Dia berjalan mencari angin segar dan mengembalikan semula mood baiknya, tetapi ketika tiba di kebun bunga biru, dia terlihat Ryu duduk mencangkung di depan batas bunga memorinya menyentuh kelopak bunga itu.
" jangan sentuh bunga itu...itu bunga kesukaan mendiang anak saya.."spontan dia marah Ryu. Tersentak ryu lalu berdiri.
" saya minta maaf..." ucap maafnya sambil tunduk maaf. Dia tak sangka perbuatannya boleh mengundang kemarahan mantan raja Iruka.
" saya tak kisah kamu nak kacau bunga di kebun ni, tapi bunga biru kecil ni..jangan sesekali kamu sentuh.. ia sangat istimewa bagi saya...sekali lagi kamu sentuh, saya akan halau kamu dari istana ini..."lantang suaranya dengan perasaan marah lalu berjalan duduk depan batas bunga itu. Ryu hanya tunduk membisu.
" kamu tak apa-apa sayang?" Tanya Iruka lalu membelai bunga kecil itu. Teguh berdiri di tengah-tengah laman kebun yang berpohon tinggi bunganya. Ryu menegakkan badannya lalu berdiri disitu tanpa bersuara. Dia hanya melihat perlakuan Iruka. Wajahnya lembut dan tenang ketika melihat bunga itu.'bukti penyesalan dan mengharapkan peluang kedua,'getus hati Ryu. Iruka berdiri lalu berpaling arah dari Ryu.
" saya tak nak makan tengah hari..saya nak bersendirian...saya tak nak kamu kacau saya pada hari ini..."tegas Iruka lalu berjalan masuk ke dalam istana. Ryu hanya tunduk akur dengan perintah Iruka.
...................................................................................................................................
Matahari dari puncak turun sedikit dari paksinya menunjukkan hari dah petang. Tangannya mengangkat buku yang menutup mukanya lalu diletakkan di atas meja. Terlelap dia ketika membaca buku. Tugasnya sebagai raja telah turun kepada anaknya dan hanya membaca buku sahajalah cara dia mengisi masa lapangnya. Dia melontarkan pandangannya ke luar jendela. Terasa sunyi suasananya. Krok!! Perutnya berbunyi menunjukkan dia telah pun lapar. Iruka teringat yang dia tak nak diganggu oleh sesiapapun. Dia mengeliat sepuas-puasnya, meregangkan badannya, berdiri lalu berjalan perlahan ke arah dapur istana. Sunyi. Istana ini memang sunyi sejak dari pemerintahan Raja Haruka lagi. Tiada tukang gaji, tukang kebun, pengawal yang menjaga istana – tiada. Dalam kata lain, memang tiada. Laluan koridor itu hanya dipenuhi dengan bunyi tapak kakinya sahaja. Dia menolak daun pintu dapur yang telah sekian lama tidak menjejakinya. Dia melihat suasana dapur itu. Masih seperti dahulu. Kedudukan perabotnya tidak terusik malah ia dalam keadaan bersih. Mungkin kehadiran Ryu membuatkan tempat itu bersih. Matanya terlihat satu hidangan diatas meja. Hidangan itu dibaluti dengan lapikan aluminium untuk mengekalkan kualiti makanan. Dia melangklah masuk lalu menyentuh mangkuk diatas meja. Masih panas. Dia melabuhkan punggungnya lalu membuka perlahan-lahan lapik aluminium itu. Terasa nostalgia. Telah lama dia tidak melihat hidangan seperti depan matanya. Paling terakhir ketika dia masih bersama isterinya.
" mungkin saya patut tarik semula apa yang saya cakap tadi pagi.." ujarnya sendiri lalu menyuapkan makanan itu ke mulutnya. Sedap. Walaupun tidak setanding masakan Matsuzawa, tetapi ia tetap sedap. Menepati cita rasanya.
" tapi, kalau saya makan sorang jak..tak sedap pula... mana Ryu?" tertanya dia lalu berjalanmencari Ryu. Oleh sebab perintahnya sendiri, dia langsung tak menjumpai Ryu.
" saya tarik balik.. saya nak bersendirian sekarang ni.." ujar Iruka dengan nada kecewa. Dia meneruskan suapannya sambil menikmati kesedapan makanan itu. Tiba-tiba dia terdengar bunyi tapak kaki sedang menuju kea rah dapur. Muncul Ryu di depan muka pintu sambil menjinjing beg plastic yang dipenuhi dengan barang dapur. Terbeliak mata Ryu apabila melihat Iruka.
" saya minta maaf, Tuanku.. saya tak sengaja.. maafkan saya kerana mengganggu privasi tuanku.." mohon maafnya sambil tunduk sebelum meninggalkan tempat itu dengan segera.
" tunggu sekejap-" belum sempat Iruka menghalang Ryu, kelibat Ryu telah hilang dari situ. Dia menepuk dahinya dengan perasaan kecewa.
" sepatutnya dia letak dulu barang sebelum pergi..' bisiknya lalu meneguk air teh. Dia merenung kenangan lama yang tersimpan.
YOU ARE READING
Ametis : Kebangkitan Revolusi
Fantasyberlakunya kebangkitan revolusi kerajaan kota carlot-Aulia setelah dua belas tahun berlakunya kejatuhan kerajaan ini.kebangkitannya membawa kejutan kepada semua kerajaan kota yang lain.