bahagian tujuh

36 6 0
                                    

Matahari sedang meninggi menunjukkan yang waktu tengah hari dah pun menjelma. Suasana tempat itu menjadi riuh apabila tibanya waktu rehat. Semua ahli organisasi berkumpul, berborak, berehat dan ada juga yang baru pulang dari menyelesaikan misi yang telah diupah melalui poster yang telah diedarkan. Mereka adalah pergerakan kumpulan naga ungu yang telah diasaskan oleh iruka sendiri. Selepas iruka menaiki takhta, ketua pagi pergerakan itu telah beralih kepada tamaki. Karma juga merupakan salah seorang ahli pergerakan itu, namun selepas penglibatannya dalam ketenteraan, dia kurang aktif. Kalau ada masa lapang, dia akan singgah ditempat itu walaupun terpaksa meredah hutan.
" riuh seperti dulu..." tersenyum karma mengimbas kembali nostalgia sambil menghirup teh yang panas di meja bar. Tamaki yang duduk disebelahnya hanya tersenyum sambil menopang dagunya.
" tapi... tak seceria dan tak seriuh dulu..." jawab tamaki. Usia mereka telah masuk 50-an. Banyak asam garam telah mereka lalui.
" jadi, bila awak nak turun takhta ketua, tamaki?" Tanya karma.
" bila awak nak bersara dari tentera, karma?" Tanya semula tamaki. Karma menepuk kepala tamaki.
" kalau boleh, saya nak bersara...tapi general tak benarkan ....katanya ' tiada seorang tentera dalam kerajaan kota ini yang sehebat kamu karma dalam menganalisis maklumat...' " dia mengajuk semula apa yang dicakap oleh Jeneral tentera kerajaan kota itu. Tergelak tamaki.
" maksudnya... kamu kena cari pelapis kamu.. baru kamu boleh bersara..." ujarnya.
" tapi..tak semudah itulah, lembap.. saya tak ada kudrat nak buat semua tu lagi..." ujarnya sambil merenung tamaki.
" kamu tu bukan tiada kudrat...cuma sepanjang kamu menjalankan tugas, kamu asyik duduk menganalisis maklumat..." karma berasa geram dengan tamaki tetapi dia menarik nafasnya dengan segera lalu hembus. Tamaki tergelak melihat perubahan reaksi karma. Kawannya seorang ini tak pernah berubah dari dulu.
" eh, tamaki....saya ada sesuatu nak cakap ni..." tukar topik karma. Tamaki lantas menoleh ke arah karma. Wajahnya sangat serius seperti ada sesuatu perkara yang telah terjadi.
" apa dia?" Tanyanya lalu meneguk secawan kopi sebagai persediaan untuk mendengar luahan dari karma.
" kalaulah...pihak tentera utama..mengupah kamu buat sesuatu misi.. kamu nak terimakah?" Tanyanya.
" eh?!" Hairan bercampur dengan perasaan tak faham mendengar pertanyaan karma. Selama ni, pihak tentera memburu mereka sebab mereka melakukan misi tanpa lesen dan pada kali ini mereka nak mengupah? apa yang telah terjadi sebenarnya? Banyak persoalan bermain dalam mindanya. Adakah dia bermimpi?

Ametis : Kebangkitan RevolusiWhere stories live. Discover now