Sinaran sang bulan menerangi kegelapan. Kedengaran bunyi cengkerik dan burung hantu. Sekali dengar, ia memenag menakutkan. Tetapi, berdasarkan pengalaman, perasaan ketakutan itu boleh diatasi. Walaupun sang bulan menerangi kegelapan, namun sinarannya dari pelita tetap diperlukan. Tangannya ligat menanda kertas peperiksaan pelajarnya. Bangunan akademi yang menumpang bangunan di istana telah berpindah tempat ke wilayah ketujuh kerajaan kota carlot-aulia, kawasan pentadbirannya. Dia meregangkan badannya lalu berjalan kearah jendela besar. Jelas suasana taman istana yang menakutkan pada waktu malam. Si bunga telah menampilkan kecantikan unik pabila disinari oleh sibulan. Tidak ketinggalan dengan sibunga biru yang menjadi salah satu peghuni di taman itu. Kecantikannya pabila dipandang begitu misteri. Semisteri adik bongsunya, putera bongsu dalam urutan dalam adik-beradiknya. Ya, dia ada seorang lagi adik lelaki tetapi telah pun meninggal dunia. Kematiannya member kesan bukan sahaja ayahnya tetapi turut member kesan kepada mereka adik-beradik. Kematiannya berlaku didepan mata mereka semua. Ayahnya menangis tak henti ketika itu. Ironinya, ayahnya sangat benci kepada adik bongsunya. Dia tidak tahu apa yang berlaku yang sebenarnya. Tapi, apa yang dia dengar, ayahnya telah dihasut dan ibunya telah difitnah oleh orang kepercayaan ayahnya.
Pada ketika itu, fasa kejatuhan kerajaan kota telah bermula. Ibunya mati ketika melahirkan adik bongsunya. Walaupun begitu, kewujudannya telah menjadi rahsia dari pengetahuan mereka semua. Hanya ayahnya, orang kepercayaan ayahnya dan juga sasuke, abang sulungnya. Mereka , adik-beradik tahu setelah berlakunya satu kekecohan. Si bongsu dalam keadaan tenat tika dia dibawa masuk ke dalam bangunan istana. Ketika itulah, pada pertama kalinya, dia melihat wajah sebenar si bongsu. Kecil. Tubuhnya lemah dan penuh dengan kesan lebam. Ayahnya meradang dan tak mengaku si bongsu adalah anaknya. Kitsune menangis sebab dia tak inginkan adik. Dia kecewa pabila statusnya sebagai paling bongsu dalam keluarga dirampas. Situasi yang paling mengejutkan pabila orang kepercayaan ayahnya merancang nak bunuh ayahnya, si bongsu dalam keadaan tenat bangun lalu berlari mendapatkan ayah. Tusukan yang sepatutnya ditujukan kepada ayah terkena si bongsu tepat pada jantungnya.
" ibu kata, raja Iruka patut dilindungi.." bisiknya sebelum dia direnjat dengan kuasa kilat – sumpahan yang ditanam dalam jiwa si bongsu. Pertuturannya sangat jelas. Kadangkala, kata-kata itu masih lagi terngiang ditelinga. Terkenang kata-kata ayahnya tadi ketika makan malam. Jelas sangat ayahnya begitu sunyi.

YOU ARE READING
Ametis : Kebangkitan Revolusi
Fantasiberlakunya kebangkitan revolusi kerajaan kota carlot-Aulia setelah dua belas tahun berlakunya kejatuhan kerajaan ini.kebangkitannya membawa kejutan kepada semua kerajaan kota yang lain.