Bahagian 12

26 2 0
                                    


Sinaran sang bulan ditutupi dengan awan gelap yang berarak tanpa member peluang kepada sang bulan untuk menerangi alam yang gelap. Tiada kedengaran sang cengkerik bersahutan antara satu sama lain. Sunyi. Dingin. Tapi, kedengaran bunyi tapak kaki berlari menyusuri kegelapan rimba tanpa menoleh ke belakang. Dia berlari tanpa henti seperti melarikan diri dari sesuatu yang menakutkan yang bakal menghantui mimpi indahnya. Bakal meragut nyawanya. Sebelum mimpi ngeri itu menjadi kenyataan, dia melarikan diri sepantas yang boleh sambil memegang lengannya yang luka. Luka yang agak dalam yang boleh diistilahkan sebagai cedera parah. Dia lansung tidak sedar yang cecair merah yang mengalir dari lengannya telah member penunjuk kepada sang pemburu yang kejam.

                          " ahh!!" kakinya tersandung pada akar kayu lalu terjatuh ke atas tanah. Kedengaran deruan angin buas sedang mengekorinya dari belakang. Dia cuba bangkit namun jatuh semula apabila betis kirinya dipijak oleh seseorang.

                            " apa yang kamu nak?" tanyanya dengan nada yang ketakutan. Peluhnya mengalir deras. Dia menoleh ke belakang. Sebilah pedang berlumuran darah dipegang oleh lembaga hitam sambil tersenyum menyeringai ke arahnya.

                             " saya nak maklumat si pemburu senyap itu.." katanya sambil menghunus pedang itu tepat pada pandangannya.

                              " saya tak tahu... betul, saya tak tahu. Sumpah!" ujarnya dengan penuh harapan agar dia dilepaskan. Malangnya,pedang itu menikam jantungnya dari belakang sebelum disentapnya dengan kasar. Darah membuak-buak keluar dengan mata yang terjegil. Lembaga itu menyarungkan semula pedangnya lalu berjalan ke tempat pertemuan asalnya. Dia tekad untuk memburu si pemburu itu walau dengan cara apa sekalipun. Yang penting ancaman yang menghalangnya dapat dimusnahkan.

Ametis : Kebangkitan RevolusiWhere stories live. Discover now