Tapak kakinya melangkah pantas ke bilik iruka. Jantungnya mula berdebar-debar. Dia tahu sebaik sahaja melangkah ke bilik itu, amarah pasti akan dihambur kepadanya. Tangannya menyorong troli minuman pagi dan mulai pada pagi itu, dia telah menjadi butler kepada mantan raja kerajaan kota carlot-aulia. Mengingatkan dirinya kepada peristiwa semalam, rasanya lebih bermakna kalau dia memilih pekerjaan ini. Dia berhenti depan pintu bilik iruka lalu menarik nafas. Dia mengetuk pintu itu tetapi tiada jawapan. Dia mengetuk sekali lagi tapi tiada jawapan yang diterima.
" maafkan saya.." lalu memutarkan tombol pintu. Bilik itu masih gelap menandakan penghuninya belum bangun. Dia menarik troli itu masuk ke dalam. Dia menutup pintu lalu menepuk perlahan tangan iruka.
" tuanku, hari dah pagi.." kejutnya. Tetapi, tiada respon. Dia mengeluh. Inilah pertama klinya dia mengejutkan orang tidur dengan sopan.
" saya tiada pilihan.." dia pergi kearah langsir lalu menyelaknya, membenarkan matahari menerangi bilik gelap itu. Terdengar iruka mengeliat, tetapi dia tidak mengendahkannya.
" selamat pagi, tuanku.." ucapnya. Iruka bangun duduk lalu menggosok matanya.
" kenapa bangunkan ayah awal sangat ni?" Tanya iruka dalam keadaan mamai.
" tuanku kai berpesan, kejutkan tuanku sebelum pukul 9 pagi.." ujarnya dengan nada yang mendatar. Tersentak iruka mendengar gelaran itu lalu memandang ke arah pemilik suara itu.
" kamu siapa?" Tanya iruka.
"maafkan saya tuanku..saya Ryu..butler yang ditugaskan untuk tuanku.." senyum Ryu. Butler? Tertanya iruka. Kemudian, memorinya memutar semula pergaduhannya antaranya dengan anaknya.
" saya sediakan teh cinnamon dengan muffin coklat untuk tuanku.." ujar Ryu lalu menyediakan teh itu. Iruka terdiam.
" mana anak saya yang lain?" Tanya iruka. Kedengaran nadanya berubah. Matanya merenung tajam Ryu.
" mereka dah keluar awal pagi tadi..mereka kata, ada kerja yang perlu disiapokan dengan segera..' ujarnya lalu memberikan cawan teh kepada iruka, tetapi iruka tidak menyambutnya.
" saya tidak ingin minum hasil tangan orang lain.. saya nak hasil tangan anak saya.. kamu boleh bawa keluar semua tu.. kalau raja matsuzawa datangm bagitau dia, saya nak makan masakannya.." ujarnya dengan nada protes. ryu hanya tersenytum.
" baiklah tuanku..tapi, kalau tuanku perlukan apa-apa, sila bagitahu saya.."
" saya boleh buat sendirilah kalau saya nak.." marah iruka. Ryu hanya tersenyum lalu tunduk hgormat sebelum meninggalkan bilik itu. Iruka hanya melihat lalu keluar dari selimutnya membersihkan diri.
YOU ARE READING
Ametis : Kebangkitan Revolusi
Fantasyberlakunya kebangkitan revolusi kerajaan kota carlot-Aulia setelah dua belas tahun berlakunya kejatuhan kerajaan ini.kebangkitannya membawa kejutan kepada semua kerajaan kota yang lain.