revolusi kerajaan kota carlot-Aulia setelah dua belas tahun berlakunya kejatuhan kerajaan ini.kebangkitannya membawa kejutan kepada semua kerajaan kota yang lain.