bahagian sembilan

33 4 0
                                    

Tangannya ligat bermain pen. Kertas kerjanya berselerakan diatas meja. Matanya merenung analisis yang telah diberikan pada pagi tadi. Otaknya kosong. Dia melontarkan pandangan pada lautan biru yang luas. Deruan angin menyapa wajahnya. Bunyi ombak menjadi ubat penenangnya. Minatnya terhadap kehidupan marin mencenderungkan dia dalam pemilihan kerja itu. Tetapi, hanya tinggal setahun lagi sebelum dia mula memasuki dunia pentadbiran kerajaan kota. Jika dia diberi pilihan, kerja sebagai pegawai marin ataupun raja wilayah, dia akan memilih pegawai marin. Perancangan untuk menjadi raja wilayah tidak tersenarai lansung. Jika boleh, dia ingin teruskan. Tetapi, kalau dia pilih dua-dua, takut di tidak mampu nak melakukannya. Dia tidak sekuat abang-abangnya yang mampu menggalas dua tanggungjawab pada masa yang sama.

        "Kitsune.... angin laut tidak dapat mengenyangkan perut...." ujar seseorang menyebabkan dia menoleh ke arah pemilik suara.
 
         " dah masuk makan tengah hari....." ujar kiiri. Pegawai kanan yang telah lama berkhidmat di tempat itu. Walaupun pegawai kanan, namun sikapnya yang ceria dan tidak menghiraukan peringkat umur, menyebabkan dia disenangi oleh pekerja bawahan.
   
           " jangan terlalu sangat buat kerja...kita perlu rehat.... saya keluar makan dulu...." ujarnya lalu keluar dari bilik tersebut. Dia hanya mengangguk faham. Tetapi, tiada seorang pun tahu yang dia tu putera raja. Dia berdiri lalu mengeliat. Perutnya belum lapar lagi. Mungkin juga disebabkan sarapan abang matsuzawa sediakan. Dia keluar ambil angin di pantai memandangkan tempat kerjanya berdekatan dengan kawasan pantai. Selepas kejadian itu, dia memilih untuk mengurungkan diri dalam istana. Serba salahnya masih lagi menguasai hatinya. Kalaulah dia tidak mengungkapkan ayat itu, pasti semua perkara itu tidak akan terjadi. Ayahnya juga dapat ketawa seperti dulu. Abang sasuke juga tidak akan berubah menjadi seorang pendiam. Hanya orang tertentu sahaja dia tersenyum. Dia mengeluh berat lalu memandang ombak yang sentiasan menjadi pengubat hatinya. Dia hanya perlukan peluang kedua sebagai harapannya untuk menebus semua kesilapan yang dulu.
     
         " ryusuke...." bisiknya lalu melangkah ke hadapan sambil mengetip bibirnya menahan air mata.

Ametis : Kebangkitan RevolusiWhere stories live. Discover now